Pages

Tuesday, May 6, 2014

APA ITU GST?

APA ITU GST??

1. Ia bukan cukai baru.

2. Ia menggantikan SST - Sale & Service Tax & GST - Government Services Tax

3. Ia dikenakan pada kadar yang lebih rendah (6%) banding SST (16%). Contoh, sekarang kita kena bayar 16% kalau makan di hotel atau beli kereta. Masa GST nanti, kita bayar 6% saja.

4. Lebih 800 barang tidak kena cukai spt makanan, pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam dll. Boleh lihat senarai ini dlm risalah, website dll. Gunakalah hp /laptop utk surf Internet, bukan WhatsApp aje.

5. Banyk barang utk mereka berpendapatan rendah dikecualikan. Yang kena cukai barang yg digunakan oleh orang kaya atau makan di tempat mewah.

6. Orang luar bandar / Melayu 2 kali untung: (a) banyak barang dikecualikan (b) beli dikedai kecil yang jualannya bawah RM500k dikecualikan GST.

7. Bayar GST kalau beli/guna barang tu. Kalau tak guna, tak bayar. Misalnya, tak makan di hotel tapi makan di warung, tak perlu bayar GST pun.

8. Peniaga banyak lari dari bayar SST tp duit mereka dah ambil dari pelangan. Bawah GST mereka tak boleh lari. Inilah yang mereka marah pada kerajaan.

9. Kos akan naik sedikit saja tapi akan dibantu oleh Kerajaan melalui kaedah spt BR1M.

10. Orng Melayu / miskin yang bantah GST bermakna:

(a) mereka mahu kekalkan SST yg lebih mahal.

(b) perjuangkan bukan Melayu / orang kaya. Maka Melayu ini macamlah kerbau yang penat membajak di sawah tapi kucing yg kenyang makan nasi di rumah!

 

SEDIKIT PENCERAHAN MENGENAI GST

Apakah itu Good & Service Tax

- GST = CUKAI BARAGAN DAN PERKHIDMATAN (good and service tax)

- Masakini kita bayar 2 cukai atas setiap barangan / perkhidmatan yang kita beli / guna iaitu :
cukai jualan. (6%) dan cukai perkhidmatan ( 10%);
ini akan dimansuhkan dan digantikan dengan GST.

Mengapa kerajaan melaksanakan GST?

- Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada. Ini adalah kerana cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan.

- Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.

Apakah kadar GST?

- Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%. Kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN : 10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan 7% di Singapura dan Thailand.

Bilakah GST akan berkuatkuasa?

- Mulai 1 April 2015.

Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan. Adakah ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal?

- Tidak semestinya, harga brg akn mnjadi lebih murah kerana kadar cukai GST hanya 6% berbanding cukai sebelum ini 16%.

- Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.

- Barangan makanan asas tidak dikenakan GST (beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan)

- Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna.

- Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: kesihatan, perkhidmatan Pengeluaran passport, pembelajaran di sekolah.

- Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya.

- Jual beli dan sewa rumah kediaman

- Perkhidmatan kewangan terpilih



Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?

- pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh peralihan ini disediakn kerajaan.

- Pertama, Kerajaan akan memberi bantuan tunai sekali RM300 kepada penerima BR1M.

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama?

- Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai.

- Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai pendapatan individu akan dikaji.

Pendapatan bercukai dinaikkan kepada:

- melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%

Bagaimana pula dengan perniagaan?

- Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016

- Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016

- Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015 dan potongan cukai bg yuran kesetiausahaan

- Pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015

- Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015

- Geran latihan GST RM100 juta Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan

Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian?

- Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST.

Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST?

- Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan berpendapat ini menunjukkan bahawa GST terbukti ialah" telus, berkesan dan sistem cukai yang adil"

Adakah harga barangan naik?
- Pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja.

- Perubahan harga barang atau Perkhidmatan amat minimun apabila GST dilaksanakan, Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak.

Apa yg penting:

# GST bukan cukai baru, tetapi menggantikan cukai jualan & perkhidmatan. Masakini rakyat dah bayar 2 cukai tu.

# GST mengambilkira pola perbelanjaan mengikut kategori pendapatan. Makanan & keperluan asas tidak dikenakan cukai.

# GST bukan kos kepada perniagaan

# IHP=INDEKS HARGA PENGGUNA akan turun bagi sesetengah barangan/ perkhidmatan spt Pakaian, kasut, Hiasan, perkakas rumah, penyelenggaraan, Komunikasi

# IHP MENINGKAT seperti Minuman beralkohol & tembakau, Pendidikan swasta,"Restoran dn hotel

# GST bg menggantikan kelemahan dalam kutipan cukai selama ini:
Spt cukai bertindih, ketirisan,dll.

# GST tidak meningkatkan kos perniagaan kerana ia adalah cukai kepenggunaan. Cuma akibat penambahbaikan sistem cukai ini peniaga tidak terlepas dan terpaksa bayar - itu yg dikatakan meningkat agaknya

# GST DIKENAKN ATAS:
- Setiap peringkat pengedaran
- atas nilai tambah
- Atas barangan dan perkhidmatan yang diimport
- Atas jualan barang dan perkhidmatan di Malaysia

# GST JUGA DIKENALI SBG VALUE ADDED TAX ( VAT) ATAU CUKAI NILAI TAMBAH.

# GST (VAT)
Cukai penggunaan yg dikenakn ke ats aktviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan melainkan yang dikecualikan oleh krajaan.

# Perlaksanaan GST merupakan salah satu langkah yang diambil kerajaan bagi menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien dan telus serta dpt mengelakkan berlakunya:

1) cukai terselindung
Kesan: cukai jualan yg dibayar di peringkat pengilangan telah menjadi kos kepada pemborong dan peruncit, maka ianya telah diambilkira di dalam pengiraan margin keuntungan

2) cukai bertindih - berlaku dalam 2 keadaan
a) cukai bertindih di bawah sistem yg sama, iaitu smada cukai jualan atau cukai perkhidmatan
Kesan: pelanggan terpaksa membayar harga lebih mahal kerana cukai perkhidmatan yang di kenakan merupakan sebahagian kos menyediakan perkhidmtan kepada pelanggan,

b) cukai bertindih di bawah sistem cukai yg berlainan iaitu barangan berkenaan dikenakan cukai barangan serta perkhidmatan
Kesan: pengguna terpksa membayar hrga lebih mahal kerana cukai jualan merupakan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkn ke dalam harga jualan dan dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan prkhidmatan kepada pelanggan.

# Pandangan mereka yang sekarang tidak bayar cukai penggunaan terutama golongan miskin terpaksa bayar cukai penggunaan bila GST dilaksanakan (tuduhan pembangkang)

- Sebenarnya rakyat tanpa mengira kelas pendapatan sebenarnya telah membayar cukai jualan dan perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka.

- Namun cukai yg dibayar ini trutamanya cukai jualan tidak kelihatan di dalam inbois atau resit kerana ia terselindung di dalam harga barangan.

- Sebagai contoh setiap RM100 yang dibelanjakan oleh golongn miskin, sebanyak RM 2.38 adalah utk cukai. Tetapi apabila GST dilksanakan dan dikenakan pada 4% beban cukai yang ditanggung akan menurun kepada RM 2.17 sahaja. Ini merupakan penjimatan di dalam perbelnjaan harian mereka.

# Adakah GST akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmtan naik?

IHP akan menurunkan mengalami penurunan sbnyk 0.10% . Harga bagi 8 komponen turun:
- Pelbagai barangan dan perkhidmatan
- Restoran dan hotel
- Komunikasi
- Pengangkutan
- Hiasan, perkakasan & penyelenggaraan
- Perumahan, air, elektrik, gas, & bahan api
- Pakaian dan kasut
- Minuman alkohol dan tembakau

# Apa peranan pengguna:
- Membuat perbandingan harga sebelum berbelanja
- Sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna
- Melaporkan apa-apa kenaikan harga yg tidak munasabah kepada pihak yang berwajib atau persatuan pengguna
- Berbelanja secara berhemah


info berkenaan GST ini copy and paste from FB ini