Pages

Friday, February 13, 2015

HILANGNYA SEBUTIR PERMATA

Assalamualaikum,
Aku percaya, semalam dan hari ini seluruh malaysia khususnya rakyat negeri Kelantan diselubungi suasana sedih dan pilu apabila perkhabaran tentang perginya sebutir permata yang menegakkan agama Allah s.w.t ini iaitu Tuan Guru Nik Aziz..

Keperibadian beliau yang sangat sederhana, walaupun bergelar Menteri Besar Kelantan suatu ketika dulu sukar dicari dikalangan pemimpin-pemimpin sekarang... Aku percaya sekiranya negara di beri peluang untuk memiliki insan yang mempunyai keperibadian seperti beliau menjadi pemimpin, aku yakin slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan pasti tercapai...

Bila mendengar kisah hidup beliau dan amalan-amalan harian beliau... Ya Allah... hati ini rasa sangat tersentuh... Dengan kesibukkan beliau masih lagi dapat berceramah dan mengajar agama di setiap jumaat. Dan yang paling tersentuh hati, sebahagian daripada gajinya kira-kira 40% daripada gajinya disumbangkan untuk perjuangan.. Ya Allah... jikalau semua pemimpin yang ada sekarang ini, mewarisi sikap beliau... aku percaya negara ini akan lebih Maju..

Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah pada beliau di atas pemergian beliau di Hari Penguhulu segala hari.... hari Jumaat yang penuh barakah...




Al-Fatihah......

Wednesday, February 11, 2015

PETUA UNTUK HILANGKAN KEMBUNG / ANGIN UNTUK IBU DAN BABY

Assalamualaikum.. Buat apa tu uols!!! Aku baru siap masak.. Arini lewat sikit masak.. sebab baby Adam bangun awal pagi tadi.. tak sempat nak masak lunch sekali.. sempat buatkan breakfast untuk kakak jer...

Yeay!!! Gud news... My Hubby akan pindah opis... hari khamis ni last... Isnin haritu En Hubby kena standby kat opis baru, sebab diorg dah start pindahkan barang-barang.. erm..... Apa yang happy sangat tu??? Hi hi hi.. of coz la happy sebab Opis En Hubby dengan opis aku dah dekat... Let say nak lunch sama-sama boleh jer tak yah bawa keta dah.. Jalan kaki jer... hi hi hi.. berangan kan.. Aku memang suka berangan... sebab berangan tu free.. tak kena bayar... Tapi tu la.. dalam happy happy ni.. nak kena plan balik jadual masuk opis ni... nak kena susun balik jalan nak pergi kerja.. nak kena hantar adik dulu.. lepas tu kakak.. lepas tu mama and last sekali En Hubby.. tapi kesiannya En. Hubby nak kena berebut parking.. Pack betul parking kat situ.... aduhaiiiiii... jenuh la nanti kan.... dah la masuk keje kul 8.30 time ni parking kosong jangan mimpi lah kan.. melainkan block keta orang..

Isk isk isk... tak baik mengeluhkan.. Dugaan kecil je tu.. Setiap perkara yang berlaku mesti ada sebabnya kan... so.. lemparkan jauh-jauh fikiran negetif tu... baru la happy dan ceria-ceria selalu..

Korang buat apa? Kalau member-member aku kat opis ni mesti busy kan... erm... Boring pulak dok sorang-sorang kat rumah... Tekak ni macam-macam teringin nak makan... aishhhhh.... kena kuatkan hati ni.. mesti kena pantang makan lagi.. kalau tak nanti aku yang susah... pada aku mungkin OK.. tapi baby Adam nanti macam mana.. kang buatnya kembung ke sakit perut ke.. tak ke susah aku nanti... mencegah lebih baik dari merawat kan (^_^) so selagi boleh elakkan... elak kan je la.. Alhamdulillah... setakat ni Adam tak de amsalah kembung perut... Macam mana nak elakkan kembung perut ni.. Salah satu yang aku amalkan minum air halia.. ni En Hubby yang buatkan.. Dia ketuk halia.. banyak pun tak pe.. then masukan dal periuk.. tambah air.. then masak sampai mendidih... Bila nak minum tambah gula je.. buat banyak-banyak boleh repeat.. bila nak minum just panas kan je.. Simple kan... Bagi ibu-ibu yang selalu ada masalah ni... boleh la try macam ni.. Aku amalkan ni sejak hamil lagi... Insyaallah... semua angin keluar....

Actually aku tengah siapkan sumthing untuk Adam.. hi hi hi.. saja nak try buat.. Hope menjadi... Ok uols.. take care.. and for my friends.... i miss u all...... hope boleh gathering "kita-kita aje" nanti...

Monday, February 9, 2015

SURI RUMAH SEPENUH MASA

Assalamualaikum.. Bersiaran lagi tengahari ni.. Alhamdulillah.. ADAM tido.. walaupun bunyi apa ntah kat atas ni.. org baiki rumah agaknya... bunyi yang agak kuat... sehinggakan mengganggu cuping telinga aku ni.. Tapi syukur ADAM tak terjaga dari tido.. Ngantuk sangat agaknya tu.. kalau tak mahunya kejap kejap terjaga.. Tido diganggu kan.. mana boleh tido..

Rutin setiap pagi.. Bangun SOLAT SUBUH, terus masak breakfast untuk Alisha Dan En Hubby.. Every day Alisha mesti kena bawa bekal.. Sian kadang-kadang lapar.. Breakfast pagi di Tadika Biskut je kot (not sure.. tak pernah tanya, agak-agak je :-P ) Alhamdulillah.. sekarang aku kena biasakan diri dengan suasana nak berkeja nanti.. Ye la kena bersiap sedia dari awal kan.. Takut-takut nanti tak terkejar nak uruskan 2 orang baby.. Alisha walaupun dah besar.. tapi still baby bagi kami.. sebab manjanya... Aduhaiiiiiiiiiii.... tak tahu nak cakap... Rasanya kalau dah start keje nanti, kul 5 or 5.30 pagi dah nak kena bangun.. Takut tak sempat nak prepared breakfast.. or tak sempat nak bersiap.. sebab Si Adik ADAM tu selalu bangun awal.. Kul 5.30 tu dah jaga.. kena susukan dia dulu bagi dia tido... then baru boleh buat apa yang patut.. Lepas prepared breakfast terus masak untuk makan tengahari.. Senang.. Nanti tak de la kelam kabut nak masak kan.. Weekday or weekend ni la rutin aku... 

Usia ADAM hari ni dah masuk 53hari, tapi aku masih berkurung dalam rumah, belum nak keluar lagi. Tengok la.. maybe this weekend bawa Alisha dan ADAM jalan-jalan.. Sian jugak dengan Alisha... Dah lama tak jalan-jalan since aku bersalin haritu... Sabar ea SAYANG....

Erm... Seronoknya jadi surirumah sepenuh masa ni... Lapang je dada dan fikiran.. tak terganggu dek bunyi telefon yang berdering-dering kat opis tu.. dengan suara agen/klien bising-bising itu ini... dengan another department lagi yang selalu nak menyusahkan hidup kami di ICT ni.. hu hu hu.. bila akan berakhir semua tu... JaAWAPANNYA adalah INFINITI.... tiada titik penghujungnya.. begitulah selamanya selagi tak pindah jabatan or naik pangkat.. Hari-hari akan hadap benda yang sama... But.... yang paling best kat opis aku adalah friendship... Itu je tak boleh nak cari.. Kalau pindah jabatan lain maybe ini akan terkenang-kenang.. 

Perut berkeroncong... Now asyik lapar je.. Non Stop makan.. Lepas bersalin aritu berat dah back tu normal... Jangan kan nanti naik opis.. Dah jadi Bam Bam... Oh.. TIDAK.... 

OK.. bye... nak makan kejap.. perut harus diisi sebelum Baby ADAM terjaga.. Bunyi orang bertukang kat atas ni macam tak de tanda-tanda nak berhenti... Tak nyaman nak mengarang kat blog ni.. BTW.. enjoy reading... Bye...

Thursday, February 5, 2015

BERSALIN SECARA INDUCE

Assalamualaikum.. 

Hari ni nak kongsikan pengalaman aku bersalin secara induce.. kaedah induce ada 2 cara.. 
  1. Masuk Air (melalui tangan (tak sure dalam ni diletakkan sekali ubat atau tak @ air sahaja))
  2. Masuk Ubat (melalui Vigina)
OK... aku telah melalui proses yang No 2.. Iaitu masukan ubat melalui vigina. Kaedah ini digunakan bila keadaan baby tak stabil @ air ketuban dah pecah awal @ jalan masih belum buka / lambat bukaan. Minimum ubat yang akan dimasukkan 1 biji dan Maximum adalah 4 biji.. Berapa bilangan ubat yang dimasukkan ni bergantung kepada individu.. Kalau doctor dah masukkan 1 biji, jalan dah cepat buka.. dalam 3-4cm (kalau tak silap) berkemungkinan ubat yang ke 2 tidak perlu dimasukkan lagi.. Bukaan akan dibiarkan secara normal. Tapi kalau jalan masih tak buka, ubat ke 2 hingga ke 4 akan dimasukkan mengikut keadaan dan masa. Tapi sekiranya masih tak buka, ceaser lah jawabnya... Harap-harap dielakkan bersalin secara ceaser.

Tapi berbeza pula dengan aku. Aku kena induce sebab aku dah cukup 40minggu. Tapi masih belum ada tanda-tanda untuk bersalin. Actually 18hb Dec 2014 aku dah turun tanda darah, tapi bila pergi hospital check jalan baru buka 2cm. Aku disuruh balik dulu rehat dirumah, bila ada rasa sakit-sakit or darah turun banyak baru pergi semula. Pada awalnya memang aku tahu aku akan kena induce sebab aku memilih untuk bersalin di hospital swasta.. Hospital Az-Zahra bangi..  Jadi Doktor pakar yang check aku masa monthly check up, dia inform awal-awal lagi.. Dia tak benarkan aku lebih dari due (19 dec my due).. Risiko sebab jarak anak pertama dengan anak kedua terlalu jauh.. 5 tahun.. consider macam bersalin anak pertama.. Dan dia tak nak anak lemas or dah makan najis.. kalau ini berlaku. Lagi susah katanya hu hu hu.... So berbincang dengan En.Hubby dia setuju.. so kami proceed induce.. Kalau di goverment hospital aku diberi masa sehingga 22 Dec 2014.

Pengalaman induce....
Harap tak de yang serik bila aku kongsikan pengalaman aku ni ea.. mungkin pengalaman setiap orang berbeza... So lain orang lain ceritanya.. Tapi Ini Cerita Aku..

Untuk induce aku dijadualkan masuk ward pukul 12 tengahmalam pada 18 Dec 2014. Kenapa tengah malam??? Nanti aku share kenapa ea.. Tapi biasa la.. aku cuak pun ada.. jadi kul 12.30 baru aku gerak dari rumah... Masa nak pergi hospital ni, alahai sayunya hati aku nak tinggalkan Nur Alisha.. masih terbayang-bayang lagi rengungan mata dia saat aku tinggalkan dia.. Alisha seoalah-olah tahu aku akan tinggalkan dia.. sebab langsung dia tak tido.. kebetulan mak mertua aku tido diruang tamu.. Jadi masa aku nak keluar pintu tu memang nampak dia renung je mata dan wajah aku ni sampai la pintu tertutup rapat.. masa ni mak mertua (MIL) aku nak tidokan dia.. memang dia berbaring sebelah MIL tapi dia angkat sedikit kepala dia renung mata aku seolah-olah minta bawa dia bersama.. Ya Allah.. sangat-sangat sedih.. dalam kereta air mata tak henti-henti mengalir... ye la.. mana pernah berpisah kan.. sori sayang.. mama tak dapat bawa alisha sama..  

Bila sampai di hospital, jam dah hampir pukul 1 pagi.. selesai urusan daftar masuk ward.. aku diberi katil... Boleh la tido sekejap.. Nurse akan sentiasa datang.. cek bukaan, tekanan darah dan suhu.. bila cek bukaan masih sama macam pagi tadi... Masih 2cm.. memang tak de tanda-tanda bukaan jalan.. sepanjang hari aku berdoa mohon supaya aku dapat bersalin tanpa induce.. tapi bukaan masih tak buka.. jadi akhirnya tetap kena induce..

Tepat jam 3 pagi, aku dimasukan ubat yang pertama betul-betul dekat pintu rahim. Ubat dia kecik sahaja.. macam panadol je bentuknya.. start dari ni la aku rasa sakit yang tak henti-henti. Makin lama makin sakit.. Sakit yang teramat sangat. Bila nurse masukan ubat suruh berak pun aku dapat berak sikit je.. sebab dah tak boleh nak berak.. rasa sakit lagi kuat dan rasa macam dah nak bersalin.. aku siap cakap dekat nurse tu rasa macam nak meneran dah ni.. nurse cakap belum lagi ni puan.. puan nak ubat tahan sakit ke.. masa ni sanggup lagi menahan kalau boleh tak nak ambik apa-apa ubat lagi. Nurse datang lagi. Aku cakap saya memang rasa betul-betul nak meneran ni.. mcm nak keluar sangat-sangat dah ni.. Nurse pun panggil bidan.. Bidan datang cek bukaan baru 3cm.. masa ni dah pukul 6pagi. Masa ni la aku jadi tak tentu arah.. pukul 6pagi bukaan baru 3cm.. agak-agaknya pukul berapa la baru 10cm.. tapi sakit dah tak tertanggung lagi dah. Sedihnya aku rasa masa ni.. perlu masuk ubat lagi ke. Tapi nurse cakap.. dah start buka ni OK la... kita tengok dulu.. tak lama lepas tu aku rasa basah.. ada cecair keluar.. aku rasa darah.. bila 2 kali rasa yang sama baru aku bgtau nurse.. Bila nurse tengok air ketuban dah pecah.. tapi masa ni bukaan dalam 4cm. Masa ni la aku rasa betul-betul tak tahan.. Nurse tanya lagi nak ubat tahan sakit ke.. Husband pun cakap ambik la.. sebab tak sanggup tengok keadaan aku.. Dalam pukul 7 lebih nurse cucuk ubat tahan sakit dekat bontot.. Lepas je cucuk ubat ni terus rasa terawang-awang @ mamai (bahasa utara). Tapi sakit masih tak hilang.. Masih sama.. Sakit yang tak tertahan.. Nurse cakap kalau ada rasa nak meneran bgtau.. lagi sekali aku bgtau nurse memang dh rasa nak meneran.. Terus aku dibawa ke dewan bersalin.. Sampai ke dewan bersalin pukul 8.20pagi.. Masa ni aku masih dalam keadaan mamai + sakit yang tak henti-henti.. Naik je atas katil.. Nurse cek baru buka 6cm.. nurse cakap kalau rasa nak meneran panggil.. Nurse baru je melangkah keluar aku cakap dekat Husband.. dah tak tahan sangat ni.. adik macam dah nak keluar.. Nuse cek lagi sekali dah buka 9cm.. Terus nurse panggil Doktor Pakar yang check up aku tu.. sementara tunggu doktor sampai.. Nurse suruh aku bertahan jangan meneran lagi.. Sampai je doktor... Doktor tak suruh teran.. tapi dengan sendirinya baby macam menolak sendiri.. Perut pun automatiknya meneran.. Lepas tu doktor cakap... OK bagus.. lagi lagi.. terus aku teran... Teran.. dan teran... dan lahirlah Muhammad Adam pada pagi jumaat 19 Dec 2014.. Hari Jumaat penuh barakah... Penghulu segala hari..

Beza bersalin Nur Alisha, masa alisha keluar aku dapat rasa dia keluar.. Tapi masa Adam, aku tak rasa dia keluar.. tahu-tahu je doktor dah letak atas aku lepas dia keluar dengan tali pusat pun tak potong lagi.

Syukur alhamdulillah... aku hanya perlu 1 biji sahaja, sebab progress bukaan tu sangat cepat.. mungkin memang dah sampai masa untuk aku bersalin agaknya.. sebab awal-awal lagi aku dah turun tanda kan. Dan bukaan pun dah 2cm kan pagi tadi.. Tapi lepas je masuk ubat tu, sakitnya hanya allah sahaja yang tahu.. kalau bersalin normal, walaupun ada constraction.. sakitnya selang seli.. setengah jam sekali sakit.. lepas tu hilang.. tapi.. bila dah induce ni, sakitnya boleh aku katakan non stop... tak henti-henti.. dan sakitnya yang diluar kawalan... kalau normal aku masih boleh relax lagi.. tp induce ni memang sakit nya memang aku tak boleh tahan dan tak terkawal langsung.. sehinggan nurse nak cek jantung baby pun tak boleh sebab aku duduk merekot (bahasa utara).. maksudnya aku bengkokkan kaki sehingga ke perut.. macam menahan sakit perut.. aku genggam tangan husband sekuatnya.. Nasib baik la nurse tu baik.. Masa turun ke dewan bersalin, nurse siap suruh bawa air zam-zam ke air selusuh ke.. Nasib baik memang standby.. tapi tak minum air selusuh.. dapat minum air zam-zam je.. Siap suruh bawa turun nasi sekali takut lapo kat dewan bersalin nanti.. hi hi hi kelakar pulak bila ingat balik.. Saat yang paling tersentuh bila Husband lapkan air mata aku masa aku tengah meneran.. dan lepas bersalin.. aku pun tak sedar ada air mata keluar.. TQ Sayang...

Inilah cerita aku.... kalau lepas ni mengandung lagi.. kalau boleh tak nak dah ambik induce... hu hu hu... itupun kalau ada pilihan...

Wednesday, February 4, 2015

KEHADIRAN INSAN BARU

Assalamualaikum w.b.t
Dah lama blog ini sunyi dari sebarang coretan. Alhamdulillah hari ni diberi sedikit kesempatan untuk membuat regangan urat-urat jari yang dah lama tidak menari di keyboard ini. 


Tanggal 19 Disember 2014 aku telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.8kg. Alhamdulillah kali ni juga aku dapat bersalin normal.. Syukur kehadrat mu Illahi. Bayi kecil ini, kami namakan Muhammad Adam. Dengan harapan bayi kami ini akan menjadi khalifah yang SOLEH... Seindah namanya.. InsyaALLAH amin. 


Hari ni genap 48hari Muhammad Adam lahir dan melihat dunia. Selain Mama dan Abah, Along Nur Alisha adalah insan yang paling happy.. Setiap masa cium adik, sayang adik.. tak berganjak dari adik.. 

Bagaikan tidak percaya, aku kini sudah mempunyai 2 orang cahaya mata. Saat ini rasa bagaikan air mata ingin berguguran.. ALHAMDULILLAH Ya ALLAH.. Rezekimu yang tidak terhingga. 

Antara perkara yang aku paling risau adalah... Bolehkah aku membahagikan kasih sayang yang sama rata untuk kedua-duanya??? Setelah 5 tahun aku berikan kasih sayang sepenuhnya kepada Along Nur Alisha. Hanya dia.. 

Syukur... walaupun masa lebih banyak dihabiskan dengan baby Adam.. Tapi masa untuk Along Nur Alisha tetap ada. Malah kasih sayang pada Along Nur Alisha makin bertambah..

Masa berlalu dengan begitu cepat.. Baby Adam dah pandai senyum dan ketawa.. Along Nur Alisha pula suka nyanyikan lagu Frozen untuk dia.. Tak berkelip mata baby Adam dengar Along nyanyi.. 

Kelahiran baby Adam menyerikan dan melengkapkan hidup kami sekeluarga.. Mama Dan Abah Sayang kedua-dua anak mama dan abah... Sayang sangat.. 

TERIMA KASIH Ya ALLAH..