Pages

Thursday, March 27, 2014

MY HUBBY OUTSTATION LAGI

Outstation atau Kerja Rasmi di luar pejabat adalah sinonim dengan tempat kerja suami.. Sebagai isteri aku perlu redha.

Tapi berbeza kali ni, tatkala semua orang sibuk membahas, sibuk membincangkan, sibuk menceritakan, sibuk sharing semua konspirasi dan semua teory yang ada mengenai MH370 di media-media sosial masing-masing, dan isu MH370 ini masih hangat, sesekali perasaan risau mula terdetik.. 

Kali ini, PRK di Balingian Sarawak.. Aku mengharapkan dan mendoakan keselamatan semua pegawai-pegawai yang terlibat, dan yang amat diharapkan keselamatan My Hubby sudah pasti sentiasa dipohon dan dipanjatkan doa ke hadrat Illahi.. Penerbangan yang memakan masa lebih kurang 2 jam ke Kuching.. Transit ke Sibu dan akhirnya ke Mukah..

image dari : CARAPEDIA
DOA Untuk Suami :
> Semoga perjalanan 'abang' lancar dan sentiasa dilindungi
> Semoga urusan 'abang' dipermudahkan
> Semoga kesihatan 'abang' juga sentiasa baik supaya memudahkan tugasan 'abang'
> Semoga 'abang' selamat kembali semula ke pangkuan 'mama' dan 'alisha' dengan selamat.. InsyaAllah kami akan menanti dengan penuh sabar..

Amin...

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: