Pages

Thursday, October 9, 2014

MEMILIH SET BERSALIN YANG SESUAI

Haih!!!!...
Pening jugak memikir nak memilih set bersalin dan bengkung yang sesuai.. Sebelum ni dah pernah survey beberapa set bersalin yang femes... and lastly aku dah decide nak pilih set bersalin leesa formula.. Nak beli dengan bengkung sekali.. Tapi balik kampung baru ni kakak ipar cakap bengkung alfiat bagus.. cepat kempis perut katanya.. Ye la.. dia kan baru bersalin.. Baru je lepas pantang... 

Dah tetiba balik sini, mula la pulak aku rungsing, nak pilih yang mana satu ni.. aishhhh... kena survey lagi ni... kena betul-betul pilih..

Sebelum ni masa bersalin dekat Alisha tak fikir pun pasal semua ni.. sebabnya semua mak aku yang sediakan.. Warisan turun-temurun set bersalin dari mak aku sendiri... Tapi...... mak dah tak de... terpaksa la aku fikirkan semua ni sekarang.. 

Kenapa mak pergi cepat sangat :'( 

 

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: