Pages

Tuesday, February 25, 2014

TUDUNG THAI SILK MURAH

Assalamualaikum...

Hari ni hati ada ceria.. Lunch tadi dating dengan En.Hubby... dah lama sangat tak dating sama-sama.. 

Sebelum lunch tadi, terasa boring yang amat sangat.. tak tahu nak buat apa.. Dua-dua member tak de.. jiran sebelah ni pun tak de.. g klinik katanya.. tapi sampai sekarang belum nampak mukanya... time off ke EL aku pun tak pasti.. bgtau dalam group melalui whatsapp je.. 

Tak de keje??? aishhhh mana boleh tak de keje... asal datang opis je, keje mesti menimbum.. tapi biasa la.. tak kan straight je nak buat keje... berpinar mata ni nanti.. dah la mata ni pun dah rabun..kang menambah lagi power cermin mata ni.. jadi tengahhari td... g la ambik angin.. cerahkan pandangan.. dating-dating, chating-chating manja dengan En.Hubby.. Yang bestnya En.Hubby  bawa g makan dekat tempat favourite aku iaitu Restoran Rimba, PKNS Bangi.. Aku paling suka minum air durian belanda kat sini.. ini yang aku suka ni.. tahu je tekak isteri dia macam mana... dan memang teringin sangat nak minum air durian belanda tu...

Sampai opis tadi awal lagi..belum pukul 2.. dekat AG ada jualan..biasa time gaji memang selalu ada jualan.. aku pun memang niat nak cari tudung.. dah lama sangat niat nak mencari tudung ni.. tapi tak de yang aku nak... puas mencari.. My.Hubby bawa pergi sampai ke bangi nak  cari tudung ni je.. alih-alih hari ni ada pulak di jual kat AG ni.. 


Bila dah jumpa.. apa lagi banyak la yg aku rembat... Harga RM5 je sehelai... ni la tudung thai silk yang aku jumpa dan paling murah.. sebelum ni jumpa jugak tp paling kurang pun RM10..

tak sabar nak balik tunjuk dekat My.Hubby.. punya la jauh mencari alih-alih jumpa kat sebelah opis je..

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: