Pages

Thursday, September 11, 2014

CARA NAIKKAN HB UNTUK IBU HAMIL

Hemoglobin Rendah atau HB Low!!!!!......

Hu hu hu... setiap kali check up, ini la masalah yang aku selalu hadapi... Dan setiap kali tu jugak aku  mesti dapat ceramah free dengan nurse.. Tapi semua tu untuk kebaikkan aku dan baby jugak. Sebenarnya aku sendiri pun dah buntu macam mana cara nak naikkan bacaan HB aku ni. Apa yang nurse cakap semuanya aku follow. Nurse cakap :
  • Kena banyakan makan makanan yang mengandungi zinc - aku follow
  • Kena banyakan makan sayuran hijau - aku follow
  • Jarakan pengambilan kalsium dan zinc, sekurang-kurangnya 2 jam - aku follow
  • Jangan / kurangkan kafein, teh dan KOKO - aku follow
Semuanya aku ikut, tapi bacaan HB masih sama. Masih 10.5. Bila nak naik tak tau la... Last 2 weeks kena jumpa DOC sebab dah 3 kali berturut-turut bacaan HB static.. Since kandungan 4 bulan terus kena check up 2 minggu sekali... Semuanya gara-gara HB low... Dan DOC suggest :
  • Ambil zinc bersama dengan juice or makanan yang mengandungi vitamin C,  untuk bantu penyerapan Zinc - aku follow.
And Today!!!!!...... Yeay!!!!! Finally aku berjaya naikkan HB, walaupun bacaannya hanya 10.6 but it's OK... at least naik daripada turun kan...So.. next time memang kena banyakkan pengambilan Vitamin C bersama dengan zinc.. And now aku tengah praktikan ambik ubat yang DOC bagi dengan jus.. Jus Oren lagi better, sebab Oren memang kaya dengan Vitamin C... Dan kalau boleh amalkan jus yang buat sendiri, sebab kita boleh control kandungan gula. Kalau juice yang dekat pasaran tu kandungan gulanya tinggi.
 
Kenapa perlu kurangkan pengambilan kafein, KOKO atau teh?
Ini apa yang nurse and DOC cakap... Kurangkan atau kalau boleh tak ambik terus pun lagi bagus.. Sebab minuman berkafein dan KOKO ini boleh mengurangkan atau menghalang penyerapan zinc tersebut. 

Sama jugak dengan pengambilan Kalsium. Ibu-ibu hamil memang digalakan ambil kalsium... Sebab kalsium ni untuk ibu jugak.. Nanti kang habis sakit sendi la, sakit kaki la... Pernah tau orang yang kurang kalsium, masa nak bersalin tu tetiba kaki kejang.. Dah sudah.. macam mana nak meneran? itu yang membuatkan koyakkan jadi banyak.. So... Kalsium kena ambik tapi jarakan jugak masanya sekurang-kurangnya 2 jam. Sebab zinc tak boleh ambik sekali dengan kalsium. Kalsium jugak menghalang penyerapan zinc tersebut...

Jadi inginkan yang terbaik untuk baby kan... So follow la apa yang nurse and DOC cakap... Alah.. tak lama pun.. kejap jer...  [sambil pejam mata, hu hu hu ... ada perkara tersembunyi disebalik kata-kata tu] (-_-) hu hu hu aku penggemar KOPI. Tapi kalau rasa teringin sangat-sangat tu, boleh la minum, tapi jarakan 2 jam selepas atau sebelum ambil ubat or zinc. 

p/s : hope tips ni boleh bantu ibu-ibu hamil diluar sana yang mengalami masalah yang sama macam aku... Semua tips2 ni adalah dari DOC dan Nurse yang aku selalu jumpa... maybe next time aku akan sharekan makanan yang kaya dengan Vitamin C dan Zinc.. InsyaALLAH.... sekiranya masa mengizinkan...

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: