Pages

Monday, June 30, 2014

2 RAMADHAN 2014

Hari ni dah 2 Ramadhan.. Alhamdulillah.. semalam dapat berpuasa penuh 1 hari.. Tahun ni pengalaman baru bagi aku di bulan ramadhan iaitu berpuasa semasa hamil.. 

1st day puasa.. erm.. not bad..berjaya disempurnakan sehingga berbuka..  alhamdulillah.. tapi aktiviti siang memang tak de langsung.. dan banyak masa dihabiskan berbaring atas tilam empuk... sebabnya.. sejak pregnant ni memang selalu pening... harap-harap hari ni OK la.. sebab arini dah start keje.. tak nak lah selalu pening-pening pulak kan... nak bergerak pun susah.. Tapi hari ni agak sedih sikit.. sebab pagi-pagi dah muntah.. habis semua keluar apa yang dimakan masa sahur tadi.. Ya Allah.. bagi la kekuatan untuk aku terus berpuasa... kalau tahun ni cukup puasa.. tak yah lah ganti puasa (^_^)

Seperti tahun lepas azam tahun ni tetap sama iaitu tak nak pergi bazar, pergi boleh tp mungkin cari kueh je kot.. or kalau ada apa-apa yang mak yong teringin nak makan.. setakat ni macam dah ada yang teringin.. hi hi hi.. teringin nak makan kambing golek..

Insyaallah.. sepanjang ramadhan ni nak masak sendiri sahaja. Sama seperti tahun lepas..

Day 1.. berjaya masak sendiri walaupun ada rasa sedikit pening-pening lalat.. insyaallah.. azam kena kuat.. semoga terlaksana...

Rutin setiap pagi.. bangun kul 4 pagi.. masak nasi then terus telan supplement untuk ibu mengandung.. Nurse cakap kalau ambil ubat masa perut kosong memudahkan penyerapan ubat tu... jadi itu la masa yang sesuai untuk aku ambik ubat.. 



Tapi hari pertama aku tak bangun.. hi hi hi.. My En Hubby yang bangun dan masak... Aku rest atas katil.. tetiba pagi tu kepala pening.. sian My En Hubby.. start kul 3 lebih dia dok urut kepala aku.. kul 4 dah bangun masak..

Apa-apa pun TQ sayang....  U're My everthing.. Love U so much.. also My Little Princess.. Love both of you.. and Waiting for baby.. December 2014.. InsyaAllah

3 comments:

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: