Pages

Monday, September 15, 2014

AYAT-AYAT NOVELIS

Alhamdulillah... 

Pagi ni.. pagi yang indah.. Cuaca diluar nampak redup dan mendung atau mungkin penglihatan ini dikaburi dengan tinted yang dipasang pada cermin tingkat yang sekali gus menyembunyikan dari cerita asal diluar sana. Suasana di pejabat pun sunyi sepi.. Ada yang cuti, bawa anak jalan-jalan atau pulang ke kampung di kala cuti sekolah baru bermula. Yang kedengaran hanya bunyi keyboard yang menari-nari tanpa irama dan sekali sekali suara rakan-rakan kedengaran.. itu pun kadang kala sahaja.. Ada juga yang masih hibernate dalam bilik, Monday blues mungkin!!!.. Kerja 1 hari.. Esok cuti semperna Hari Pembentukan Malaysia : 16 September. 

Pagi ni berkesempatan untuk menjengah beberapa blog.. Hati mula tertarik dengan 2 blog yang cantik dan simple tapi kandungan dan penyampaian yang berbeza.... Rutin yang sudah agak lama aku terlepas. Membaca kandungan blogger-blogger lain kadang-kadang membuatkan diri seolah-olah mengenali mereka secara dekat... Walhal.. ianya hanyalah di alam maya.. Blog pertama yang aku baca, bait-bait ayat yang digunakan tersusun dan indah dibaca, seolah-olah ayat novelis.. Dan ceritanya membuatkan aku terpikir.. hidup tak selalunya indah.. adakala badai datang tanpa di duga.Tapi siapalah kita untuk merancang masa depan mengikut apa yang kita mahu, semoga beliau tabah dengan apa yang berlaku.. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. 

Blog yang kedua pula, banyak memberikan aku inspirasi deko. Susun atur rumah yang kemas dan cantik... memberi ilham untuk aku dan My Hubby menyesuai padan perabot dan hiasan rumah. Boleh dikatakan seolah-olah memang Jodoh untuk membaca blog beliau, kerana saat ini aku dan My Hubby sedang usaha menghiasi rumah. Semalam baru sahaja selesai memilih dan membeli perabot untuk bilik princess kami.. InsyaALLAH tema merah putih bakal menghiasi kamar puteri kami itu. Keceriaan dah terpancar dari wajah Alisha.. hari sabtu ni perabot sampai.. bermula la inspirasi deko aku dan My Hubby untuk bilik puteri kami. 

1 comment:

  1. btul tu..dr blog adakalanya seakan kt dpt mgenali mrk dgn lbh rapat..mana y baik kt jd kan iktibar..

    ReplyDelete

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: