Pages

Thursday, February 5, 2015

BERSALIN SECARA INDUCE

Assalamualaikum.. 

Hari ni nak kongsikan pengalaman aku bersalin secara induce.. kaedah induce ada 2 cara.. 
  1. Masuk Air (melalui tangan (tak sure dalam ni diletakkan sekali ubat atau tak @ air sahaja))
  2. Masuk Ubat (melalui Vigina)
OK... aku telah melalui proses yang No 2.. Iaitu masukan ubat melalui vigina. Kaedah ini digunakan bila keadaan baby tak stabil @ air ketuban dah pecah awal @ jalan masih belum buka / lambat bukaan. Minimum ubat yang akan dimasukkan 1 biji dan Maximum adalah 4 biji.. Berapa bilangan ubat yang dimasukkan ni bergantung kepada individu.. Kalau doctor dah masukkan 1 biji, jalan dah cepat buka.. dalam 3-4cm (kalau tak silap) berkemungkinan ubat yang ke 2 tidak perlu dimasukkan lagi.. Bukaan akan dibiarkan secara normal. Tapi kalau jalan masih tak buka, ubat ke 2 hingga ke 4 akan dimasukkan mengikut keadaan dan masa. Tapi sekiranya masih tak buka, ceaser lah jawabnya... Harap-harap dielakkan bersalin secara ceaser.

Tapi berbeza pula dengan aku. Aku kena induce sebab aku dah cukup 40minggu. Tapi masih belum ada tanda-tanda untuk bersalin. Actually 18hb Dec 2014 aku dah turun tanda darah, tapi bila pergi hospital check jalan baru buka 2cm. Aku disuruh balik dulu rehat dirumah, bila ada rasa sakit-sakit or darah turun banyak baru pergi semula. Pada awalnya memang aku tahu aku akan kena induce sebab aku memilih untuk bersalin di hospital swasta.. Hospital Az-Zahra bangi..  Jadi Doktor pakar yang check aku masa monthly check up, dia inform awal-awal lagi.. Dia tak benarkan aku lebih dari due (19 dec my due).. Risiko sebab jarak anak pertama dengan anak kedua terlalu jauh.. 5 tahun.. consider macam bersalin anak pertama.. Dan dia tak nak anak lemas or dah makan najis.. kalau ini berlaku. Lagi susah katanya hu hu hu.... So berbincang dengan En.Hubby dia setuju.. so kami proceed induce.. Kalau di goverment hospital aku diberi masa sehingga 22 Dec 2014.

Pengalaman induce....
Harap tak de yang serik bila aku kongsikan pengalaman aku ni ea.. mungkin pengalaman setiap orang berbeza... So lain orang lain ceritanya.. Tapi Ini Cerita Aku..

Untuk induce aku dijadualkan masuk ward pukul 12 tengahmalam pada 18 Dec 2014. Kenapa tengah malam??? Nanti aku share kenapa ea.. Tapi biasa la.. aku cuak pun ada.. jadi kul 12.30 baru aku gerak dari rumah... Masa nak pergi hospital ni, alahai sayunya hati aku nak tinggalkan Nur Alisha.. masih terbayang-bayang lagi rengungan mata dia saat aku tinggalkan dia.. Alisha seoalah-olah tahu aku akan tinggalkan dia.. sebab langsung dia tak tido.. kebetulan mak mertua aku tido diruang tamu.. Jadi masa aku nak keluar pintu tu memang nampak dia renung je mata dan wajah aku ni sampai la pintu tertutup rapat.. masa ni mak mertua (MIL) aku nak tidokan dia.. memang dia berbaring sebelah MIL tapi dia angkat sedikit kepala dia renung mata aku seolah-olah minta bawa dia bersama.. Ya Allah.. sangat-sangat sedih.. dalam kereta air mata tak henti-henti mengalir... ye la.. mana pernah berpisah kan.. sori sayang.. mama tak dapat bawa alisha sama..  

Bila sampai di hospital, jam dah hampir pukul 1 pagi.. selesai urusan daftar masuk ward.. aku diberi katil... Boleh la tido sekejap.. Nurse akan sentiasa datang.. cek bukaan, tekanan darah dan suhu.. bila cek bukaan masih sama macam pagi tadi... Masih 2cm.. memang tak de tanda-tanda bukaan jalan.. sepanjang hari aku berdoa mohon supaya aku dapat bersalin tanpa induce.. tapi bukaan masih tak buka.. jadi akhirnya tetap kena induce..

Tepat jam 3 pagi, aku dimasukan ubat yang pertama betul-betul dekat pintu rahim. Ubat dia kecik sahaja.. macam panadol je bentuknya.. start dari ni la aku rasa sakit yang tak henti-henti. Makin lama makin sakit.. Sakit yang teramat sangat. Bila nurse masukan ubat suruh berak pun aku dapat berak sikit je.. sebab dah tak boleh nak berak.. rasa sakit lagi kuat dan rasa macam dah nak bersalin.. aku siap cakap dekat nurse tu rasa macam nak meneran dah ni.. nurse cakap belum lagi ni puan.. puan nak ubat tahan sakit ke.. masa ni sanggup lagi menahan kalau boleh tak nak ambik apa-apa ubat lagi. Nurse datang lagi. Aku cakap saya memang rasa betul-betul nak meneran ni.. mcm nak keluar sangat-sangat dah ni.. Nurse pun panggil bidan.. Bidan datang cek bukaan baru 3cm.. masa ni dah pukul 6pagi. Masa ni la aku jadi tak tentu arah.. pukul 6pagi bukaan baru 3cm.. agak-agaknya pukul berapa la baru 10cm.. tapi sakit dah tak tertanggung lagi dah. Sedihnya aku rasa masa ni.. perlu masuk ubat lagi ke. Tapi nurse cakap.. dah start buka ni OK la... kita tengok dulu.. tak lama lepas tu aku rasa basah.. ada cecair keluar.. aku rasa darah.. bila 2 kali rasa yang sama baru aku bgtau nurse.. Bila nurse tengok air ketuban dah pecah.. tapi masa ni bukaan dalam 4cm. Masa ni la aku rasa betul-betul tak tahan.. Nurse tanya lagi nak ubat tahan sakit ke.. Husband pun cakap ambik la.. sebab tak sanggup tengok keadaan aku.. Dalam pukul 7 lebih nurse cucuk ubat tahan sakit dekat bontot.. Lepas je cucuk ubat ni terus rasa terawang-awang @ mamai (bahasa utara). Tapi sakit masih tak hilang.. Masih sama.. Sakit yang tak tertahan.. Nurse cakap kalau ada rasa nak meneran bgtau.. lagi sekali aku bgtau nurse memang dh rasa nak meneran.. Terus aku dibawa ke dewan bersalin.. Sampai ke dewan bersalin pukul 8.20pagi.. Masa ni aku masih dalam keadaan mamai + sakit yang tak henti-henti.. Naik je atas katil.. Nurse cek baru buka 6cm.. nurse cakap kalau rasa nak meneran panggil.. Nurse baru je melangkah keluar aku cakap dekat Husband.. dah tak tahan sangat ni.. adik macam dah nak keluar.. Nuse cek lagi sekali dah buka 9cm.. Terus nurse panggil Doktor Pakar yang check up aku tu.. sementara tunggu doktor sampai.. Nurse suruh aku bertahan jangan meneran lagi.. Sampai je doktor... Doktor tak suruh teran.. tapi dengan sendirinya baby macam menolak sendiri.. Perut pun automatiknya meneran.. Lepas tu doktor cakap... OK bagus.. lagi lagi.. terus aku teran... Teran.. dan teran... dan lahirlah Muhammad Adam pada pagi jumaat 19 Dec 2014.. Hari Jumaat penuh barakah... Penghulu segala hari..

Beza bersalin Nur Alisha, masa alisha keluar aku dapat rasa dia keluar.. Tapi masa Adam, aku tak rasa dia keluar.. tahu-tahu je doktor dah letak atas aku lepas dia keluar dengan tali pusat pun tak potong lagi.

Syukur alhamdulillah... aku hanya perlu 1 biji sahaja, sebab progress bukaan tu sangat cepat.. mungkin memang dah sampai masa untuk aku bersalin agaknya.. sebab awal-awal lagi aku dah turun tanda kan. Dan bukaan pun dah 2cm kan pagi tadi.. Tapi lepas je masuk ubat tu, sakitnya hanya allah sahaja yang tahu.. kalau bersalin normal, walaupun ada constraction.. sakitnya selang seli.. setengah jam sekali sakit.. lepas tu hilang.. tapi.. bila dah induce ni, sakitnya boleh aku katakan non stop... tak henti-henti.. dan sakitnya yang diluar kawalan... kalau normal aku masih boleh relax lagi.. tp induce ni memang sakit nya memang aku tak boleh tahan dan tak terkawal langsung.. sehinggan nurse nak cek jantung baby pun tak boleh sebab aku duduk merekot (bahasa utara).. maksudnya aku bengkokkan kaki sehingga ke perut.. macam menahan sakit perut.. aku genggam tangan husband sekuatnya.. Nasib baik la nurse tu baik.. Masa turun ke dewan bersalin, nurse siap suruh bawa air zam-zam ke air selusuh ke.. Nasib baik memang standby.. tapi tak minum air selusuh.. dapat minum air zam-zam je.. Siap suruh bawa turun nasi sekali takut lapo kat dewan bersalin nanti.. hi hi hi kelakar pulak bila ingat balik.. Saat yang paling tersentuh bila Husband lapkan air mata aku masa aku tengah meneran.. dan lepas bersalin.. aku pun tak sedar ada air mata keluar.. TQ Sayang...

Inilah cerita aku.... kalau lepas ni mengandung lagi.. kalau boleh tak nak dah ambik induce... hu hu hu... itupun kalau ada pilihan...

1 comment:

  1. Touching & hepi baca pengalaman Khaiza ni, nak2 Asiah tggal lbh kurang 2 bulan lagi nak bersalin. Dalam kpl ni dok pikir nak tinggal kat mana nak2 bila Asiah sakit nk bersalin nnt. Kuarga semua jauh, arap Allah permudahkan semuanya...;)

    ReplyDelete

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: