Pages

Friday, February 14, 2014

SEMOGA SEMUANYA BAIK-BAIK SAJA

Assalamualaikum...

Bila tengok "Dashboard" Blog ni, rupanya banyak entry yang aku karang tapi masih "draf". maksudnya masih belum selesai di karang.. Asal nak karang je banyak pulak halangan nya...

Lunch tengahari semalam makan dengan husband.. sambil-sambil nak COD shaklee di presint 15, kira boleh la lunch sekali. Sekarang dah jarang keluar lunch sama-sama.. kadang-kadang ada jugak husband ajak.. tp time macam tak sesuai la pulak.. dan lepas ni mungkin lagi kurang sebab, husband dah start busy, nak kena prepared untuk pilihanraya DUN Kajang pulak.. Banyak yang kitaorang dah plan untuk bulan 3 ni... nak pergi bercuti la.. itu la... ini la... nampaknya mcam tak kesampaian la nanti.. pilihanraya dun kajang ni pulak datang dengan mengejut... 

Sambil-sambil lunch semalam, husband ada cakap.. sesuatu yang terlalu menyentuh perasaan aku sehinggkan gugur air mata didepan dia.. tetiba ayat yang keluar :

"Abang tak tahu kenapa dengan abang ni sekarang, tapi ayang mesti jangan tinggal solat, solat yang paling utama, benda lain ayg tak buat abang tak marah. Tapi kalau ayang tertinggal solat ayang kena ganti balik, dan kadang-kadang kita tak teringat zaman-zaman dulu kita kita pernah tertinggal solat atau tak... jadi selepas selesai solat setiap fardhu, abang akan qada solat, walaupun hari tu kita tak tinggal solat.. Dengan harapan untuk ganti balik solat-solat yang kita pernah tertinggal.. Allah terima ke tak?? tak per.. yang penting Allah nampak kita buat.. Jadi kalau boleh abang nak ayat buat perkara yang sama. Abang cakap ni sebab abang takut abang pergi dulu dari ayang, nanti abang tak boleh tolong ayang dah"

Ya Allah.... dengar je dia cakap macam ni terus laju je air mata ni gugur... Husband aku memang selalu nasihatkan aku... macam ni la cara dia nasihatkan aku.. nada yang bersahaja macam ni, Alhamdulillah... aku boleh terima cara dia nasihatkan aku selami ni, sejak mula kitaorang kawin.. Tapi tak pernah dia cakap abang risau abang pergi dulu.. Ya Allah tak sanggup dah nak rasa kehilangan.. perasaan sedih kehilagan bonda pun masih belum hilang...

Ya Allah... aku mohon semuanya dalam keadaan yang senantiasa dibawah lindunganmu Ya Allah, seperti nama puteri kami yang kami namakan "Nur Alisha" - Cahaya Yang Di Lindungi

Tujuan kami bagi nama ni pun sebenarnya supaya "Nur Alisha" akan sentiasa dilindungi oleh penciptanya.. Memang niat dihati nak letak nama panjang-panjang.. Tapi bila fikir balik cukup la sekadar Nur Alisha.. bila kitaorang panggil dengan nama Alisha.. maksudnya kami memanggil dengan 'Yang Di Lindungi".. 

Mungkin apa yang husband cakap tu perasaannya sahaja.. InsyaALLAH semoga semuanya dalam keadaan yang baik-baik saja... Amin..

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: