Pages

Friday, October 24, 2014

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN MUHARAM


klik gambar untuk besarkan ea.

 Esok dah nak masuk 1 Muharam..
jadi kat sini aku share doa awal tahun dan doa akhir tahun untuk kita sama-sama amalkan..

AIDIJUMA (AJ) BLACK LABEL DAN GREEN LABEL NEW RELEASE

Aidijuma akan release Black label baru minggu ni.. Ada beberapa design yangberkenan dihati.. Antaranya :

1. Aidijuma Black Label Teapot

2. Aidijuma Roses Writing
  
3. Aidijuma Olive Tribal

4. Aidijuma Black Flower



Ni pulak design GL AJ (aidijuma) yang baru..
 

Dalam hati berkenan yang GL-Red Roses tu... 
(dalam hati ada taman)
 

Monday, October 20, 2014

TUNGKU BESI ATAU TUNGKU BATU SUNGAI

Mengantuknya hari ni... Semalam tido pukul 12malam.. sebab tengok cerita scandal Tv2.. dah 2 minggu layan citer ni.. best jugak.. cerita penyiasatan, jenayah dan scandal..Semua ni gara-gara terjebak dengan En Hubby yang suka cerita ala-ala penyiasatan ni.

Ada projek baru yang bermain-main difikiran.. Tapi masih berkira-kira berbaloi or tak kalau aku buat.. And now tengah kumpul maklumat dan beberapa info sikit demi sedikit.. Dah bincang dengan En Hubby.. Greenlight dah dapat jumaat lepas, cuma aku tengah kumpul maklumat dan modal. Kalau OK.. insyaallah boleh proceed.. And kalau ditakdirkan ini rezeki baby moga dipermudahkan hendaknya urusan tersebut.

Pagi tadi sambil borak dengan En Hubby bagitau dia, minggu ni dah masuk 8 bulan pregnant.. Terkejut pulak dia.. aikss... dah 8 bulan dah > katanya.. 

Ye la.. ikut kan kali ni tiada masalah sangat masa pregnant.. Mabuk tak de, muntah-muntah tak de, kerja rumah semua tak de masalah boleh buat sendiri.. masak!!! masih boleh masak.. tak de alahan bau.. hi hi  hi..cuma kadang-kadang rasa mengantuk yang amat sangat... itu je la... ha ha ha.. bab mengantuk ni memang tak boleh nak elakkan.. kadang-kadang lepas isyak terus lelap... kalau hari keje, memang balik tu dah tak larat nak buka mata.. memang kena tido.. baru rasa lega...

Now keje dah agak kurang, sebab training dah bagi dekat stesen, and kebanyakannya stesen dah boleh buat sendiri.. Fuh!!!.. Lega dan selamat... Tapi kan... Keje lain pulak yang datang... Macam-macam pula yang bos suruh buat.. keje yang ntah hapa-hapa pulak tu, yang tak pernah dengar pun ada.. Tapi alhamdulillah... semuanya masih boleh ditanggung dek kudrat aku ni..

Kalau ikutkan malasnya nak datang opis hari ni... Sebabnya weekend dok mengemas rumah.. menyelongkar stor cari tungku arwah mak, nak guna masa dalam pantang nanti.. Nasib baik jumpa.. Warisan pusaka tu.. sayang la kalau tak jumpa.. tu je kenangan arwah mak yang ada.. dengan rantai yang sekarang aku pakaikan dekat alisha.. Hadiah dari mak.. Insyaallah akan diwariskan ke anak cucu nanti.. Ini la akibatnya pindah randah... hu hu hu... Dari P18 ke Pajam... Pastu dari Pajam ke P5 pulak.. Barang semua dalam box.. jenuh menyelongkar.. Menyelongkar satu hal.. nak mengemas pun satu hal.. Nasib baik En Hubby gagah perkasa.. Ha ha ha.. Part simpan balik bagi dia je.. senang keje aku...

Dalam pada masa dok mengemas tu jumpa pulak tungku batu sungai yang mak mertua bagi masa pregnant alisha dulu.. alhamdulillah... dua-dua jumpa.. dua-dua boleh guna..


Wednesday, October 15, 2014

KARNIVAL UPIN IPIN DI PICC PUTRAJAYA 2014



Karnival UPIN dan IPIN 2014 bertempat di :
Lokasi : PICC Putrajaya
Tarikh : 21 hingga 23 November 2014
Masa : 9pagi hingga 10 malam
 
Kebetulan pula dekat dengan rumah.
Boleh la bawa puteri kami tu singgah sini.
Tapi time ni aku dah sarat dah ni.. Larat ke nak jalan lagi ni..

Bila ea start cuti sekolah???
erm.....

Tuesday, October 14, 2014

LAPORAN LENGKAP BAJET 2015

Bagi yang nak baca laporan lengkap bajet 2015 ni boleh pergi ke link ini ea : Laporan Lengkap Bajet 2015 

Sebelum ni tak kisah sangat pun pasal bajet yang dibentangkan.. tapi kali ni entah kenapa aku macam tertarik sangat nak baca details dalam pembentangan bajet kali ni.. dan yang paling menarik perhatian aku adalah tahap minimum Band MUET yang di tingkatkan mengikut bidang pengajian. 

Tetiba je kan... sebelum ni tak pernah fikir pun pasal MUET ni... Sebabnya kan... macam ada plan nak sambung belajar... 

Laporan dalam Bajet 2015 :
Tindakan Ke-8: Meningkat Kebolehpasaran Graduan
Selain itu, keyakinan diri dan kemahiran graduan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris akan dipertingkatkan.Pada masa ini, syarat kemasukan am ke IPTA mengkehendaki pelajar mencapai tahap minimum di Band 1 dalam Malaysian University English Test(MUET). 
Mulai tahun hadapan:
1. Bagi kemasukan ke IPTA tahap minimum Band MUET ditingkatkan mengikut bidang pengajian seperti contoh berikut:
    • Pengajian Sastera dan Sains Sosial -Band 2
    • Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM - Band 3
    •  Pengajian Undang-undang & Perubatan - Band 4
2. Sebagai syarat bergraduan pula, pelajar wajib mencapai:
    • Pengajian Sastera dan Sains Sosial - Band 3 
    • Pengajian STEM – Band 4 
    • Pengajian Undang-undang & Perubatan - Band 5
OK.. kiranya kalau aku nak further study nanti, aku kena dapatkan Band 4 untuk pengiktirafan Ijazah.. hu hu hu.. macam susah je nak dapat Band 4 tu.. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
update : 14/10/2014 : 12.01pm
Baru terbaca kat astro awani, seorang peguam yang kurang setuju band ni dinaikkan sebab syarat ni terlalu ketat dan syarat baru ini seolah-olah menyekat pelajar untuk masuk ke IPTA dan bagi yang sudah berada di IPTA seolah-olah menyekat pelajar dari graduasi..

Ini adalah berdasarkan keputusan MUET 2010, hanya 9.56% sahaja pelajar yang mampu mencapai Band 4 dan 0.97% sahaja yang mampu mencapai Band 5.

 

Monday, October 13, 2014

BELI PATUNG DAN SWEATER FROZEN

Demam  Frozen tak habis-habis lagi... Walaupun dah agak lama movie ni di tayangkan.. Alisha pun sama... Siang malam asyik frozen je.. Dan dah banyak barang-barang frozen yang aku beli untuk dia.. Bagi yang ada anak perempuan mesti tau kan macam mana... jadi kat sini aku nak share kat mana nak beli toys @ patung frozen dan sweater frozen yang korang boleh survey dan berhajat / bercadang nak beli.

Disney Frozen ANNA Doll (40cm)
Price: RM35.00 (Add Postage RM6 (SM), RM8 (SS)
Length about 40cm, width about 10cm
Plush toy. Soft and Comfy. No Box.
Come with Plastic Bag. Pictures are original shots.

Disney Frozen ELSA Doll (40cm)
Price: RM35.00 (Add Postage RM6 (SM), RM8 (SS)
Length about 40cm, width about 10cm
Plush toy. Soft and Comfy. No Box.
Come with Plastic Bag. Pictures are original shots.

Price : RM24
Postage : RM6 (SM), RM8(SS)
Disney Frozen OLAF Doll (30cm)
Length is 30cm. Detachable Velcro Tape.

Plush toy. Soft and Comfy. Come with Plastic Bag
Patung Olaf pun ada tau.. Patung ni sekarang tengah HOT!!! ramai yang beli.. 
Baru je restock ni.. InsyaALLAH stok banyak lagi
Blue FROZEN ELSA Sweater
Price: RM35.00
SKU: BLUE
- Postage RM6 (SM), RM8 (SS)

BLUE Organza Elsa Dress 
Price: RM30.00 (Add Postage RM6 (SM), RM8 (SS)
Product Description :
Cotton Material. May haveA minor defects due to mass production.

Comel je kan tengok frozen ni... OK.. korang boleh pergi dekat page ni Beli Toys / Patung Frozen 
InsyaALLAH... Harga boleh dikira berpatutan..

Happy Shopping!!!!!

Friday, October 10, 2014

PROJEK BARU


Alhamdulillah... akhirnya barang yang dinanti-nantikan sampai jugak ke tangan.. Dah lama tunggu tak muncul-muncul.. tapi hari jumaat, hari yang penuh barakah ni, sampai jugak kepada tuannya.. Lega.. Insyaallah... projek baru bakal menyusul... wah!!!! bunyi macam projek besar je kan.. projek untuk diri sendiri je... mana tahu kot-kot boleh pelan-pelan kayuh untuk bisness nanti (^_*) marah En.Hubby nanti.. kang dikatanya dah kurang masa untuk dia dan anak-anak... aishhh... mana boleh macam tu.. apa-apa family first la kan... InsyaALLAH... akan dipastikan semuanya terurus dan tak terabai k... 

Teruja....... macam tak sabar nak mula kan projek... 

OK... nak beralih topik kejap... 
Pengalaman preggy....  Now dah 30minggu.. bila dah masuk minggu ke30, hati makin cuak + berdebar-debar... Rasanya kalau boleh dengar degupan jantung ni.. maunya sebatu dah boleh dengar... ha ha ha over sangat... tapi serius... cuak beb!!!!... walaupun dah ada pengalaman sebelum ni, tapi masih takut... Now aku dah tak dibekalkan ubat 4 serangkai tu lagi... sebabnya HB tak naik-naik.. asyik maintain 10.6 je.. Last 2 week.. Doc tukar ubat biasa tu ke 'zinccofer' (mcm ni kot ejanya.. lupa la).. Lepas 2 minggu ambik zinccofer ni.. alhamdulillah.. bacaan HB naik ke 10.8... Fuh!!! lega.. kalau tak naik jugak... tak tau la ubat apa lagi yang Doc nak bagi selain dari bebelan merdu dari Doc yang aku kena tadah setiap kali HB tak naik. Ubat ni pun dikatanya ubat terkawal.. Hanya Doc je yang boleh bagi ubat ni.. Nurse tak boleh bagi..

Baby dalam perut mama ni pulak.. uishhhhhhh... aktifnya... sekarang.. dah kuat bergerak.. masa mula-mula dulu.. gerak-gerak biasa je.. tapi sekarang.. mashaALLAH... gerakan dia dah terasa kuat sangat.. sekarang Mama dah susah nak tido.. bukan sebab baby kacau mama.. tapi sekarang setiap hari pukul 3 atau 4 pagi.. mama mesti terjaga... bila dah terjaga dah tak boleh tido.. pagi tadi bangun pukul 2pagi sebabnya Alisha gatal-gatal... bangun sapukan minyak.. tak hilang-hilang gatalnya... sian pulak anak mama ni.. dah besar pun masih gatal-gatal lagi.. erm... susah hati mama... dah sapu minyak... gosok-gosok sikit.. akhirnya tido jugak anak mama tu kul 3.30 pagi.. aku pulak memang dah tak boleh tido.. jadi terus bangun.. sapu sampah, basuh baju, sidai baju, lipat baju... ada masa sikit lagi sebelum subuh solat tahajud + baca al-quran.. selesai solat subuh.. terus masak untuk breakfast anak mama... 

Selera makan sekarang... bukan main berseleranya... dah 2 kali kena warning berat naik over sangat... hi hi hi.. ye la.. kali ni tak de masalah selera makan.. tak sama masa mengandungkan Alisha dulu.. memang tak lalu makan langsung masa tu.. tapi aku paling ingat... En Hubby selalu buatkan sandwich sardin + mayonis... masa tu.. ini je yang berselera.. hari-hari En Hubby buatkan... Rindu jugak pengalaman masa mengandungkan Alisha dulu... Rindu jugak keletah Alisha masa baby dulu.. Rindu jugak pengalaman berulang alik kerja dari putrajaya ke KL naik ERL dengan perut yang boyot tu... Banyaknya pengalaman yang dah aku lalui... Rindunya.... Andai masa boleh diputar balik... erm....... nak putar ke masa bila ea? zaman kerja ke? zaman sekolah ke? zaman kanak-kanak ke?

Tempek gambar Alisha kat sini... Rindu Alisha...







**mama rindu alisha, alisha comel sangat, hope bila mama dah tak de nanti, Alisha buka blog ni dan baca isi hati mama, Sayang Alisha sangat-sangat**... 

Thursday, October 9, 2014

MEMILIH SET BERSALIN YANG SESUAI

Haih!!!!...
Pening jugak memikir nak memilih set bersalin dan bengkung yang sesuai.. Sebelum ni dah pernah survey beberapa set bersalin yang femes... and lastly aku dah decide nak pilih set bersalin leesa formula.. Nak beli dengan bengkung sekali.. Tapi balik kampung baru ni kakak ipar cakap bengkung alfiat bagus.. cepat kempis perut katanya.. Ye la.. dia kan baru bersalin.. Baru je lepas pantang... 

Dah tetiba balik sini, mula la pulak aku rungsing, nak pilih yang mana satu ni.. aishhhh... kena survey lagi ni... kena betul-betul pilih..

Sebelum ni masa bersalin dekat Alisha tak fikir pun pasal semua ni.. sebabnya semua mak aku yang sediakan.. Warisan turun-temurun set bersalin dari mak aku sendiri... Tapi...... mak dah tak de... terpaksa la aku fikirkan semua ni sekarang.. 

Kenapa mak pergi cepat sangat :'( 

 

Wednesday, October 8, 2014

CARA DELETE BLOG

Assalamualaikum..
Aku baru je delete blog yang aku tak nak.. Sebabnya terlalu banyak blog yang aku create.. ada blog bisness dan juga blog-blog lain.. Dan ada yang langsung aku tak maintain pun.. Jadi aku ambik keputusan untuk delete blog yang aku tak nak tu.. Jadi kat sini aku share tutorialnya ea..

First sekali Log In blog macam biasa >> then dah masuk blogger dashboard >> pergi ke blog yang korang nak delete.. >> klik icon seperti kat bawah ni >> then click setting



Di bawah setting akan ada beberapa list lagi >> then pilih OTHER


Tengok di bahagian atas page, ada Blog Tools >> then pilih Delete Blog

Dah siap.... Dah delete pun blog yang anda tak nak tu.. Simple kan... Selamat Mencuba