Pages

Monday, August 18, 2014

SALAM AIDILFITRI..

Selamat Hari Raya.. Hari ni hari ke 22 Syawal..

Mesti bestkan raya korang.. Aku??? Biasa-biasa jer.. macam tahun-tahun sebelum ni jugak.. cuma this time busy sikit dengan pelbagai majlis kat kampung aku.. Dari raya pertama sampai raya ketiga kat rumak bapak aku memang tak masak.. gantung periuk.. Raya pertama jalan raya dari petang sampai ke malam.. balik rumah je terus zzzzzz... penat yang amat.. hu hu hu.. + sakit pinggang yang tak hilang-hilang.. biasa la perut dah mula menunjukkan bentuknya.. hi hi hi.. pregnant kali ni excited pun ada nervous pun ada.. Ye la.. dah lama tak pregnant + terbayang-bayang sangat-sangat kat labour room.. wa...... wa.... risaunya... 

Setiap minggu undangan rumah terbuka memang tak putus-putus.. cuma kali ni aku macam malas sikit nak bergerak.. stay kat rumah sahaja.. sambil mengemas rumah apa yang patut.. lebih nya rehat + Tido.. hobi baru... asyik tido jer... jangan kan nanti muka jadi kembang semangkuk sudah la.. 

Last friday.. temujanji untuk minum air gula.. 1st time merasa minum air gula.. pengalamannya.. nanti aku share untuk entry selepas ini OK... 

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: