Pages

Wednesday, February 5, 2014

KEMBALIKAN SEMANGAT AKU..

Assalamualaikum...
erm... ntah kenapa rasa hati ni macam tak keruan.. dah 2 hari rasa macam ni.. Semalam pagi-pagi dah sentap dengan ofismate.. arghhhhh.... stress.. padahal bukan la teruk sangat pun.. dan bukan lah benda besar sangat pun yang perlu diperbesarkan.. erm.. maybe sebab dalam hati ni tak berapa tenteram sangat lately... Ya Allah.. jangan la tersasar dari azam tahun ni.. Walaupun ada jugak beberapa azam tahun ni terpesong sikit dari landasan.. tapi harap-harap dapat diperbetulkan balik...

Arini pun macam dah tersentap sikit... adoiiiiiii... kenapa la hati ni mudah sangat nak kecil hati.. dan mudah sangat terasa.. aku kena kembalikan balik semangat awal tahun yang aku dah azamkan sebelum ni..

 OK.. now i want to relax and remind myself. Setiap orang tak sama pandangan dan tak kan sama pendapat. Bak kata orang... lain hati lain akalnya.. rambut sama hitam.. hati lain-lain.. Semua orang ada kehendak dan keinginan yang berbeza.. cuma sejauh mana perkara itu membawa pengertian dan kebaikan pada kita, hanya kita sendiri yang boleh nilai.. Kita adalah makhluk yang paling istimewa kerana diberikan akal fikiran untuk berfikir.. Fikir lah sebaiknya untuk membuat pilihan yang terbaik untuk diri kita sendiri. Bukannya untuk orang lain hanya untuk diri kita.. yang penting selagi pilihan kita baik dan yang terbaik buat kita.. Itu lah jalan yang perlu kita lakukan dan kita lalui. Jadi pedulikan apa sahaja yang orang cakap, selagi apa yang kita buat tidak bercanggah dengan syarak dan diri kita sendiri... Pendek kata.. mulut tempayan boleh ditutup.. mulut manusia???? Pandai-pandai lah menilai diri sendiri.. sebelum kita menilai dan mempertikaikan apa yang orang lain buat.. Ini kerana, tak semua apa yang kita buat ada betulnya... Setiap manusia ada kelemahan... kadang-kadang kita perlukan orang disekeliling kita untuk kita perbaiki diri..

Aku lebih suka meluahkan di Blog daripada luahkan di FB... kerana ini adalah cara aku... dan aku lebih selesa menconteng di blog daripada menconteng dinding FB.. 

Apa yang penting..... kita happy dengan hidup dan diri kita... Selagi apa yang kita buat adalah di landasan yang betul... Amin

2 comments:

  1. assalam
    sapa lak sentapkan ct..
    saba la banyak-banyak ye...susah kita nak expect dan harap orang akan faham kita..dan bila kita maklum bagaimana untuk kita difahami ..orang kata kita poyo pulak...

    selain blog..don worry aku ada nih..
    gila boring dok sini...hahaha mau sehari 10 kali update blog :D ..jangan mara

    ReplyDelete
    Replies
    1. wau!!!... boleh naik ranking ni 10x hupdate blog.. hi hi hi..

      Delete

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: