Pages

Friday, February 13, 2015

HILANGNYA SEBUTIR PERMATA

Assalamualaikum,
Aku percaya, semalam dan hari ini seluruh malaysia khususnya rakyat negeri Kelantan diselubungi suasana sedih dan pilu apabila perkhabaran tentang perginya sebutir permata yang menegakkan agama Allah s.w.t ini iaitu Tuan Guru Nik Aziz..

Keperibadian beliau yang sangat sederhana, walaupun bergelar Menteri Besar Kelantan suatu ketika dulu sukar dicari dikalangan pemimpin-pemimpin sekarang... Aku percaya sekiranya negara di beri peluang untuk memiliki insan yang mempunyai keperibadian seperti beliau menjadi pemimpin, aku yakin slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan pasti tercapai...

Bila mendengar kisah hidup beliau dan amalan-amalan harian beliau... Ya Allah... hati ini rasa sangat tersentuh... Dengan kesibukkan beliau masih lagi dapat berceramah dan mengajar agama di setiap jumaat. Dan yang paling tersentuh hati, sebahagian daripada gajinya kira-kira 40% daripada gajinya disumbangkan untuk perjuangan.. Ya Allah... jikalau semua pemimpin yang ada sekarang ini, mewarisi sikap beliau... aku percaya negara ini akan lebih Maju..

Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah pada beliau di atas pemergian beliau di Hari Penguhulu segala hari.... hari Jumaat yang penuh barakah...




Al-Fatihah......

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: