Pages

Monday, October 20, 2014

TUNGKU BESI ATAU TUNGKU BATU SUNGAI

Mengantuknya hari ni... Semalam tido pukul 12malam.. sebab tengok cerita scandal Tv2.. dah 2 minggu layan citer ni.. best jugak.. cerita penyiasatan, jenayah dan scandal..Semua ni gara-gara terjebak dengan En Hubby yang suka cerita ala-ala penyiasatan ni.

Ada projek baru yang bermain-main difikiran.. Tapi masih berkira-kira berbaloi or tak kalau aku buat.. And now tengah kumpul maklumat dan beberapa info sikit demi sedikit.. Dah bincang dengan En Hubby.. Greenlight dah dapat jumaat lepas, cuma aku tengah kumpul maklumat dan modal. Kalau OK.. insyaallah boleh proceed.. And kalau ditakdirkan ini rezeki baby moga dipermudahkan hendaknya urusan tersebut.

Pagi tadi sambil borak dengan En Hubby bagitau dia, minggu ni dah masuk 8 bulan pregnant.. Terkejut pulak dia.. aikss... dah 8 bulan dah > katanya.. 

Ye la.. ikut kan kali ni tiada masalah sangat masa pregnant.. Mabuk tak de, muntah-muntah tak de, kerja rumah semua tak de masalah boleh buat sendiri.. masak!!! masih boleh masak.. tak de alahan bau.. hi hi  hi..cuma kadang-kadang rasa mengantuk yang amat sangat... itu je la... ha ha ha.. bab mengantuk ni memang tak boleh nak elakkan.. kadang-kadang lepas isyak terus lelap... kalau hari keje, memang balik tu dah tak larat nak buka mata.. memang kena tido.. baru rasa lega...

Now keje dah agak kurang, sebab training dah bagi dekat stesen, and kebanyakannya stesen dah boleh buat sendiri.. Fuh!!!.. Lega dan selamat... Tapi kan... Keje lain pulak yang datang... Macam-macam pula yang bos suruh buat.. keje yang ntah hapa-hapa pulak tu, yang tak pernah dengar pun ada.. Tapi alhamdulillah... semuanya masih boleh ditanggung dek kudrat aku ni..

Kalau ikutkan malasnya nak datang opis hari ni... Sebabnya weekend dok mengemas rumah.. menyelongkar stor cari tungku arwah mak, nak guna masa dalam pantang nanti.. Nasib baik jumpa.. Warisan pusaka tu.. sayang la kalau tak jumpa.. tu je kenangan arwah mak yang ada.. dengan rantai yang sekarang aku pakaikan dekat alisha.. Hadiah dari mak.. Insyaallah akan diwariskan ke anak cucu nanti.. Ini la akibatnya pindah randah... hu hu hu... Dari P18 ke Pajam... Pastu dari Pajam ke P5 pulak.. Barang semua dalam box.. jenuh menyelongkar.. Menyelongkar satu hal.. nak mengemas pun satu hal.. Nasib baik En Hubby gagah perkasa.. Ha ha ha.. Part simpan balik bagi dia je.. senang keje aku...

Dalam pada masa dok mengemas tu jumpa pulak tungku batu sungai yang mak mertua bagi masa pregnant alisha dulu.. alhamdulillah... dua-dua jumpa.. dua-dua boleh guna..


No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: