Pages

Monday, March 31, 2014

ALHAMDULILLAH... MY HUBBY SELAMAT PERGI DAN SELAMAT PULANG

Alhamdulillah... Syukur...
My En Hubby selamat pergi dan selamat pulang.. Risau jugak sebab semalam dari Kuching ke KLIA.. flight ada problem, dalam pukul 3 lebih aku dapat mesej bgtau dia dah dalam flight.. tetiba kul 4.15pm macam tu dapat call, katanya pilot announce kena turun balik.. pastu nampak beberapa technician tengah buat sumthing...Bila diberitahu tentang perkara ni of course la hati mula tak tenteram.. . Insiden MH370 masih lagi terbayang-bayang.. Tapi alhamdulillah... Syukur sangat.. semuanya selamat. tapi Alhamdulillah.. semuanya selamat dengan kerja-kerja dari staf-staf MAS yang terlibat.. Terima Kasih MAS atas usaha korang semua bertungkus-lumus memberikan yang terbaik... Walaupun ketika ni ramai yang bagi tanggapan negatif.. tapi insyaALLAH masih ada lagi orang yang memberi sokongan kepada MAS..

Nak selitkan sikit kata-kata ni, peringatan untuk diri sendiri jugak..


InsyaALLAH... aku akan belajar untuk menjadi isteri yang solehah.. Amin..

Thursday, March 27, 2014

MY HUBBY OUTSTATION LAGI

Outstation atau Kerja Rasmi di luar pejabat adalah sinonim dengan tempat kerja suami.. Sebagai isteri aku perlu redha.

Tapi berbeza kali ni, tatkala semua orang sibuk membahas, sibuk membincangkan, sibuk menceritakan, sibuk sharing semua konspirasi dan semua teory yang ada mengenai MH370 di media-media sosial masing-masing, dan isu MH370 ini masih hangat, sesekali perasaan risau mula terdetik.. 

Kali ini, PRK di Balingian Sarawak.. Aku mengharapkan dan mendoakan keselamatan semua pegawai-pegawai yang terlibat, dan yang amat diharapkan keselamatan My Hubby sudah pasti sentiasa dipohon dan dipanjatkan doa ke hadrat Illahi.. Penerbangan yang memakan masa lebih kurang 2 jam ke Kuching.. Transit ke Sibu dan akhirnya ke Mukah..

image dari : CARAPEDIA
DOA Untuk Suami :
> Semoga perjalanan 'abang' lancar dan sentiasa dilindungi
> Semoga urusan 'abang' dipermudahkan
> Semoga kesihatan 'abang' juga sentiasa baik supaya memudahkan tugasan 'abang'
> Semoga 'abang' selamat kembali semula ke pangkuan 'mama' dan 'alisha' dengan selamat.. InsyaAllah kami akan menanti dengan penuh sabar..

Amin...

Monday, March 24, 2014

KEBANGGAAN MAMA DAN ABAH..

When u become a mother.. of course u akan happy dengan setiap perilaku dan pencapaian anak uols kan.. Yesss.... Sekarang bila Alisha dah start sekolah.. tiap-tiap hari balik sekolah aku akan tanya dia apa yg dia belajar disekolah.. tapi biasalah budak kan.. kadang-kadang dia story kadang-kadang tak.. ikut mood dia je la, katanya... "Mama tak yah la tanya" so maksudnya tak der mood la tu..... ada kalanya excited betul..belum sempat nak tanya.. dia yg story dulu.. Now semangat dia ke sekolah berkobar-kobar... ada juga kadang-kadang ari sabtu, bangun pagi tapi tak pergi sekolah.. siap tanya mama lagi.. "Mama hari ni school tutup ke??? School cuti ker??" Padahal 4 tahun lepas  hantar dengan pengasuh, tak pernah pulak tanya bila ari sabtu dok umah.. tak pergi umah mak pengasuh dia.. itu lah.. ragam anak.. layan je la..  Now addicted to mickey mouse... adoiiii.. parah mama sayang.. asal keluar je nak beli mickey... asal keluar je nak beli mickey.. baju mickey.. bear bear mickey... jam mickey.. buku mewarna mickey.. apa lagi sayang.. semua mama bagi.. ikut musim.. dulu nak upin ipin.. semua upin ipin... baju upin ipin.. beg upin ipin.. pencil box upin ipin.. pensil pemadam semua upin ipin... lepas tu nak thomas and friends... lepas tu nak hello kitty... and the latest... addicted to mickey mouse

Sekarang dah pandai menulis sendiri.... tapi feveret dia.. tulis huruf B sahaja... bukan tak tahu tulis huruf lain.. tapi dia lebih suka tulis huruf B... apa la yang menarik sangat dengan huruf B tu..

Kadang-kadang panggil sayang dekat Mama... ini follow abahnya la ni... 

Feveret sekarang.. suka duduk dalam bilik.. apa la yang dibuatnya mama pun tak tahu.. kadang-kadang intai jugak.. tengok-tengok dok memulis.. mewarna.. membaca.. Alhamdulillah.. dah besar anak mama... kadang-kadang lukis muka mama, abah dan alisha.. pastu berlari-lari datang ke ruang tamu.. tunjuk hasil lukisan dia.. bila puji cantiknya alisha lukis.. bukan main suka dia.. masuk balik bilik... lukis lagi.. tunjuk lagi... puji lagi.. padahal lukis benda yang sama je... jenuh mama dan abah nak puji.. itu belum lagi part potong-potong kertas, part guna deodorant mama sebagai gam... erk... apa la yang di imagine nya.. buat la apa pun sayang... janji tak de buat benda yang pelik-pelik..

Now abah dengar mama tak boleh cakap kuat-kuat.. "Jangan Bergaduh" katanya... padahal bukannya bergaduh pun.. kitaorang rajin cerita itu ini itu ini... tapi tak boleh kuat-kuat.. kena cakap slow-slow.. romantik-romantik gitu... kalau cakap kuat-kuat dikatanya mama dan abah bergaduh... mula la dengar suara dari bilik... "Mama!! Abah!! Jangan Bergaduh!! Tuhan Marah!! BERDOSA!!" terus Mama dan Abah terdiam.. sweet betul anak mama ni... ni yang buat mama rindu.. buat mama geram... rasa nak picit-picit jer... rasa nak peluk-peluk jer...

Alisha dan pandai baca sekarang... tapi setakat 2 suku kata.. Alhamdulillah.. rasanya dah tak salah aku pilih tadika alif ceria... maybe next entry aku akan ceria pasal tadika alif ceria.. insyaallah..

Now dia dah besar... apa yang mama buat dia pun nak buat.. sekarang dah pandai menyakat mama.. gurau katanya... ini yang bikin mama panas!!!!!.. selalu sangat cari pasal dengan mama... sebenarnya bukan niat dia pun.. saja nak gurau dengan mama.. tapi kadang-kadang bukan masa yang tepat.. Sori ea sayang.. Mama penat la sayang... kadang-kadang sedih jugak.. sebab ye la.. dia kan kecik lagi.. bukan boleh pikir pun.. kita yang dah dewasa ni la yang kena control emosi kita.. Tapi sekarang Alhamdulillah.. aku dah boleh kawal emosi aku.. syukur... try my best untuk anak mama sorang ni.. kadang-kadang badan dah menggigil ni tahan marah... tapi cuba jugak kawal.. tapi sekarang kalau dia rasa dia salah.. terus cakap "sorry mama" .... alahai... part ni la yang aku paling sedih... hu hu hu... "mama pun sorry ea sayang"...


******entry ini adalah entry yang lapuk... baru siap dikarang.... dah lama nak publish*****

Wednesday, March 19, 2014

KAIN COTTON 4 METER DAN READYMADE BAJU KURUNG KAIN COTTON

Assalamualaikum...
Pasti ramai yang minat dengan kain cotton kan.. Seriusly aku pun suka dengan kain cotton.. selesa dipakai... Banyak koleksi menarik di Khaiza Collections yang mungkin menarik minat anda.. 

https://www.facebook.com/pages/Khaiza-Collections/265763386811084

JOM TENGOK KOLEKSI YANG ADA

Ni corak jalur-jalur.. Cantik sangat


Corak bunga-bungaan pun ada.. corak abstrak pun ada











Ready Made pun ada..
Baju Kurung Cotton, kain yang tak keras dan selesa dipakai..











KAIN COTTON HIG QUALITY... COTTON GRED AAA.. 100% COTTON...
SEMESTINYA YANG TERBAIK.. CORAK-CORAK YANG EKSKLUSIF DAN COMEL-COMEL DENGAN WANRNA-WARNA YANG SANGAT MENARIK....

KAIN COTTON YANG TIDAK MENGECUT... MUDAH DIGOSOK, TIDAK LUNTUR, TIDAK PANAS, TIDAK KERAS, TIDAK NIPIS DAN TIDAK TEBAL SANGAT.. SELESA DI PAKAI DARI GOLONGAN KANAK-KANAK HINGGA DEWASA... PENDEK KATA COTTON TERBAIK LA... :))

BIDANG 45'
SEPASANG = 4 METER

UNTUK PESANAN BOLEH PM KOD ITEM DAN KAMI AKAN REPLY UNTUK SELANJUTNYA..

 TERIMA KASIH... HAPPY SHOPPING...

Jangan lupa LIKE page Khaiza Collections
Banyak lagi design yang cantik-cantik dan menarik  

Monday, March 10, 2014

REZEKI ITU DARI ALLAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Betul orang cakap, selagi kita usaha insyaallah ada ganjaran yang Allah berikan.. Aku sendiri tidak terkecuali dalam situasi ini.. Aku join bisness shaklee sebagai Distributor Shaklee pada 15/03/2013. (boleh like My FB Page Shaklee by Khaiza disini..)

Mula detik tu aku mempromosikan produk-produk shaklee yang rata-rata rakyat Malaysia mengamalkannya (tidak semua, tapi kebanyakkan mengenali produk ini).

Biasalah.... bila sale kurang, mood mesti down... tapi percayalah, selagi kita usaha dan sentiasa tawakal insyaallah ganjaran akan ada.. Cuma masanya cepat atau lambat.. Allah dah aturkan yang terbaik untuk hambanya.. Dan yang paling penting, jangan sesekali pernah terintas di fikiran untuk bersangka buruk dengan ALLAH... jangan selalu merungut.. Ini apa yang diajar dalam Group Shaklee yang aku join... Alhamdulillah selain daripada ilmu tentang produk shaklee aku juga dapat serap serba sikit ilmu tentang motivasi diri dan cara untuk tangani kerenah customer.. Alhamdulillah group yang aku join ni banyak bagi bimbingan kepada aku dan member-member dalam group shaklee... 

Dalam bisness shaklee ni, penting untuk kita dapat atau join group yang boleh membantu kita sama-sama dalam bisness shaklee.. Sudah semestinya 1st time join kita memang tak de knowledge langsung pasal produk-produk shaklee dan bagaimana cara nak consult customer.. Jadi dalam group ni la yang kita banyak belajar dengan senior-senior kita.. Alhamdulillah.. kalau kita praktik kan apa yang di ajar, InsyaALLAH rezeki tu sentiasa ada..

Harini tergerak hati nak cek sejarah belian yang aku dah buat untuk bulan Mac ni.. Yup... memang ada je customer aku yang pergi ambik sendiri di branch atau HQ shaklee dengan menggunakan ID aku.. Katanya jimat postage dan barang boleh dapat terus.. Ya!!!! aku pun menggalakkan begitu kerana semua customer aku yang menggunakan ID aku boleh mandapatkan harga ahli.. Jadi lebih jimat kan.. Tapi selalunya jumlah belian biasa-biasa saja.. tapi kali ni amount belian diluar jangkaan aku.. 

TOTAL Belian RM335, selalunya customer aku beli paling tinggi pun RM130 macam tu jer, tp kali ni item yang dibeli pun banyak.. Alhamdulillah.. ini lah dinamakan rezeki.. Rezeki dari ALLAH untuk hambanya..


Setiap rezeki akan ada selagi kita usaha.. insyaALLAH.. semuanya ketentuan ALLAH.. Alhamdulillah... Terima kasih Allah..

Bagi yang ingin membeli sendiri di branch atau HQ shaklee boleh la guna ID aku (seperti detail dibawah)  bagi membolehkan anda mendapatkan harga ahli :-

ID : 932713 
Your Beauty & Health Consultant
FB personal : Pengedar Shaklee

Dan bagi yang ingin join group kami juga dialu-alukan.. Daftar sebagai distributor sekarang dan kami akan guide anda.. Insyaallah..