Pages

Tuesday, January 21, 2014

AK Arrogant - Azlee Khairi

Assalamualaikum...

Hari ni macam lenyang sikit.. phone pun macam segan silu je nak berbunyi pagi ni.. OK la.. boleh relax sikit... Kasi can untuk aku karang entry... 

Actually.. now aku tengah blogwalking.. lama giler tak blogwalking ke blogger2 lain.. so kali ni macam ada masa terluang so.. it's time.. Jom blogwalking... 

Juz nak share.. terbaca entry di Blog ini "buzzera". Azlee Khairi, pelakon drama Love You Mr.Arrogant dah lancarkan produk penjagaan kulit jenama sendiri yang diberi nama AK Arrogant. Harga RM189 kena beli dekat stokis yang dilantik.. Erm.. satu perancangan yang good for him.. sebabnya kita kena sediakan payung sebelum hujan.. tak kira la artis ke bukan artis ke.. mesti ada perancangan.. hidup kita ni macam roda je kan.. kadang-kadang kita senang.. masa depan kita tak pasti.. betul tak... Semoga dengan pelancaran produk baru ni, karier Azlee Khairi semakin baik dan bertambah baik..


PERSEDIAAN TADIKA UNTUK ALISHA

Assalamualaikum and Good Morning..

Hai hai hai.. 
Entry ni sepatutnya ditulis tahun lepas.. tapi :-( something happen suddenly.. BONDA sakit dan telah menghadap penciptanya pada 2 Januari 2014.. Al-fatihah untuk BONDA 

OK.... Juz to share.. preparation for my little princes.. anak mama dah besar.. dah mula sekolah.. erm.. sedih.. selalunya perkara-perkara baru yang Alisha buat aku akan story dengan BONDA.. tapi kini dan selamanya tiada lagi pendengar setia aku yang bernama BONDA.. Ya Allah.. jaga la air mata ku ini.. supaya tidak tumpah lagi... Tabahkan lah hati aku Ya Allah... Aku redha dengan ketentuanmu Ya Allah... Ya Allah.. kuatkan semangat aku.. Masih ada hati yang aku perlu jaga sebaiknya.. iaitu AYAHANDA... sekarang AYAHANDA lah pengganti BONDA.. 

Cer tengok ni :

OK... sticker nama ni aku tempah last year lagi.. aku tak survey pun.. juz search dekat google.. dan rasa macam berbaloi.. then order.. banyak lagi corak-corak yang menarik.. cartoon pun ada.. yg kaler-kaler pun ada.. tapi aku pilih yang simple je.. RM5 untuk 100pcs.. For me.. boleh la.. 

Dan... ni semua barang-barang untuk my little princess bawa pergi schooll...

Disini ada koleksi sticker nama yang cantik-cantik yang korang boleh pilih if korang nak buat sticker nama ni kelak...

 

Pada yang nak order boleh je sms/whatsapp directly : 013-6323715
atau pergi je dekat : 
WEB >> www.fissticker.com
FB : Fissticker




Monday, January 20, 2014

WISH LIST

Assalamualaikum,

Toady is MONDAY.. and today i'm alone... BUT it's OK.. everything run very smooth.. Kedua-dua partner arini non hado di opis.. Yang seorang bercuti-cuti Malaysia.. Dan yang sorang lagi Melaporkan diri ditempat kerja baru.. Istilah lain.. "Kawan aku nak pindah".. Hope both of you enjoy...

KERJA???.. of course bila u sorang-sorang call berdering bertali arus bagai tiada waktu hentinya.. 3 phone u kena handle sorang.. can u imagine.. tapi OK je.. sebab dah biasa jugak situasi macam ni.. Waktu sibuk.. sibuk jugak la.. tapi bila waktu lenyang.. sempat jugak layan "Arianna Rose" 

Macam best je nama "Arianna" ni.. erm maybe save this name for my 2nd child.. ihik ihik.. Tetiba..

Hai.. entah la... arini rasa macam kat opis ni tak de aircond.. rasa sesak semacam je ni.. hidung pun dah mula sok sek sok sek.. dont know why.. may be feeling tengok "Arianna Rose" tadi tak habis lagi kot.. Uols jangan tak tahu.. aku ni jenis yang emo terlebih.. terikut-ikut dengan watak yang ada dalam drama tu.. itu OK lagi.. ada nya sampai terover feeling aku lak yang ada dalam drama tu.. tetiba dok sebelah keith foo.. ha ha ha.. tak de la.. mana ada sampai macam tu sekali.. itu over sangat tu..

Actually.. niat dihati nak story benda lain.. tapi kenapa lain pula yang ditaip kat entry ni.. hi hi hi..  It's ok.. untuk modal entry kali ni kita forward ke next entry.. so release sikit kepala otak nak pikir.. 

Sebenarnya tahun ni banyak sangat wish list yang aku nak tunaikan.. terlalu banyak.. And hope end of this year.. separuh daripada hasrat aku ni akan tertunai..

What i want this year???? Sebenarnya simple je.. tak de la wish yang heavy.. just want to:
- Lepas ni solat mesti diawal waktu, kalau tidak diawal waktu pun maybe tak de la lewat sangat sehinggakan dah nak masuk waktu lain.. baru nak solat.. dah tak nak macam sebelum-sebelum ni.. Insaf..

- Setiap selesai SOLAT... Doa untuk arwah BONDA.. Ini mesti.. Dan wajib dibuat.. kalau aku tak buat benda ni, rasa macam tak boleh nak maafkan diri sendiri.. Coz what.. Setiap orang yang meninggal amalannya telah terputus.. apa yang menjadi bekal adalah amal Jariah/Sedekah dan doa anak-anak yang soleh.. Jadi aku mesti buat benda ni.. tak boleh tidak.. and no reason.. Dan more appreciate dan sentiasa akan call AYAHANDA lepas ni.. Jangan biar dia kesunyian.. Dan tak lupa juga doakan kesejahteraannya. Seriusly... until now.. still macam tak boleh nak percaya yang BONDA dah tak de.. Tapi hakikatnya.. "Ia... Bonda dah takde". Bila aku kenangkan ni.. Ya Allah.. bercucuran air mata.. Orang sekeliling maybe nampak aku kuat.. tapi aku adalah disebaliknya..

- Try to appreaciate orang-orang disekeliling aku... Try to be good and no more iri hati dan sebagainya.. Insya"ALLAH.. try my best to appreaciate all of my friends.. yang sentiasa susah payah selama ni dengan bantuan dan sokongan korang selama ni..  Tak kisah lah dari segi kerja or peribadi.. Thanks a lot.. tiada apa yang dapat aku balas untuk korang semua... Sometime feel sad... lepas ni.. salah satu bahu untuk aku merintih dan tempat aku tumpang suka duka dah tak de :-( Maybe itu pilihan yang terbaik untuk dia.. Hope group "kita-kita aje" masih bertahan...

- Menjaga lidah dengan amalan zikir dan kurangkan Gosip.. Kita kat office memang tak boleh nak lari dari perkara-perkara macam ni.. so apa yg kita boleh buat.. remind yourself. Insya'Allah..bila kita nak sesuai kebaikkan maka jadi baik lah ia..

- Sebagai isteri.. semestinya ingin tingkatkan apa saja kekurangan yg ada dalam diri aku ni.. Untuk suami dan juga for you my little princess.. "Nur Alisha"

Banyak lagi sebenarnya... Tapi rasanya yang ni most important..

K... jom sama-sama kita tunaikan hasrat 2014.. Insya'allah moga tercapai...

Wednesday, January 15, 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam Cuti Umum semperna MaulidurRasul.. Jadi diharap tidak terlewat untuk aku ucapkan SALAM MAULIDURRASUL untuk semua rakyat Malaysia yang seagama.

Alhamdulillah... hari ini masih lagi bernafas.. Ku panjatkan kesyukuran ke hadrat mu Illahi.. 

Pagi ni My Little Princess Berbaju Kurung untuk sambuatan Maulidur Rasul di tadika. Erm.. seriusly my little princess tak banyak koleksi baju kurung.. 

 

Nampak tak muka macam xcited giler....  kalau ikutkan dia suh MAMA ikut dia..
Boleh macam gitu.. tak boleh la sayang.. MAMA kena kursus.. hi hi.. alasan mesti yang terbaik.. kadang-kadang terpaksa menipu.. tapi menipu untuk kebaikkan..Lately terlalu banyak soalannya... Jenuh MAMA nak jawab sayang...Dan ni soalan semalam... soalan sebelum tido..

"MAMA, kenapa alisha kena pergi school"
Nampak tak ayat mcm tak nak pergi school je kan.. macam2 alasan dia cipta.. Apa-apa je la sayang... Janji everyday Alisha pergi school walaupun hari-hari ada je alasannya..


Monday, January 13, 2014

AL-FATIHAH UNTUK BONDA

Bismillahhirahmanirahim...
Dengan Nama ALLAH yang MAHA Pengasih Lagi Maha Mengasihani

Entry Pertama di Tahun 2014
Permulaan Tahun 2014 diiringi dengan tangisan Air Mata. Ku cuba untuk kuatkan hati untuk karang entry ini.. Pagi Jumaat 27 Disember 2013 aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Kampung. Perkhabaran yang ku terima pagi tu membuatkan hati terasa luluh. Bonda Kesayanganku sakit tenat. Atau dalam erti kata yang lebih sahih = KOMA.. Keadaan terasa terlalu sayu.. Terus ku dial no telefon suami.. Selesai bincang dengan suami, aku khabarkan perkhabaran ini kepada ofismate dan terus ku gerak balik rumah, packing baju ala kadar sahaja.. Tepat jam 11 pagi, terus gerak pulang ke kampung tanpa apa-apa persediaan yang sempat dibuat. 

Bonda sempat dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, KEDAH tapi Doktor mengesahkan peluang untuk Bonda hanya 20 - 80 sahaja.. Doktor juga memberi pilihan kepada keluargaku samaada nak masukkan Bonda ke ward atau bawa pulang kerumah. Perbincangan dibuat bersama ahli keluarga dan seterusnya kata sepakat telah dibuat. Pilihan yang dibuat, kami bawa Bonda pulang kerumah. Ketika itu aku masih dalam perjalanan. Hanya bermalas mesej dgn abang aku jer.. 

Lebihkurang jam 5.30 petang sampai ke kampung, perkarangan rumah dikelilingi dengan orang ramai.. Terus melulu masuk kedalam rumah... Dikeliling Bonda dilimpahi sanak saudara dan orang ramai yang datang melawat.. Keadaan jadi sesak.. Terus ku peluk dan kucium bonda.. Air mata tak tertahan lagi.. gugur dan terus gugur menyimbah ke pipi.. 

Hari berganti hari... masa berlalu.. setiap detik terlalu cepat.. Hampir siang dan malam.. Disisi Bonda pasti ada yang menemani.. siang dan malam bacaan surah yassin dan al quran berkumandang tak pernah sepi walaupun malam berganti malam.. siang berganti siang.. Rata-rata tetamu yang datang menghadiahkan surah yassin untuk bonda.. ku syukur ramai yang sedekahkan bacaan surah yasin buat bondaku.. 

Rutin setiap pagi.. bagai menjadi rutin harian, selesai solat subuh.. masing-masing telah sedia dengan rutin masing-masing, setiap orang mesti hadiahkan bacaan surah yassin untuk bonda.. Setiap hari.. kami anak beranak akan bersihkan bonda, tukar pampers, pakaikan bonda dengan baju dan kain-kain yang baru dan cantik-cantik.. rambut disisir dengan kemas, bedak sejuk disapu seakan-akan bonda sihat disamping kami.. Bonda nampak segar selepas di cuci dan dilap.. Wajah bonda nampak ceria. walaupun kaku separuh sedar.. Jemaah surau juga dijemput untuk bacaan surah yassin. Dalam seminggu sebanyak 2 kali jemaah surau datang untuk bacaan yassin. Tak kurang juga jemaah muslimat datang menyumbang bacaan yassin di siang hari.


Akhirnya... tepat jam 9.10 pagi.. 2 Januari 2014 - bonda telah pergi selama-lamanya menghadap penciptanya.. Bonda pergi dengan sangat tenang sehingga kan kami masing-masing tidak sedar yang bonda telah tiada.. Nafas yang tiba-tiba terhenti... bagaikan lena diulit mimpi.. Ambulans di panggil dan pengesahan telah dibuat.. Bonda telah pergi Selamanya... Al-Fatihah untuk Bonda.. 

Ku bersyukur.. walaupun tak sempat untuk berbicara dengan bonda.. tapi aku sempat tunaikan tanggungjawab terakhir ku untuk bonda.. Selama 1 minggu rutin ku disamping bonda.. kujaga, kusisir rambutnya, ku suapkan minum dan sedikit bekalan air rebusan beras untuk kejapkan perut bonda.. supaya bonda tak terasa lapar.. Alhamdulillah Bonda mampu menelan walaupun separuh sedar..

Jasa mu Bonda tak terbayar walaupun siang malam ku bersengkang mata untuk mu hanya untuk 1 minggu ni.. Kenangan selama 30 tahun bersama mu akan sentiasa didlam hati.. setiap malam wajahmu kuingat... semoga wajahmu akan sentiasa kekal di sanubari ku.. 

Terima Kasih bonda atas pengorbananmu untuk ku sepanjang ku bersama mu..


Al- Fatihah untuk BONDA..