Pages

Monday, January 13, 2014

AL-FATIHAH UNTUK BONDA

Bismillahhirahmanirahim...
Dengan Nama ALLAH yang MAHA Pengasih Lagi Maha Mengasihani

Entry Pertama di Tahun 2014
Permulaan Tahun 2014 diiringi dengan tangisan Air Mata. Ku cuba untuk kuatkan hati untuk karang entry ini.. Pagi Jumaat 27 Disember 2013 aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Kampung. Perkhabaran yang ku terima pagi tu membuatkan hati terasa luluh. Bonda Kesayanganku sakit tenat. Atau dalam erti kata yang lebih sahih = KOMA.. Keadaan terasa terlalu sayu.. Terus ku dial no telefon suami.. Selesai bincang dengan suami, aku khabarkan perkhabaran ini kepada ofismate dan terus ku gerak balik rumah, packing baju ala kadar sahaja.. Tepat jam 11 pagi, terus gerak pulang ke kampung tanpa apa-apa persediaan yang sempat dibuat. 

Bonda sempat dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, KEDAH tapi Doktor mengesahkan peluang untuk Bonda hanya 20 - 80 sahaja.. Doktor juga memberi pilihan kepada keluargaku samaada nak masukkan Bonda ke ward atau bawa pulang kerumah. Perbincangan dibuat bersama ahli keluarga dan seterusnya kata sepakat telah dibuat. Pilihan yang dibuat, kami bawa Bonda pulang kerumah. Ketika itu aku masih dalam perjalanan. Hanya bermalas mesej dgn abang aku jer.. 

Lebihkurang jam 5.30 petang sampai ke kampung, perkarangan rumah dikelilingi dengan orang ramai.. Terus melulu masuk kedalam rumah... Dikeliling Bonda dilimpahi sanak saudara dan orang ramai yang datang melawat.. Keadaan jadi sesak.. Terus ku peluk dan kucium bonda.. Air mata tak tertahan lagi.. gugur dan terus gugur menyimbah ke pipi.. 

Hari berganti hari... masa berlalu.. setiap detik terlalu cepat.. Hampir siang dan malam.. Disisi Bonda pasti ada yang menemani.. siang dan malam bacaan surah yassin dan al quran berkumandang tak pernah sepi walaupun malam berganti malam.. siang berganti siang.. Rata-rata tetamu yang datang menghadiahkan surah yassin untuk bonda.. ku syukur ramai yang sedekahkan bacaan surah yasin buat bondaku.. 

Rutin setiap pagi.. bagai menjadi rutin harian, selesai solat subuh.. masing-masing telah sedia dengan rutin masing-masing, setiap orang mesti hadiahkan bacaan surah yassin untuk bonda.. Setiap hari.. kami anak beranak akan bersihkan bonda, tukar pampers, pakaikan bonda dengan baju dan kain-kain yang baru dan cantik-cantik.. rambut disisir dengan kemas, bedak sejuk disapu seakan-akan bonda sihat disamping kami.. Bonda nampak segar selepas di cuci dan dilap.. Wajah bonda nampak ceria. walaupun kaku separuh sedar.. Jemaah surau juga dijemput untuk bacaan surah yassin. Dalam seminggu sebanyak 2 kali jemaah surau datang untuk bacaan yassin. Tak kurang juga jemaah muslimat datang menyumbang bacaan yassin di siang hari.


Akhirnya... tepat jam 9.10 pagi.. 2 Januari 2014 - bonda telah pergi selama-lamanya menghadap penciptanya.. Bonda pergi dengan sangat tenang sehingga kan kami masing-masing tidak sedar yang bonda telah tiada.. Nafas yang tiba-tiba terhenti... bagaikan lena diulit mimpi.. Ambulans di panggil dan pengesahan telah dibuat.. Bonda telah pergi Selamanya... Al-Fatihah untuk Bonda.. 

Ku bersyukur.. walaupun tak sempat untuk berbicara dengan bonda.. tapi aku sempat tunaikan tanggungjawab terakhir ku untuk bonda.. Selama 1 minggu rutin ku disamping bonda.. kujaga, kusisir rambutnya, ku suapkan minum dan sedikit bekalan air rebusan beras untuk kejapkan perut bonda.. supaya bonda tak terasa lapar.. Alhamdulillah Bonda mampu menelan walaupun separuh sedar..

Jasa mu Bonda tak terbayar walaupun siang malam ku bersengkang mata untuk mu hanya untuk 1 minggu ni.. Kenangan selama 30 tahun bersama mu akan sentiasa didlam hati.. setiap malam wajahmu kuingat... semoga wajahmu akan sentiasa kekal di sanubari ku.. 

Terima Kasih bonda atas pengorbananmu untuk ku sepanjang ku bersama mu..


Al- Fatihah untuk BONDA..

1 comment:

  1. Al-Fatihah..Tak ziah ct
    Nora menangis baca entry ni..
    sebak nya..NOra tak tahu kalau Nora berada di tempat CT
    CT Kuat

    ReplyDelete

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: