Pages

Monday, February 26, 2018

Ada Kerja... Bak sikit :-)

Hai...

Assalamualaikum semua...

Setelah beberapa bulan, now aku sedikit positive.. even tak ada apa-apa pun yang berubah... mungkin aku dah boleh REDHA sedikit sebanyak.. Alhamdulillah.. REDHA itu INDAH sebenarnya... Aku masih disini... Di Ofis Baru.. belum ada tanda-tanda boleh balik ke HQ.. mmmm so sad.. but at least aku masih belum SENYUM dan chill.. belajar untuk terima kenyataan dan keadaan disini... 

Actually.....

Kat ofis ni tak de la teruk sangat.. cuma boring + tak de kerja... menanti kerja bagai menanti bulan jatuh keriba.. hahaha... nampak tak betapa susah nya nak dapat  even 1 task pun.. dengar memang heaven kan... tapi kalau dah 3 bulan kat sini, kau tercongok je... haiiiishhh bulan mati kutu jadinya.. BORINNNNGGGGGG tahap gaban...


Dato'....
Nak balik HQ :'(


_dalisha_

Friday, February 2, 2018

2018 : Harapan Baru

Penghujung 2017, sangat mencabar untuk aku. Perasaan yang bercampur aduk. Tak pasti samada Pasrah, Redha atau apa...

Bila ditempatkan dalam 1 unit yang belum tentu projek nya sukses. Projek yang dah bertangguh ntah untuk keberapa tahun lagi. Sejak September 2017 aku di hadapkan dengan jadual kursus yang berpanjangan dan padat. Bahasa trainer nya pulak nauzubillah :-( Otak pun boleh jem. Tapi aku hadapkan jugak, kerana saat itu aku masih ditahap positive.

But now...........
I'm down pada tahap yang sangat maksimum...

Pasrah atau Redha?
Aku redha kalau Unit ni diberi planning yang betul dan tepat.
Aku redha sekiranya projek ini nampak masa depannya
Aku redha sekiranya all the bosses boleh bekerjasama dengan baik dan aman.
Aku redha sekiranya diarahkan untuk jalankan tugas lama dan baru secara 50-50
Sekurang-kurangnya aku masih boleh REDHA walaupun projek ni lebih nampak Nazak dari Jayanya.

Tapi sekarang Aku lebih kepada PASRAH :'(
PASRAH dengan keadaan
PASRAH untuk menjadi Bola. Dibaling kesana, disambut kesini.

Aku mengharapkan Tahun 2018 akan lebih memberi sinar harapan untuk kami.


_dalisha_