Pages

Wednesday, September 10, 2014

KETERUJAAN MELAMPAU.......

Pagi ni datang ke opis di sapa dengan bunyi "Katak". Terkejut beb.. kuat pulak tu bunyinya. Terus teringat Lagu "Si Katak" nyayian Mark Adam. Lagu yang simple dan seronok didengar... Tak de note tinggi-tinggi macam sesetengah lagu yang bila didengar hampir pecah gegendang telinga.. Sori... Maybe type aku suka lagu yang simple je... {Tetiba..... dari programmer bertukar jadi pengarah muzik.... hi hi hi hi } Tapi ini fakta... bukan semua orang suka dengan lagu yang nada tinggi-tinggi.. Dan salah seorangnya adalah Aku.... ha ha ha..
Alisha demam since hari isnin malam.. balik dari school muka dah monyok jer... Kesian dia... Aku paksa juga ke school.. Sebab kalau ikut tentative school program 9 September ada pengambilan gambar untuk Gambar Kelas, iaitu hari Selasa. Aku dan My En Hubby dah plan nak beli gambar tu untuk kenangan.. Sayang la kalau Alisha tak hadir.. Sebab sesi pengambilan gambar dah tak de ulangan.. Tunggu tahun depan la pulak... itu pun kalau berkesempatan.. Tapi lagi kesiannya bila semalam pergi school, baca dekat notice board pengambilan gambar kelas 10 September, hari Rabu iaitu hari ini... Ala... sian anak mama.. Tapi untuk ceriakan hati anak mama... mama hadiahkan dengan beg baru... Beg frozen.. tak sempat snap pic.. bateri handphone asyik kong jer... Of course anak mama happy giler...

Alhamdulillah.. now Alisha dah tak de masalah bangun pagi dan tak meragam dah bila nak ke school.. Hari-hari bagaikan Hari yang ceria untuk dia... Alhamdulillah.. mungkin dah ambik sikit-sikit aura untuk jadi kakak... Gud Sayang.... Mama Love u so much..

Tetiba baru-baru ni Alisha tanya...
"Mama.... Alisha nak jadi kakak ke? Nama jadi Kakak Alisha ke?"

Tetiba dalam hati terdetik.. Faham ke tidak anak aku ni... Apa yang dimaksudkan dengan kakak ni.. Tapi so far... dia tahu siapa itu adik... Sebab dia kata.. 

"Adik tu baby lagi macam baby Alisha.." Sambil tunjuk anak patung dia tu.

Bila nak ada adik ni, Alisha makin manja... Tidor hari-hari nak kena peluk.. nak kena tepuk/dodoi.. Dah macam baby pulak.. Saja tanya Alisha.. 

"Kalau Alisha nak tepuk, nak peluk, nak tidor dengan Mama, abih adik nak tido kat mana? Tido dengan Abah la... " aku terus jawab... 

Terus terdengar ketawa My En Hubby kat sebelah....

OK... sebut pasal baby ni, alhamdulillah... Orang cakap instinct ibu mengandung tu selalunya tepat. Dari awal kehamilan, aku macam dah dapat rasa jantina baby dalam kandungan... Cuma tak sure sangat. Semalam DOC pun ada sebut benda yang sama..

Semalam pergi check up di Hospital Az-zahra.. and very surprise... bila scan kami dapat tahu jantina baby dalam kandungan aku ni... Ya Allah... beb... teruja sangat-sangat.... sehinggakan aku tersenyum simpul + tergelak-gelak masa DOC dok scan perut masa tu... Doc pun susah nak scan sbb perut asyik gerak-gerak disebabkan aku asyik tergelak-gelak... Terus aku cakap dekat DOC.. 

Maaf, DOC saya teruja sangat.. 
DOC pun cakap.. Ye la.. dah 5 tahun kan tunggu.. DOC pun asyik senyum-senyum tengok gelagat aku..

Lepas dah siap scan... Terus cakap dekat My En Hubby
"Nampak tak baby apa?" 
  
My En Hubby pun senyum tak habis-habis... sampai ke kereta pun masih tersenyum-senyum.. Sama la dengan aku... Rasanya sampai hari ni pun masih tersengih sorang-sorang (*_^) Sebenarnya..... sebelum masuk jumpa DOC semalam, aku ada cakap dengan My En Hubby yang aku nak nama kan nama baby dengan nama A-----, terus My En Hubby tanya?

Kenapa pilih nama tu?
Aku jawab : ntah... tiba-tiba terdetik dengan nama yang sebegitu..

So now.... aku tahu kenapa tiba-tiba aku terdetik nak pilih nama tu... Tapi nama tu masih dalam perancangan... belum betul-betul decide...

Kenapa aku check up kat Hospital Az-zahra?? This is my reason :
Ini back up plan.. kalau masa nak bersalin nanti buatnya Hospital Putrajaya penuh... mana lagi nak pergi kan... Tahun 2009 situasi ni pernah berlaku pada aku, masa tu bukaan dah 2cm.. pergi Hospital Putrajaya, tapi ward penuh... Jadi DOC minta aku pergi Hospital lain, jadi aku kena cari Hospital lain samaada Hospital KL, Serdang or Kajang.... Masa tu selok belok KL memang tak berapa terer... So HKL terkeluar dari list, Hospital Kajang sesak (ini dalam fikiran aku sahaja, realiti aku tak pasti, maybe tak seteruk yang aku bayangkan). Jadi sama jugak Hospital Kajang terkeluar dari list aku. So yang tinggal hanyalah Hospital Serdang sahaja, terus pergi tanpa pikir apa-apa.. Bila sampai ke Hospital Serdang, sama jugak... Hospital serdang full.. Tapi DOC kat situ masih intertain aku.. and diorg find out.. aku kategori berisiko.. jadi dia terima aku untuk bersalin kat sana... Boleh bayangkan tak perasaan aku masa tu.. Menanggung kesakitan nak bersalin + mencari Hospital untuk bersalin... Dalam perasaan sakit + celaru + risau.. semua bercampur aduk.. And aku baru dapat info dari one of my ofismate .. Now Hospital Putrajaya dah Join Venture dengan Hospital Kajang dan HKL.. So.. mana-mana patiene yang nak bersalin tapi ward penuh akan di hantar ke hospital berkenaan.. But for me.... why not aku prepared awal-awal kan... So.. incase Hospital Putrajaya full... aku akan pergi private hospital... Tapi kena guna duit saving... but it's OK... for my baby... bukan tak percaya dengan Hospital kerajan... No.. No... No... tidak sama sekali... Cuma this time.. aku dah ada Alisha.. Alisha baru 5 tahun.. kanak-kanak tidak dibenarkan naik ward.. Jadi.. pada masa aku nak bersalin nanti... aku sendiri tak tahu apa kemungkinan yang berlaku.. ada yang bersalin awal... ada yang terlebih due.. Macam history aku terlebih due.. Jadi kalau aku pilih private hospital... incase mak mertua tak sampai lagi... at least Alisha boleh stay dengan aku dekat ward or.. aku kena bersalin sorang-sorang tanpa ditemani My En Hubby (boleh ke aku... hu hu hu... maybe boleh tapi sedih.. feeling anak manja... ni la peelnya). Dan bila dah lepas bersalin Alisha boleh stay dengan aku dekat ward... tak de la terpikir-pikir dekat Alisha nanti...

10.45pm tadi, dapat call dari Tadika Alisha... Alisha merengek-rengek, mengangis... Sambil cakap Alisha nak mama... Alisha nak Mama... hai...... sedih hati ni... hu hu hu... Mama pulak hati tisu... kena air abis hancur..Tengahari nanti kena pergi ambik, try minta half day dekat bos... kot-kot lepas.. boleh ea BOS... BOS kan baik.. ha ha ha.. tetiba.. selalunya kalau jumpa BOS mesti bergaduh...

ok... experience aku bersalin kat atas tu, maybe tak sama macam orang lain tau.. hope ianya tidak menggangu mana-mana perasaan dan mana-mana pihak.. of course apa yang terjadi ada sebabnya... and now maybe dah banyak penambahbaikan yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk menangani segala kesulitan dan segala kelemahan yang ada.. so... no worries...

p/s : entry ni panjang sikit.... disebabkan keterujaan melampau....



2 comments:

  1. Bestkan....tapi agree la dgn CT...naluri ibu mengandung..
    Nora pon dpt rasanya kan gender baby..hihihi
    Semoga Ct dipermudahkan nanti..we olss x sabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la,.. memang tak sabar ni... tak ssabar nak ambik suti 3 bulan.. hi hi hi

      Delete

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: