Pages

Tuesday, October 14, 2014

LAPORAN LENGKAP BAJET 2015

Bagi yang nak baca laporan lengkap bajet 2015 ni boleh pergi ke link ini ea : Laporan Lengkap Bajet 2015 

Sebelum ni tak kisah sangat pun pasal bajet yang dibentangkan.. tapi kali ni entah kenapa aku macam tertarik sangat nak baca details dalam pembentangan bajet kali ni.. dan yang paling menarik perhatian aku adalah tahap minimum Band MUET yang di tingkatkan mengikut bidang pengajian. 

Tetiba je kan... sebelum ni tak pernah fikir pun pasal MUET ni... Sebabnya kan... macam ada plan nak sambung belajar... 

Laporan dalam Bajet 2015 :
Tindakan Ke-8: Meningkat Kebolehpasaran Graduan
Selain itu, keyakinan diri dan kemahiran graduan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris akan dipertingkatkan.Pada masa ini, syarat kemasukan am ke IPTA mengkehendaki pelajar mencapai tahap minimum di Band 1 dalam Malaysian University English Test(MUET). 
Mulai tahun hadapan:
1. Bagi kemasukan ke IPTA tahap minimum Band MUET ditingkatkan mengikut bidang pengajian seperti contoh berikut:
    • Pengajian Sastera dan Sains Sosial -Band 2
    • Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM - Band 3
    •  Pengajian Undang-undang & Perubatan - Band 4
2. Sebagai syarat bergraduan pula, pelajar wajib mencapai:
    • Pengajian Sastera dan Sains Sosial - Band 3 
    • Pengajian STEM – Band 4 
    • Pengajian Undang-undang & Perubatan - Band 5
OK.. kiranya kalau aku nak further study nanti, aku kena dapatkan Band 4 untuk pengiktirafan Ijazah.. hu hu hu.. macam susah je nak dapat Band 4 tu.. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
update : 14/10/2014 : 12.01pm
Baru terbaca kat astro awani, seorang peguam yang kurang setuju band ni dinaikkan sebab syarat ni terlalu ketat dan syarat baru ini seolah-olah menyekat pelajar untuk masuk ke IPTA dan bagi yang sudah berada di IPTA seolah-olah menyekat pelajar dari graduasi..

Ini adalah berdasarkan keputusan MUET 2010, hanya 9.56% sahaja pelajar yang mampu mencapai Band 4 dan 0.97% sahaja yang mampu mencapai Band 5.

 

2 comments:

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: