Pages

Monday, June 23, 2014

ANUGERAH DARI ALLAH...

Good news to share... 

Berita ni dah agak lama, semua berita ni berlaku sekitar bulan April dan Mei... Tapi tak berkesempatan nak share kat sini.. Alhamdulillah.. ada beberapa perkara baik berlaku dalam hidup aku dan juga family.

Pertama :
Tahun ni aku diberi "Anugerah Perkhidmatan Cemerlang".  Alhamdulillah.. Jujurnya memang anugerah ni dinanti-nantikan oleh semua penjawat awam.. Syukur.. Rezeki aku untuk tahun ni.. Selain daripada sijil APC.. aku juga diberi Sijil Simpanan Premium BSN..


Kedua :
Dan dalam masa yang sama, satu lagi berita yang sangat-sangat mengejutkan... Aku diberi peluang dan kesempatan untuk bakal menimang cahaya mata kedua.. Syukur ke hadratmu Ya Allah... Semua ini anugerah dari mu yang tidak terhingga. Sekarang kandungan aku sudah menghampiri 4 Bulan.. Alahan kali ni macam kurang sikit.. Cuma rasa pening-pening sebab HB aku memang low walaupun tak pregnant.. Sekarang ni memang tangah concentrate untuk menaikkan HB.. semua aku makan.. Jambu batu, Kerang, Ikan Bilis, Mangga Masak.. Dan sekarang memang tak minum langsung minuman berkafein.. Dikhuatiri menggangu penyerapan vitamin yang aku makan.. sekarang aku dah beralih kepada horlicks.. walaupun susah nak ditelan oleh tekak ni.. tapi digagahi jugak.. untuk anak mama yang bakal lahir ni.. Harapan HB aku akan naik lebih tinggi dari biasa..

Ketiga :
Aku dapat "Lucky Draw 1st prize"  semasa Majlis Hari Keluarga Jabatan.. Semua ni anugerah dari Allah.. Alhamdulillah...


Dan masa aku happy dengan anugerah Allah ini.. tapi dalam hati terdetik rasa rungsing dan risau.. Masa buka buku merah 2 minggu yang lepas.. masa doktor scan.. katanya ada objek lain dalam rahim aku.. ada ketulan.. dan doktor suspect ada fibroid.. tapi masih tak pasti.. aku di rujuk kepada Pakar Hospital Putrajaya.. Dan esok adalah appointment untuk comfirmkan samaada ianya adalah fibroid atau tak... Doktor ada cakap.. perkara ni adalah normal... dan semua yang doktor cakap adalah positif..

"Dun worry!!! awak bertuah... selalunya orang yang ada fibroid ni susah nak pregnant... Tapi now u dah pregnant.. u patut happy.. jangan risau.. fibroid tak kan mengganggu kehamilan, dan ada ketikanya fibroid ni akan mengecut dengan sendirinya".. 

tapi sejujurnya walaupun doktor cakap macam tu.. jauh disudut hati kecil aku ni rasa rungsing dan risau tu tetap ada.. harap-harap.. ini bukan fibroid..

#AkuHanyaMampuBerdoa
#SegalanyaKetentuanMuYaALLAH..

2 comments:

  1. tahniah tahniah tahniah..harap semuanya ok...insyaAllah

    ReplyDelete
  2. in shaa Allah tak da pa pe tu.
    yakin dgn Allah..
    jaga diri ye kak :)

    tahniah.. rezeki berganda ganda

    ReplyDelete

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: