Pages

Tuesday, August 19, 2014

PENGALAMAN MINUM AIR GULA UNTUK IBU HAMIL

Assalamualaikum..

Dah masuk 23 minggu usia kehamilan aku. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.. tak de masalah sangat. Cuma HB memang rendah. Last week siap kena ceramah dengan nurse lagi.. adoiii.... dah hilang punca nak buat macam mana.

OK.. tak nak cerita pasal HB low.. just nak story pasal pengalaman pertama aku minum air gula. Masa pregnant dekat Alisha.. aku tak kena minum air gula.. Alhamdulillah.. selamat.. Tapi pregnant kali ni memang kena minum... History my MOM ada kencing manis.. So... aku ikutkan je la.. kang jadi apa-apa nanti susah pula kan.. 

Aku dah start kena puasa pukul 10mlm malam sebelumnya.. tak boleh makan dan minum. Next day.. appointment kul 8pg, tapi masa pergi klinik kesihatan presint 3, putrajaya dah berbaris penuh sampai ke luar pintu.. daripada 50 lebih orang aku dapat no yang ke 47.. jadi tunggu la sampai nama dipanggil.. Ambik darah kali pertama sebelum minum air gula pukul 8.50 pagi.. selepas 2 jam (lepas minum air gula) ambik darah kali kedua dalam pukul 10.50pagi.. aku tengok orang yang sebelum-sebelum aku ni steady je minum.. macam tak de perasaan jer... OK ker diorang ni.. mula la terpikir macam-macam.. So nak sedapkan hati.. erm.. OK kot... mesti sedap..

Masa minum air gula tu.. hidu dulu.. OK.. not bad.. bau manis and bau oren je.. tapi bila dah start minum.... Astarfirullahhalazim... susahnya nak menelan... hu hu hu.. manisnya yang amat.. cuma mungkin disebabkan dah ada perisa oren.. jadinya boleh jugak la aku telan.. orang sebelum aku ni kebanyakan dapat dalam cawan plastik.. cawan merah tu.. tapi bila dah sampai part aku cawan plastik tu dah habis.. jadi minum la dalam cawan ni, nasib baik dapat cawan ni.. kalau dapat cawan plastik tu rasanya aku dah muntah awal-awal lagi :

this pic from GOOGLE.. kredit to the owner of this pic.. TQ







Rupanya lebih kurang begitu la.. cumanya xde ais dan straw.. dan warnanya lagi pekat.. Kena minum satu cawan bagi habis.. aku.. kononnya tak nak lah ambik masa lama-lama sangat masa minum air gula tu.. takut termuntah plak kat situ.. jadi aku minum 3 kali teguk je.. then terus blah balik ke tempat duduk.. 15 minit pertama dah start rasa sumthing dekat dada... rasa macam ada benda tersekat.. dan rasa sesak bahagian dada... bertahan dan tak nak muntah.. dalam pukul 9 lebih tu, ada seorang patient muntah... aku pulak jenis yang memang tak boleh tengok or dengar orang muntah.. nanti aku pulak yang terjebak sama.. Jadi kena bertahan. sebab tak nak kena minum kali kedua.. cukup-cukup lah sekali je..

Masa menunggu tu... Ya Allah... lamanya.. setiap kali tangok jam baru 5 minit... kali kedua tengok jam baru 10 minit.. last-last buka novel.. baca.. 3 kali tengok jam dah  pukul 10.20pagi. nurse-nurse pun dah start nak ambik darah untuk kali kedua.. aku orang yang ke 47.. jadi tunggu la dalam kul 10.50pagi.. selesai... Lepas selesai.. pergi makan tapi terus tak boleh nak telan.. automatik nak muntah.. makan ala kadar.. My En Hubby hantar aku balik rumah.. terus tido.. bangun tido.. dah rasa OK.. lepas solat jummat terus g kerja semula... Resultnya lagi 2 minggu.. so kena tunggu keputusannya lagi 2 minggu... Bye..

p/s : ni pengalaman aku.. mungkin pengalaman korang berbeza.. aku jenis yang ala manja-manja gitu.. ha ha ha..

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: