Pages

Monday, June 30, 2014

2 RAMADHAN 2014

Hari ni dah 2 Ramadhan.. Alhamdulillah.. semalam dapat berpuasa penuh 1 hari.. Tahun ni pengalaman baru bagi aku di bulan ramadhan iaitu berpuasa semasa hamil.. 

1st day puasa.. erm.. not bad..berjaya disempurnakan sehingga berbuka..  alhamdulillah.. tapi aktiviti siang memang tak de langsung.. dan banyak masa dihabiskan berbaring atas tilam empuk... sebabnya.. sejak pregnant ni memang selalu pening... harap-harap hari ni OK la.. sebab arini dah start keje.. tak nak lah selalu pening-pening pulak kan... nak bergerak pun susah.. Tapi hari ni agak sedih sikit.. sebab pagi-pagi dah muntah.. habis semua keluar apa yang dimakan masa sahur tadi.. Ya Allah.. bagi la kekuatan untuk aku terus berpuasa... kalau tahun ni cukup puasa.. tak yah lah ganti puasa (^_^)

Seperti tahun lepas azam tahun ni tetap sama iaitu tak nak pergi bazar, pergi boleh tp mungkin cari kueh je kot.. or kalau ada apa-apa yang mak yong teringin nak makan.. setakat ni macam dah ada yang teringin.. hi hi hi.. teringin nak makan kambing golek..

Insyaallah.. sepanjang ramadhan ni nak masak sendiri sahaja. Sama seperti tahun lepas..

Day 1.. berjaya masak sendiri walaupun ada rasa sedikit pening-pening lalat.. insyaallah.. azam kena kuat.. semoga terlaksana...

Rutin setiap pagi.. bangun kul 4 pagi.. masak nasi then terus telan supplement untuk ibu mengandung.. Nurse cakap kalau ambil ubat masa perut kosong memudahkan penyerapan ubat tu... jadi itu la masa yang sesuai untuk aku ambik ubat.. 



Tapi hari pertama aku tak bangun.. hi hi hi.. My En Hubby yang bangun dan masak... Aku rest atas katil.. tetiba pagi tu kepala pening.. sian My En Hubby.. start kul 3 lebih dia dok urut kepala aku.. kul 4 dah bangun masak..

Apa-apa pun TQ sayang....  U're My everthing.. Love U so much.. also My Little Princess.. Love both of you.. and Waiting for baby.. December 2014.. InsyaAllah

Monday, June 23, 2014

ANUGERAH DARI ALLAH...

Good news to share... 

Berita ni dah agak lama, semua berita ni berlaku sekitar bulan April dan Mei... Tapi tak berkesempatan nak share kat sini.. Alhamdulillah.. ada beberapa perkara baik berlaku dalam hidup aku dan juga family.

Pertama :
Tahun ni aku diberi "Anugerah Perkhidmatan Cemerlang".  Alhamdulillah.. Jujurnya memang anugerah ni dinanti-nantikan oleh semua penjawat awam.. Syukur.. Rezeki aku untuk tahun ni.. Selain daripada sijil APC.. aku juga diberi Sijil Simpanan Premium BSN..


Kedua :
Dan dalam masa yang sama, satu lagi berita yang sangat-sangat mengejutkan... Aku diberi peluang dan kesempatan untuk bakal menimang cahaya mata kedua.. Syukur ke hadratmu Ya Allah... Semua ini anugerah dari mu yang tidak terhingga. Sekarang kandungan aku sudah menghampiri 4 Bulan.. Alahan kali ni macam kurang sikit.. Cuma rasa pening-pening sebab HB aku memang low walaupun tak pregnant.. Sekarang ni memang tangah concentrate untuk menaikkan HB.. semua aku makan.. Jambu batu, Kerang, Ikan Bilis, Mangga Masak.. Dan sekarang memang tak minum langsung minuman berkafein.. Dikhuatiri menggangu penyerapan vitamin yang aku makan.. sekarang aku dah beralih kepada horlicks.. walaupun susah nak ditelan oleh tekak ni.. tapi digagahi jugak.. untuk anak mama yang bakal lahir ni.. Harapan HB aku akan naik lebih tinggi dari biasa..

Ketiga :
Aku dapat "Lucky Draw 1st prize"  semasa Majlis Hari Keluarga Jabatan.. Semua ni anugerah dari Allah.. Alhamdulillah...


Dan masa aku happy dengan anugerah Allah ini.. tapi dalam hati terdetik rasa rungsing dan risau.. Masa buka buku merah 2 minggu yang lepas.. masa doktor scan.. katanya ada objek lain dalam rahim aku.. ada ketulan.. dan doktor suspect ada fibroid.. tapi masih tak pasti.. aku di rujuk kepada Pakar Hospital Putrajaya.. Dan esok adalah appointment untuk comfirmkan samaada ianya adalah fibroid atau tak... Doktor ada cakap.. perkara ni adalah normal... dan semua yang doktor cakap adalah positif..

"Dun worry!!! awak bertuah... selalunya orang yang ada fibroid ni susah nak pregnant... Tapi now u dah pregnant.. u patut happy.. jangan risau.. fibroid tak kan mengganggu kehamilan, dan ada ketikanya fibroid ni akan mengecut dengan sendirinya".. 

tapi sejujurnya walaupun doktor cakap macam tu.. jauh disudut hati kecil aku ni rasa rungsing dan risau tu tetap ada.. harap-harap.. ini bukan fibroid..

#AkuHanyaMampuBerdoa
#SegalanyaKetentuanMuYaALLAH..

Friday, June 13, 2014

WHAT IN MY MIND??

Apa plan esok???

Nak pergi Family Day Jabatan jauh sangat.. dekat FRIM nu ha... pendaftaran kul 8.. alamatnya memang tak pergi la.. lately pulak kepala asyik berdenyut.. pening-pening je.. better jangan pergi jauh-jauh sangat... kang buat spoil mood je..

Nak pergi Festival Floria?? Tahun ni nak masuk dah start kena bayar... erm... kalau free mungkin pergi sini je kot.. tapi kalau kena bayar.. kena fikir dulu.. bukan sebab berkira nak bayar.. cuma... tahun-tahun sebelumnya pun dah pernah pergi.. jadi tahun ni tak pergi la kot..

Magic night? Maybe pergi sini kot.. boleh bawa alisha tengok upin ipin... :-)

Happy Holiday..... Happy Weekend....

#LegaKerjaMingguNiSemuaSetel
#BolehCutiDenganTenang

Wednesday, June 4, 2014

BUKAN MUDAH UNTUK MENJADI KAWAN ATAU SAHABAT

Alhamdulillah... 

Kerja semalam settle... tunggu bos sign surat jer.. Lega...

Tapi hari ni feel really really upset... seriusly... bukan niat pun.. Only kidding... Menjaga hati sendiri pun susah.. apatah lagi menjaga hati orang.. 

Why???

I'm Sorry...... Really Sorry

i'll make sure after this memang tak kan cakap dah pasal benda ni... Just play safe.. Only silent.... and silence... only that way yang boleh selamatkan keadaan... 

Aku juga banyak terasa... banyak sangat... Tapi... Siapalah aku... 

Aku dengan cara aku sendiri.. Selalu diam kan... sebab taknak jadi macma ni la... rasa kecik hati sana... kecik hati sini... Masing-masing dah besar.. dah boleh fikir mana baik mana buruk..

Aku manusia biasa.... aku juga pernah buat silap.. aku bukan sempurna.. aku juga bukan malaikat.. 

Really need My En Hubby right now :-(

Semoga aku sentiasa bertabah... Dugaan hidup dan cabaran tak semuanya mudah untuk kita harungi.. Bukan Mudah untuk jadi kawan atau sahabat.. I know... aku hanya kawan.. dan bukan sahabat.. untuk menjadi sahabat sangat susah... tak semua orang boleh buat.. dan aku lebih prefer menjadi kawan dari sahabat.. aku tak mampu jadi sahabat.. sebab aku tahu kemampuan aku setakat mana...

#HopeJabatanNiBakalDiKopratKan
#ReallyReallyHope 
#ThisIsMyBlog
#BolehTulisApaSajaYangAkuRasa
#ReleaseTension

FLORIA PUTRAJAYA 2014




Floria Putrajaya 2014 Bakal berlangsung pada 14 Jun 2014 hingga 22 Jun 2014. Penganjuran ke 7, Floria Putrajaya 2014 tahun ini lebih segar dan lebih bunga bertemakan "Mesmerizing Colours" iaitu menggabungkan berbagai spesies bunga daripada iklim lembap subtropika dan tropika di taman-taman yang direka khas.

Selamat Melihat Keindahan Putrajaya dengan bunga-bungaan yang pelbagai warna dan spesis..

Tuesday, June 3, 2014

PETANG-PETANG BUAT DARAH NAIK!!!!!

Tetiba petang ni rasa nak meletop... iskss.... sakit pulak hati ni... 
My Bos bagi kerja.. OK.. aku suruh dia emel details... senang sikit.. nanti kang salah pulak.. My Bos ni agak cerewet jugak.. Katanya minta tolong aku buatkan surat... OK boleh la.. aku juz minta dia emel details kandungan surat... 

Last-last baru tahu sebenarnya suruh arrange miting... Miting ni pulak memang dah pernah orang lain yang arrange... And..... orang tu aku tengok available jer... Ye la.. terlibat dengan projek or whatever tu biasa la.. tapi still kat office... still boleh buat kerja-kerja office.. Sebelum ni kitaorang pun terlibat jugak dengan projek.. tapi kerja office still bos bagi.. still kena buat.. 

Bukan nak berkira sangat.. tapi... aku dah banyak kot buat kerja dia...

And lagi la sakit hati bila My Bos tetiba takut pulak nak bagitau aku untuk arrange miting tu.. sehinggakan nak kena suruh orang sampaikan... iskkk... apa kes????

Right Now mood memang out!!!.....

#akutaksukabuatkerjaorang

BELAJAR BUAT BAJU SENDIRI - BLOUSE

Tengah search pola blouse.. tetiba nak buat sendiri.. Ada mintak orang ajarkan.. Tapi ada yang tak berapa mahir.. so tak berani nak ajar, katanya kena tuntut ilmu lagi before turunkan ilmu ke orang lain.. ada jugak tanya pada yang mahir.. tapi tak de masa sebabnya tempahan raya banyak.. hu hu hu..

Nak tak nak.. kena la berguru dengan En.Google.. Alhamdulillah.. Jumpa satu blog ni yang memang share pelbagai jenis teknik jahitan dan pola baju... hi hi hi... happy happy happy... 

 
Bagi yang nak belajar teknik jahit dan dapatkan pola blouse, jubah, baju kurung atau pelbagai jenis baju lagi boleh pergi link ni : http://kedaijahitku-jahit.blogspot.com


Tapi :-( 


Macam susahnya kalau belajar online ni... arghhhh....  susahnya nak faham kan teknik nak buat pola... tolak itu tambah ini bahagi itu.. 

OK... tak pe... jangan give up.. tak semua benda senangkan... nak senang pergi JUSCO beli je yang dah siap... Habissss cerita....

Monday, June 2, 2014

BAWAL AIDIJUMA - AJ

Assalamualaikum.. 

Bawal Aidijuma menjadi kegilaan budak-budak opis lately... Sebelum ni pun ada jugak dok intai-intai.. paling berkenan bawal aidijuma yang floral.. dulu-dulu la.. since tahun lepas.. tapi tak pernah beli pun.. Tadi di jadikan kebetulan.. masa event festival belia 2014 ada yang jual bawal aidijuma.. RM15 sehelai.. tak nak lepaskan peluang untuk kumpul koleksi aidijuma.. jadi aku rembat juga 2 helai.. seriusly.. kain dia cantik dan mudah nak pakai.. dan 2 helai lagi present from my frenz..

Buat masa sekarang ni la koleksi yang aku ada..ni buat masa sekarang.. OK.. that means.. untuk masa-masa akan datang memang akan bertambah la kan :-) My En Hubby pun suka tengok aku pakai... hi hi hi... itu yang paling penting..

Aidijuma ni boleh dipakai dan boleh dikatakan mampu milik la.. 

Sebab :
1. Harga agak berpatutan
2. Saiz yang agak lebar.. Sesuai digunakan untuk mereka yang ingin menutupi data..

ini depends pada orang la kan.. tapi ini pendapat peribadi aku sendiri. Lain orang lain pendapatnya.

Kat mana nak beli bawal aidijuma ni??
Bagi yang berminat membeli online dan tak nak bersesak dengan orang ramai boleh beli di online shop aidijuma : http://www.aidijuma.com/

http://www.aidijuma.com/

 atau
boleh ke concept store aidijuma yang berdekatan dengan tempat anda. lokasi seperti di bawah ni :


The Curve  : Lot 99,Ground Floor , The Curve Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor. 

Central Market : M-30, Mezzanine Floor, Central Market, Jalan Hang Kasturi, 50050 Kuala Lumpur.

Mydin Mall Meru Raya : Lot No. GB-11, Mydin Mall Meru Raya, PT229412, Bandar Baru Meru Raya, Mukim Hulu Kinta, Daerah Kinta, 30020 Ipoh, Perak

Sunway Carnival Shopping Mall : SK-11, Second Floor, Sunway Carnival Shopping Mall, 3068 Jalan Todak, Pusat Bandar Seberang Jaya, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang

Plaza Angsana : Lot P2/22A, Level 2, Plaza Angsana, Pusat Bandar Tampoi, Jalan Skudai, 81200 Johor Bahru

Mydin Mall MITC Melaka : Lot GB-08, Jalan Lingkaran, 75450 Ayer Keroh,
Melaka

Berjaya Megamall : Lot CK6, Ground Floor, Jalan Tun Ismail, 2500 Kuantan, Pahang

Alor Star Mall : B-11, Basement Floor, Alor Star Mall, Kawasan Perusahaan Tandop Baru, 05400 Alor Setar, Kedah.

UOne Borneo : Unit No. G-354, Ground Floor 1 Borneo Hypermall, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

KB Mall : Lot 2.41, Second Floor, KB Mall, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu Kelantan

Maju Junction Mall : Kiosk B Lower Ground Floor, Maju Junction Mall, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Bukit Jelutong : No. 30 Jalan Astaka U8/84A, Bukit Jelutong 40150
Shah Alam, Selangor

Sungai Petani : Lot 8, Tingkat 2, Aman Jaya Mall, No. 1 Jalam Jati 1, 08000 Sungai Petani Kedah

Universiti Malaya : Lot 4, Ginza Street, Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.

Kuala Terengganu :  Ground Floor, Lot 3898 Jalan Sultan Sulaiman, 2000 Kuala Terengganu, Terengganu.

Batu Pahat : Lot 1.03A, First Floor, Batu Pahat Mall, Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat, Johor.


Setakat ni yang aku tahu aidijuma ada 3 koleksi :
- Wide Label - boleh dapat dalam RM10 @ RM9 sahaja, time aidijuma buat promosi online
- Red Label - dulu harga nya agak mahal.. Tapi now dekat online boleh dapat RM35
- Black Label - Price Lebih kurang macam Red Label



OK.. 
pernah jugak one of my friends hantar kuiri ke Aidijuma apa beza beli online dan jugak beli dekat concept store dia..

Bezanya :
1. Beli Online harga lebih murah. 
2. Beli di concept store kita boleh pilih dengan lebih baik sebab kita melihat terus material dan warna, sebab kadang-kadang warna yang kita tengok di online tak sama dengan diluar.. maybe sebab teknik pencahayaan..

so.... happy shopping