Pages

Monday, September 29, 2014

ARIANI SALE 2014

Assalamualaikum...

Sempat jugak hari ni terjah sale arini dekat bangi... hi hi hi... boleh dikatakan murah giler la..
5 helai boleh dapat RM100.. erm.... bestkan.. dan yang paling penting.. bila pakai memang ngam je dekat muka ni.. tak gaduh susah-susah nak pasang pin dah. 

Sale semperna aidiladha ni akan berlangsung sehingga 4 OKT 2014. So bagi yang belum pergi, sempat lagi nak pergi..

Happy Shopping...

Wednesday, September 24, 2014

AMIN

Tetiba rasa nak selesema pagi ni... Owh!!! jangan la.. Please.. jangan selesema or demam dalam masa terdekat ni.. sebab My En Hubby nak outstation :-( 

Sepatutnya pagi ni My En Hubby dah pergi outstation.. Tapi mohon kelonggaran dengan bos dia, esok baru pergi. Team lain semua dah pergi.. My En Hubby risau jugak nak tinggalkan aku saat ni.. sebab lately selalu pulak pening-pening.. My En Hubby cuba minta pengecualian untuk kali ni.. tapi tak dapat.. Kena pergi jugak... So.. nak buat macam mana.. tuntutan kerja... Tapi yang pasti... pagi esok pergi... pagi jumaat dah gerak balik.. Orang lain pergi jalan-jalan.. ye la.. dah alang-alang PRK kali ni di kelantan kan.. banyak la tempat nak shopping..  tapi My En Hubby nak terus gerak balik.. sebab risau kan isteri dia yang sorang ni ha...

Esok check up... My En Hubby tak de untuk temankan.. Tak pe lah... Semoga perjalanan My En Hubby selamat pergi dan selamat pulang... Ayang sentiasa doakan yang terbaik untuk abang.. Apa yang penting keselamatan abang pergi dan balik.. InsyaALLAH semoga semuanya dilindungi ALLAH.. Amin

Monday, September 15, 2014

AYAT-AYAT NOVELIS

Alhamdulillah... 

Pagi ni.. pagi yang indah.. Cuaca diluar nampak redup dan mendung atau mungkin penglihatan ini dikaburi dengan tinted yang dipasang pada cermin tingkat yang sekali gus menyembunyikan dari cerita asal diluar sana. Suasana di pejabat pun sunyi sepi.. Ada yang cuti, bawa anak jalan-jalan atau pulang ke kampung di kala cuti sekolah baru bermula. Yang kedengaran hanya bunyi keyboard yang menari-nari tanpa irama dan sekali sekali suara rakan-rakan kedengaran.. itu pun kadang kala sahaja.. Ada juga yang masih hibernate dalam bilik, Monday blues mungkin!!!.. Kerja 1 hari.. Esok cuti semperna Hari Pembentukan Malaysia : 16 September. 

Pagi ni berkesempatan untuk menjengah beberapa blog.. Hati mula tertarik dengan 2 blog yang cantik dan simple tapi kandungan dan penyampaian yang berbeza.... Rutin yang sudah agak lama aku terlepas. Membaca kandungan blogger-blogger lain kadang-kadang membuatkan diri seolah-olah mengenali mereka secara dekat... Walhal.. ianya hanyalah di alam maya.. Blog pertama yang aku baca, bait-bait ayat yang digunakan tersusun dan indah dibaca, seolah-olah ayat novelis.. Dan ceritanya membuatkan aku terpikir.. hidup tak selalunya indah.. adakala badai datang tanpa di duga.Tapi siapalah kita untuk merancang masa depan mengikut apa yang kita mahu, semoga beliau tabah dengan apa yang berlaku.. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. 

Blog yang kedua pula, banyak memberikan aku inspirasi deko. Susun atur rumah yang kemas dan cantik... memberi ilham untuk aku dan My Hubby menyesuai padan perabot dan hiasan rumah. Boleh dikatakan seolah-olah memang Jodoh untuk membaca blog beliau, kerana saat ini aku dan My Hubby sedang usaha menghiasi rumah. Semalam baru sahaja selesai memilih dan membeli perabot untuk bilik princess kami.. InsyaALLAH tema merah putih bakal menghiasi kamar puteri kami itu. Keceriaan dah terpancar dari wajah Alisha.. hari sabtu ni perabot sampai.. bermula la inspirasi deko aku dan My Hubby untuk bilik puteri kami. 

Friday, September 12, 2014

REWARD YOURSELF

Assalamualaikum....

Sekejap sahaja, hari ni dah hari jumaat. Terlalu cepat masa berlalu minggu ni.. Hari ni agak Busy kat opis untuk preparation training dan preparation projek validation some of field dalam sistem... And next week adalah minggu yang super busy.. Erm... Maybe Yes!!!... Maybe Not!!!if everything ran smoothly.

Reward Yourself???
Kadang-kadang ada benda yang kita teringin sangat nak beli... Dan tetiba tu jugak la kewangan merudum... adoiiii aiiiii... So macam mana nak buat??? 
Ada satu hari ni, sambilbreakfast kat opis, borak-borak.... and one of my friend cerita kawan dia akan saving RM5 kalau dia dapat duit RM5.. 

CONTOHnya.. kita beli barang guna duit RM10.. harga barang maybe dalam RM2.50.. so ada baki RM7.50.. dan penjual tu bagi sekeping RM5 + RM2 + RM0.50 = RM7.50. So RM5 tu dia akan simpan sampai banyak mana dia nak... then dia akan beli la apa yang dia impikan...

Erm......... Menarikkan!!!!!!

Sejak 2 minggu lepas aku dah start kumpul RM5 ni tau... and now baru dapat RM20... hi hi hi... OK la kan.... sikit-sikit... lama-lama jadi bukit.... dan kalau still tak guna... lama-lama jadi gunung (*_^)


hihihihihihi... ni la hasil sejak 2 minggu lepas... harap-harap akan bertambah..

Thursday, September 11, 2014

CARA NAIKKAN HB UNTUK IBU HAMIL

Hemoglobin Rendah atau HB Low!!!!!......

Hu hu hu... setiap kali check up, ini la masalah yang aku selalu hadapi... Dan setiap kali tu jugak aku  mesti dapat ceramah free dengan nurse.. Tapi semua tu untuk kebaikkan aku dan baby jugak. Sebenarnya aku sendiri pun dah buntu macam mana cara nak naikkan bacaan HB aku ni. Apa yang nurse cakap semuanya aku follow. Nurse cakap :
  • Kena banyakan makan makanan yang mengandungi zinc - aku follow
  • Kena banyakan makan sayuran hijau - aku follow
  • Jarakan pengambilan kalsium dan zinc, sekurang-kurangnya 2 jam - aku follow
  • Jangan / kurangkan kafein, teh dan KOKO - aku follow
Semuanya aku ikut, tapi bacaan HB masih sama. Masih 10.5. Bila nak naik tak tau la... Last 2 weeks kena jumpa DOC sebab dah 3 kali berturut-turut bacaan HB static.. Since kandungan 4 bulan terus kena check up 2 minggu sekali... Semuanya gara-gara HB low... Dan DOC suggest :
  • Ambil zinc bersama dengan juice or makanan yang mengandungi vitamin C,  untuk bantu penyerapan Zinc - aku follow.
And Today!!!!!...... Yeay!!!!! Finally aku berjaya naikkan HB, walaupun bacaannya hanya 10.6 but it's OK... at least naik daripada turun kan...So.. next time memang kena banyakkan pengambilan Vitamin C bersama dengan zinc.. And now aku tengah praktikan ambik ubat yang DOC bagi dengan jus.. Jus Oren lagi better, sebab Oren memang kaya dengan Vitamin C... Dan kalau boleh amalkan jus yang buat sendiri, sebab kita boleh control kandungan gula. Kalau juice yang dekat pasaran tu kandungan gulanya tinggi.
 
Kenapa perlu kurangkan pengambilan kafein, KOKO atau teh?
Ini apa yang nurse and DOC cakap... Kurangkan atau kalau boleh tak ambik terus pun lagi bagus.. Sebab minuman berkafein dan KOKO ini boleh mengurangkan atau menghalang penyerapan zinc tersebut. 

Sama jugak dengan pengambilan Kalsium. Ibu-ibu hamil memang digalakan ambil kalsium... Sebab kalsium ni untuk ibu jugak.. Nanti kang habis sakit sendi la, sakit kaki la... Pernah tau orang yang kurang kalsium, masa nak bersalin tu tetiba kaki kejang.. Dah sudah.. macam mana nak meneran? itu yang membuatkan koyakkan jadi banyak.. So... Kalsium kena ambik tapi jarakan jugak masanya sekurang-kurangnya 2 jam. Sebab zinc tak boleh ambik sekali dengan kalsium. Kalsium jugak menghalang penyerapan zinc tersebut...

Jadi inginkan yang terbaik untuk baby kan... So follow la apa yang nurse and DOC cakap... Alah.. tak lama pun.. kejap jer...  [sambil pejam mata, hu hu hu ... ada perkara tersembunyi disebalik kata-kata tu] (-_-) hu hu hu aku penggemar KOPI. Tapi kalau rasa teringin sangat-sangat tu, boleh la minum, tapi jarakan 2 jam selepas atau sebelum ambil ubat or zinc. 

p/s : hope tips ni boleh bantu ibu-ibu hamil diluar sana yang mengalami masalah yang sama macam aku... Semua tips2 ni adalah dari DOC dan Nurse yang aku selalu jumpa... maybe next time aku akan sharekan makanan yang kaya dengan Vitamin C dan Zinc.. InsyaALLAH.... sekiranya masa mengizinkan...

Wednesday, September 10, 2014

KETERUJAAN MELAMPAU.......

Pagi ni datang ke opis di sapa dengan bunyi "Katak". Terkejut beb.. kuat pulak tu bunyinya. Terus teringat Lagu "Si Katak" nyayian Mark Adam. Lagu yang simple dan seronok didengar... Tak de note tinggi-tinggi macam sesetengah lagu yang bila didengar hampir pecah gegendang telinga.. Sori... Maybe type aku suka lagu yang simple je... {Tetiba..... dari programmer bertukar jadi pengarah muzik.... hi hi hi hi } Tapi ini fakta... bukan semua orang suka dengan lagu yang nada tinggi-tinggi.. Dan salah seorangnya adalah Aku.... ha ha ha..
Alisha demam since hari isnin malam.. balik dari school muka dah monyok jer... Kesian dia... Aku paksa juga ke school.. Sebab kalau ikut tentative school program 9 September ada pengambilan gambar untuk Gambar Kelas, iaitu hari Selasa. Aku dan My En Hubby dah plan nak beli gambar tu untuk kenangan.. Sayang la kalau Alisha tak hadir.. Sebab sesi pengambilan gambar dah tak de ulangan.. Tunggu tahun depan la pulak... itu pun kalau berkesempatan.. Tapi lagi kesiannya bila semalam pergi school, baca dekat notice board pengambilan gambar kelas 10 September, hari Rabu iaitu hari ini... Ala... sian anak mama.. Tapi untuk ceriakan hati anak mama... mama hadiahkan dengan beg baru... Beg frozen.. tak sempat snap pic.. bateri handphone asyik kong jer... Of course anak mama happy giler...

Alhamdulillah.. now Alisha dah tak de masalah bangun pagi dan tak meragam dah bila nak ke school.. Hari-hari bagaikan Hari yang ceria untuk dia... Alhamdulillah.. mungkin dah ambik sikit-sikit aura untuk jadi kakak... Gud Sayang.... Mama Love u so much..

Tetiba baru-baru ni Alisha tanya...
"Mama.... Alisha nak jadi kakak ke? Nama jadi Kakak Alisha ke?"

Tetiba dalam hati terdetik.. Faham ke tidak anak aku ni... Apa yang dimaksudkan dengan kakak ni.. Tapi so far... dia tahu siapa itu adik... Sebab dia kata.. 

"Adik tu baby lagi macam baby Alisha.." Sambil tunjuk anak patung dia tu.

Bila nak ada adik ni, Alisha makin manja... Tidor hari-hari nak kena peluk.. nak kena tepuk/dodoi.. Dah macam baby pulak.. Saja tanya Alisha.. 

"Kalau Alisha nak tepuk, nak peluk, nak tidor dengan Mama, abih adik nak tido kat mana? Tido dengan Abah la... " aku terus jawab... 

Terus terdengar ketawa My En Hubby kat sebelah....

OK... sebut pasal baby ni, alhamdulillah... Orang cakap instinct ibu mengandung tu selalunya tepat. Dari awal kehamilan, aku macam dah dapat rasa jantina baby dalam kandungan... Cuma tak sure sangat. Semalam DOC pun ada sebut benda yang sama..

Semalam pergi check up di Hospital Az-zahra.. and very surprise... bila scan kami dapat tahu jantina baby dalam kandungan aku ni... Ya Allah... beb... teruja sangat-sangat.... sehinggakan aku tersenyum simpul + tergelak-gelak masa DOC dok scan perut masa tu... Doc pun susah nak scan sbb perut asyik gerak-gerak disebabkan aku asyik tergelak-gelak... Terus aku cakap dekat DOC.. 

Maaf, DOC saya teruja sangat.. 
DOC pun cakap.. Ye la.. dah 5 tahun kan tunggu.. DOC pun asyik senyum-senyum tengok gelagat aku..

Lepas dah siap scan... Terus cakap dekat My En Hubby
"Nampak tak baby apa?" 
  
My En Hubby pun senyum tak habis-habis... sampai ke kereta pun masih tersenyum-senyum.. Sama la dengan aku... Rasanya sampai hari ni pun masih tersengih sorang-sorang (*_^) Sebenarnya..... sebelum masuk jumpa DOC semalam, aku ada cakap dengan My En Hubby yang aku nak nama kan nama baby dengan nama A-----, terus My En Hubby tanya?

Kenapa pilih nama tu?
Aku jawab : ntah... tiba-tiba terdetik dengan nama yang sebegitu..

So now.... aku tahu kenapa tiba-tiba aku terdetik nak pilih nama tu... Tapi nama tu masih dalam perancangan... belum betul-betul decide...

Kenapa aku check up kat Hospital Az-zahra?? This is my reason :
Ini back up plan.. kalau masa nak bersalin nanti buatnya Hospital Putrajaya penuh... mana lagi nak pergi kan... Tahun 2009 situasi ni pernah berlaku pada aku, masa tu bukaan dah 2cm.. pergi Hospital Putrajaya, tapi ward penuh... Jadi DOC minta aku pergi Hospital lain, jadi aku kena cari Hospital lain samaada Hospital KL, Serdang or Kajang.... Masa tu selok belok KL memang tak berapa terer... So HKL terkeluar dari list, Hospital Kajang sesak (ini dalam fikiran aku sahaja, realiti aku tak pasti, maybe tak seteruk yang aku bayangkan). Jadi sama jugak Hospital Kajang terkeluar dari list aku. So yang tinggal hanyalah Hospital Serdang sahaja, terus pergi tanpa pikir apa-apa.. Bila sampai ke Hospital Serdang, sama jugak... Hospital serdang full.. Tapi DOC kat situ masih intertain aku.. and diorg find out.. aku kategori berisiko.. jadi dia terima aku untuk bersalin kat sana... Boleh bayangkan tak perasaan aku masa tu.. Menanggung kesakitan nak bersalin + mencari Hospital untuk bersalin... Dalam perasaan sakit + celaru + risau.. semua bercampur aduk.. And aku baru dapat info dari one of my ofismate .. Now Hospital Putrajaya dah Join Venture dengan Hospital Kajang dan HKL.. So.. mana-mana patiene yang nak bersalin tapi ward penuh akan di hantar ke hospital berkenaan.. But for me.... why not aku prepared awal-awal kan... So.. incase Hospital Putrajaya full... aku akan pergi private hospital... Tapi kena guna duit saving... but it's OK... for my baby... bukan tak percaya dengan Hospital kerajan... No.. No... No... tidak sama sekali... Cuma this time.. aku dah ada Alisha.. Alisha baru 5 tahun.. kanak-kanak tidak dibenarkan naik ward.. Jadi.. pada masa aku nak bersalin nanti... aku sendiri tak tahu apa kemungkinan yang berlaku.. ada yang bersalin awal... ada yang terlebih due.. Macam history aku terlebih due.. Jadi kalau aku pilih private hospital... incase mak mertua tak sampai lagi... at least Alisha boleh stay dengan aku dekat ward or.. aku kena bersalin sorang-sorang tanpa ditemani My En Hubby (boleh ke aku... hu hu hu... maybe boleh tapi sedih.. feeling anak manja... ni la peelnya). Dan bila dah lepas bersalin Alisha boleh stay dengan aku dekat ward... tak de la terpikir-pikir dekat Alisha nanti...

10.45pm tadi, dapat call dari Tadika Alisha... Alisha merengek-rengek, mengangis... Sambil cakap Alisha nak mama... Alisha nak Mama... hai...... sedih hati ni... hu hu hu... Mama pulak hati tisu... kena air abis hancur..Tengahari nanti kena pergi ambik, try minta half day dekat bos... kot-kot lepas.. boleh ea BOS... BOS kan baik.. ha ha ha.. tetiba.. selalunya kalau jumpa BOS mesti bergaduh...

ok... experience aku bersalin kat atas tu, maybe tak sama macam orang lain tau.. hope ianya tidak menggangu mana-mana perasaan dan mana-mana pihak.. of course apa yang terjadi ada sebabnya... and now maybe dah banyak penambahbaikan yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk menangani segala kesulitan dan segala kelemahan yang ada.. so... no worries...

p/s : entry ni panjang sikit.... disebabkan keterujaan melampau....