Pages

Tuesday, October 6, 2015

KREATIF SANGAT PERSOALAN MU DUHAI PERMATA HATI

Assalamualaikum w.b.t

Sudah lama tak mencoretkan sesuatu disini.. Adakalanya kesibukan kerja membuatkan aku kesuntukan masa, dan tiada mood untuk menulis... adakalanya idea untuk menulis hilang entah ke mana.. dan ada ketikanya penyakit M beraja di hati... Pokok pangkalnya semua itu adalah hanya satu alasan.. Alasan yang sengaja dicipta untuk menidakkan sesuatu.. 

Alhamdulillah... anak-anak sudah semakin membesar.. Syukur ALLAH diatas pemberianMu yang tidak ternilai, walaupun setiap kali Sujudku aku melafazkan ALHAMDULILLAH, namun masih belum cukup untuk aku mengucapkan rasa Syukurku.... kerana ianya sangat... sangat... sangat bernilai dan berharga lebih dari wang ringgit dan permata... Dan walau dalam sedar ku tahu ianya hanya sekadar pinjaman.

Sekarang aku harus mempersiapkan diri aku dengan pengetahuan yang berganda. Ini kerana, setiap kali usia si Kakak menginjak 1 tahun, pelbagai persoalan dan sifat ingin tahu berkerumun dihati. Kadang-kadang rasa bersalah menghantui tatkala persoalannya hanya tinggal persoalan tanpa jawapan dari seorang ibu..Bukan tidak tahu jawapannya, tapi cara untuk menjawabnya harus bijak, kerana takut pula di salah erti kerana soalan-soalannya terlalu kreatif sehingga tak terjangkau dek akal aku untuk berfikir jawapan sewajarnya.

Dan yang terbaru soalannya :
Kakak : Mama..... Seronok tak kawin?
Mama : <bunyi cengkerik> sambil berpandangan dengan En Suami... speechless

Duhai anak, nanti mama jawab ea.. hehehehehe

<entry ini adalah entry lama>