Pages

Tuesday, December 15, 2015

PRECIOUS BY ROZITA CHE WAN a.k.a Perfume Che Ta


Alhamdulillah.. Dah lama tunggu stok Perfume Precious By RCW ni masuk.. Akhirnya masuk jugak bln ni.. Lama sungguh menunggu.. Penangan Perfume / Minyak Wangi Che Ta ni sampai kena pre order sampai tahun 2016.. Dasyat kan..

OK jom kita baca review / testimoni dari diri sendiri..

Sekali spray sahaja memang ternyata wangiiiiiiiii sangat... Terus Berangan jadi che ta... ha ha ha...

Serius memang wangi.. Spray sikit je pun dah wangi... Tak rugi beli.. Harga pun memang mampu milik. Hanya RM29.90 sahaja...

Bagi yang nak beli Perfume Che Ta / Precious By RCW ni boleh wassup aku ye di 019-4296954 (Khaiza)

Yang nak COD area Putrajaya / Bangi / Dengkel / Cyberjaya juga boleh dan adalah dialu-alukan.. Insyaallah stok next month masuk banyak.. Sekarang ni pun dah banyak list preOrder... Sapa cepat dia dapat ye.. jangan tak grab

Monday, November 2, 2015

NOODLE STATION

Moh le kita update sikit kat blog ni, bijik mata ni pun dah nak naik juling ni ha.. asyik tengok skrin komputer je dari tadi.. campur pulak harini mood lemau bebenor rasanya ni hah... mengantuk yang amat.. hu hu hu..

Pagi tadi wasup en husband... bgtau teringin nak makan dekat noodle station.. tekak ni pulak rasa nak makan masam-masam.. he he he... nasib baik dapat en husband yang suka melayan.. jadi tercapai la hasrat ku itu..
 

ni menu favourite aku klu g noodle station ni.. tak ingat plak nama dia.. noodle tom yam seafood rasanya.. ajaibnya tentang noodle ni, walaupun menu favourite aku, tapi masa aku mengandungkan Adam, aku tak boleh makan noodle ni... tak pasti kenapa.. tapi memang tak boleh masuk dekat tekak ni.. nak termuntah je rasa.. Dah lepas 10bulan bersalin, ni baru cuba rasa semula... dan memang ternyata masih menu favourite aku :-P


Jemput makan JOM....



yummmy... yummy.... yummy... sedapnya.. lega dah dapat makan..
smile...

Tuesday, October 6, 2015

KREATIF SANGAT PERSOALAN MU DUHAI PERMATA HATI

Assalamualaikum w.b.t

Sudah lama tak mencoretkan sesuatu disini.. Adakalanya kesibukan kerja membuatkan aku kesuntukan masa, dan tiada mood untuk menulis... adakalanya idea untuk menulis hilang entah ke mana.. dan ada ketikanya penyakit M beraja di hati... Pokok pangkalnya semua itu adalah hanya satu alasan.. Alasan yang sengaja dicipta untuk menidakkan sesuatu.. 

Alhamdulillah... anak-anak sudah semakin membesar.. Syukur ALLAH diatas pemberianMu yang tidak ternilai, walaupun setiap kali Sujudku aku melafazkan ALHAMDULILLAH, namun masih belum cukup untuk aku mengucapkan rasa Syukurku.... kerana ianya sangat... sangat... sangat bernilai dan berharga lebih dari wang ringgit dan permata... Dan walau dalam sedar ku tahu ianya hanya sekadar pinjaman.

Sekarang aku harus mempersiapkan diri aku dengan pengetahuan yang berganda. Ini kerana, setiap kali usia si Kakak menginjak 1 tahun, pelbagai persoalan dan sifat ingin tahu berkerumun dihati. Kadang-kadang rasa bersalah menghantui tatkala persoalannya hanya tinggal persoalan tanpa jawapan dari seorang ibu..Bukan tidak tahu jawapannya, tapi cara untuk menjawabnya harus bijak, kerana takut pula di salah erti kerana soalan-soalannya terlalu kreatif sehingga tak terjangkau dek akal aku untuk berfikir jawapan sewajarnya.

Dan yang terbaru soalannya :
Kakak : Mama..... Seronok tak kawin?
Mama : <bunyi cengkerik> sambil berpandangan dengan En Suami... speechless

Duhai anak, nanti mama jawab ea.. hehehehehe

<entry ini adalah entry lama>

Thursday, June 25, 2015

RAMADHAN KALI INI

Assalamualaikum...
Today 8 Ramadhan 1436H. Alhamdulillah.. dapat menyempurnakan ibadah puasa dengan sempurna setakat ni.. hehehehe setakat ini la kan... untuk hari-hari depan belum tentu. Biasa lah special jadi wanita ni ada hari-hari tertentu dapat ABC.. bukan Air Batu Campur tapi Allah Bagi Cuti hehehe.. bak kata kawan aku sorang ni (kalau dia baca ni mesti dia gelakkan.. dah tau dah.. dapat imagine dah macam mana kalau dia gelak). Bila Allah dah bagi cuti tu, jangan lupa ganti ea.. kena ganti sebab WAJIB ganti tau..

Pengalaman berpuasa last year, aku berbadan dua... kalau diingat balik 1st week puasa memang macam budak-budak baru belajar puasa.. lembik habis plus muntah-muntah bagai.. sebab aku ni gastrik.. 1st day puasa memang angin teruk, sampai termuntah gitu.. tapi alhamdulillah tahun ni tak de rasa muntah-muntah. Lega alhamdulillah..

Pengalaman puasa tahun ni, puasa dikala Adam masih breastfeed. Adam baru 6bulan. Lain pulak senarionya.. 1st dan 2nd day Alhamdulillah cergas, sihat walafiat.. tapi masuk hari ke3 hingga ke7.. nauzubillah... energy habis langsung... balik kerja sampai rumah melepet terus.. energy dah sampai tahap maximum low.. tapi Alhamdulillah jugak sebab perut tak de rasa lapar.. mungkin sebab aku amalkan pati delima gulsan. Gastrik kan... kena la ambik apa2 supplement untuk kurangkan angin dan rasa lapar..

Ya Allah.. 
Mohon berikan aku kekuatan untuk terus berpuasa hingga ke penghujung 
Ramadhan ini. Ya Allah.. 
Kerana belum tentu aku akan bertemu Ramadhan akan datang.  :'(
Amin..

Akhir kata... Selamat menyambut ramadhan ea korang
#kosongkosong
hehehehe

Thursday, June 18, 2015

KUN ANTA | BE YOURSELF | JadiLah Diri Sendiri

Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim ( لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم)  
Ketika ingin bersaing dengan mereka, aku telah meniru apa yang ada pada mereka
Pabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar,(فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر)  
Lalu aku mula menjadi seperti orang lain, supaya aku boleh berbangga
Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina (و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى)  
Dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan
Fawajad tu anni kha-sir, fatilka mazohir, (فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر)
Namun aku dapati yang aku perolehi hanyalah kerugian. Itulah yang nyata.


La la, (لا لا)  
La nahtajul ma-la, (لا نحتاج المال)  
Kai nazdada jama-la, (كي نزداد جمال)
Jauharna huna, (جوهرنا هنا)
Fi qalbi talala, (في القلب تلالا)
Tidak..Tidak...
Kita tidak memerlukan harta, 
agar bertambah cantik. 
Permata kita ada di sini, 
di dalam hati yang bersinar-sinar
La la, (لا لا)  
Nurdhin nasi bima-la, (نرضي الناس بما لا)  
Nardhohu la na ha-la, (نرضاه لنا حالا)  
Za-ka jamaluna, (ذاك جمالنا،)  
Yasmu yataa’la (يسمو يتعالى)
 
Tidak..Tidak...
Kita bukan diterima orang lain dengan apa yang tidak ada. 
Kita diterima adalah kerana perbuatan (akhlak) kita. 
Itulah kecantikan kita. 
Yang sangat tinggi dan mulia
Kun anta tazdada jamala (كن أنت تزدد جمالاً)
Jadilah diri kamu sendiri
pasti akan bertambah lagi kecantikan yang sedia ada

Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum, (أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم)  
Sungguh aku menerima mereka, dan aku tidak perlu meniru perwatakan mereka
Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi-ni, (إلا بما يرضيني، كي أرضيني)  
Melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.
Sa akunu ana, mithli tamaman hazana, (سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا)
Aku akan menjadi diriku sendiri. Seperti diriku sepenuhnya. Inilah aku.

Fakona a’ti takfini, za-ka yaqi-ni, (فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني)
Sifat qanaah sudah cukup untuk ku. Itulah keyakinanku

Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum,(سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم)
Aku akan menjadi diriku sendiri, mengikut kemampuan diriku.
Aku tidak perlukan orang lain untuk menerimaku

Waakunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum, (وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم)
Aku akan jadi seperti diriku.
Apa yang aku inginkan. Untuk diriku dan bukan untuk diterima mereka



BE YOURSELF

In order to keep up with them, I imitated their looks and exterior
So I became someone else – just to boast

And I thought that through that I’d gained a fortune
But I found that I’d lost, for these are mere appearances

No, no,
We don’t need wealth to increase in beauty
Our essence is here, in our hearts it shines
No, no
We will not seek to please others with that which we deem unbefitting for ourselves
That is our beauty, rising and ascending above

Oh wo oh, oh wo oh..
Be yourself and you will increase in beauty

I accept people but I don’t imitate them
Except for what I agree with, to satisfy myself

I will just be myself, just the way I am, this is me
My conviction suffices, this is my certainty
 
I’ll be what I please to be
I won’t seek their acceptance
I’ll be whom I love to be
Why would I care about their acceptance 

Indahnya bait-bait lirik lagu Kun Anta ni.. Be Yourself... Jadilah diri sendiri..

Monday, June 15, 2015

PUTERI BUKAN NAMA SEBENAR


Puteri Bukan Nama Sebenar.. Lakonan Syahrul Ridzwan (my fav actor :-P) dan Cristina Suzanne. Dah nak habis drama ni... Best sangat2.. Dari segi acting.. Antara drama Hati Perempuan dan Puteri Bukan Nama Sebenar...aku pilih Drama Puteri Bukan Nama Sebenar..  Minggu ni last episod.. apalah ending nya kan.. Hope Ending yang telah aku jangkakan.. hehehehe.. 

Friday, June 5, 2015

Bunga Dhia

Ku menunggu kamu  
Ku menanti kamu saja  
Yang terindah dari Dia  
Yang tercipta dari Dia

Waktu terus berguling  
Dengan doa harapan  
Kau didakapanku

Bunga kaulah cahaya  
Bunga kaulah bintang  
Menerangi siang dan malamku  
Mewarnai segenap mimpiku http://liriklagu-songlyrics.blogspot.com/2015/04/lirik-lagu-bunga-dhia-aiman-sidek-ost-hati-perempuan.html
Ku menunggu kamu  
Ku menanti kamu saja  
Yang terindah dari Dia
Yang tercipta dari Dia

Waktu terus berguling  
Dengan doa harapan  
Kau didakapanku

Bunga kaulah cahaya  
Bunga kaulah bintang  
Menerangi siang dan malamku  
Mewarnai segenap mimpiku

Oh ohhhh  
Oh ohhhh  
Oh ohhhh

Dhia kaulah cahaya  
Dhia kaulah bintang  
Menerangi siang dan malamku  
Mewarnai segenap mimpiku

#liriklagu #hatiperempuan #bungaDhia #aimanSidek