Pages

Wednesday, July 23, 2014

CUTI RAYA PALING LAMA - 2014

Tahun ni cipta rekod baru.. cuti raya paling lama.. start esok - 24 Julai 2014 hingga 3 Ogos 2014 .
Yeay!!!! seronok dapat cuti raya tapi SEDIH dan tak best sebab cuti makin kurang (^_^).

Nak simpan bekalan untuk raya haji dan hujung tahun nanti.. Sambut baby baru hujung tahun ni.. Harap-harap cukup la baki cuti yang tinggal ni.. 

Arini aku pergi majlis tahlil, buat dekat opis.. Alhamdulillah.. semuanya selesai dan berjalan lancar. Aku masukkan nama arwah mak untuk majlis tahlil. tapi.. Ya ALLAH, saat bacaan doa,  tiba-tiba hati sebak tak terkira.. teringat saat-saat akhir aku jaga mak, terbayang wajah mak dan kali terakhir aku kucup dahi mak sebelum dikapankan.. Ya ALLAH, sayu nya hati tak terkira.. tak terucap dengan kata-kata... aku cuba bertahan, namun aku kalah juga.. akhirnya airmata jatuh gugur tak dapat ditahan lagi.. sejak mak pergi aku cuba kuat dan tak nak menangis tapi kali ni aku tetap kalah, setiap kenangan bersama mak datang silih berganti.. Bermula tahun ni, rutin baru setiap kali raya, aku akan kunjungi pusara mak selepas solat aidilfitri.. Untuk mak.. aku akan sentiasa berdoa supaya mak ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Insyaallah setiap selesai solat, bacaan al-fatihah tak terhenti aku sedekahkan pada mak.. semoga mak tenang disana.. Amin..

10 ramadhan terakhir, My En Hubby dah mula kejutkan aku untuk solat sunat. Sebelum-sebelum ni dia biarkan aku rehat katanya nampak aku macam penat sangat, ye la sejak pregnant ni memang malam jer aku mula letih dan terus tido.. kadang-kadang belum masuk isyak aku dah tertido.. Tapi untuk 10 malam terakhir ni, katanya kalau boleh dia nak aku sama-sama rebut ganjaran untuk 10 malam terakhir ni. Alhamdulillah.. dapat jugak aku buat solat sunat. 

Ingat lagi masa mula-mula aku ambik keputusan untuk kawin.. My En Hubby lamar aku seminggu selepas kenal.. mula-mula macam agak was-was, tapi aku nekad dan buat solat istiqarah dan alhamdulillah... sesungguhnya dia lah pilihan yang terbaik untuk aku kurniaan ALLAH.. Terima Kasih Ya ALLAH... 

Sejak 1 ramadhan sehingga hari ini, aku masih masak sendiri untuk berbuka, dibantu oleh My En Hubby didapur. Diberi kudrat untuk menunaikan tanggungjawab untuk suami dan anak.. alhamdulillah.. Kali ni tiada banyak halangan untuk aku berpuasa walaupun berbadan dua. Sekarang usia kandungan dah 19 minggu.. alahan pregnant kali ni tak teruk sangat.. Syukur.. sekurang-kurangnya dapat aku tunaikan puasa penuh tahun ni..

Untuk semua kawan-kawan, aku ambik kesempatan ni mohon ampun dan maaf diatas segala kesilapan aku samaada secara sengaja atau tidak.. aku manusia biasa yang banyak kekurangan.. masih cuba untuk perbaiki diri sendiri.. mana yang kurang mohon ampun dan maaf.. Mohon maaf, tahun ni aku cuti awal sikit..

Insyaallah lepas raya kita jumpa lagi.. Doakan perjalanan aku selamat.. Amin...

Akhir kata "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"


Wednesday, July 2, 2014

TQ TEACHER HAIDA..

Teacher Haida adalah teacher Alisha dekat Tadika Alif Ceria... Orangnya baik dan sangat rapat dengan Alisha.. 24 Jun 2014 adalah hari terakhir teacher haida mengajar Alisha.. Teacher Haida dah dapat posting cikgu dekat Johor. Satu langkah baru dalam hidup teacher. Tahniah diucapkan. Banyak sangat sumbangan teacher untuk Alisha.. Insyaallah pengalaman teacher di Alif Ceria bakal membantu teacher di sekolah baru nanti

Alisha biasa la.. ambik gambar macam malu-malu kucing sikit..

Jutaan Terima Kasih diatas :
  • TQ diatas sifat sabar cikgu melayan karenah anak kami ni dengan penuh sabar.. 
  • TQ diatas ilmu menulis, membaca dan menyanyi yang diturunkan  kepada Alisha
  • TQ diatas segala bakti yang telah dicurahkan kepada anak-anak alif ceria..
  • TQ diatas layanan yang baik kepada kami 
  • TQ diatas keperihatinan teacher terhadap Alisha
  • Dan banyak lagi sumbangan teacher yang terlalu banyak sehingga tak tercoret disini..
Sebagai sumbangan ikhlas dari kami dan sumbangan yang tak seberapa.. diharap teacher boleh pakai untuk ke sekolah nanti..


 

TERIMA KASIH CIKGU ...  

Tuesday, July 1, 2014

CERITA CUTI SEKOLAH YANG LEPAS...

Entry ni adalah entry terperam... karang-karang tak siap... karang-karang masih tak siap.. jadi hari ni.. kita siapkan entry penuh ni ea..

Banyak perkara yang dibuat masa cuti sekolah lepas... Maybe tak semua kot dimuatkan dalam ni.. Kang berjela pulak entry ni.. Quality time with family digunakan sebaik mungkin.. Seperti biasa.. aktiviti jalan-jalan adalah wajib.. 

Apa yang kitaorang buat :

1. Menghadiri Undangan Kenduri.. 
Time ni memang teringin nak makan nasi minyak.. Yes!!!! Hasrat Mak Yong tercapai..

 2. Jalan-jalan ke JUSCO equin... Dah lama nak tindik telinga Alisha.. Tapi baru kini tercapai.. Ini pun sebab dah lama dia minta nak pakai subang.. Tapi mama yang tak bawa pergi.. Sebab plan nak buat dekat kedai Kakak ipar.. senang sikit.. lagi satu motip.. boleh usha rantai tangan baru.. or cincin baru.. pricing pun mesti la kurang sikit dari kedai lain kan.. (^_*) 

Dah lama My En Hubby bg green light.. tp still tak sampai seru.. sebab yang ada pun jarang pakai.. aku pulak memang jenis yang jarang nak pakai accessories ni..

 Alhamdulillah... Alisha OK dan tak nangis pun.. cuma masa mula-mula lepas tindik je.. dia macam terdiam sikit.. lidah kelu tak berbicara.. hahaha.. terkejut agaknya.. Ni kitaorang buat dekat Poh Kong Jusco Equin.

3.  Jalan-jalan pergi floria... Destinasi yang tidak disangka.. 
Tetiba My En Hubby ajak.. Aku OK jer.. mana-mana pun boleh..

 


Seperti biasa.. u're our hero..
semua barang dikendong.. photographer pun ia jugak.. sebab tu gambar abah kurang (^_^)

 
 

And last Pic.. tudung dah terbang... kejap jer.. berpeluh2 anak mama... 


 Bila angin kuat.. kipas2 ni semua berpusing... cantik sangat.. colourful..

 Kitaorang pergi pagi.. dalam kul 9 macam tu.. Kejap je jalan-jalan pastu terus balik.. sebab mak yong dah capek..