Pages

Tuesday, December 16, 2014

MENGHITUNG HARI

Assalamualaikum....

Buat apa tu uols... Aku tengah mengira dan menghitung hari sekarang ni.. Now dah 39 week +++ hu hu hu.. Hari ni dah 16 Disember 2014. Due aku 19 Disember 2014. Kalau tak de tanda-tanda nak bersalin jugak kena menyerah diri ke Hospital la ni.. Kalau hospital goverment diorang still bagi masa lagi seminggu, next check up 22 Disember ni.. Tapi disebabkan dah decide nak bersalin dekat private kali ni, so 18 Disember ni dah nak kena admit.. kena induce.. erm.... risau pulak.. sebab tak pernah induce sebelum ni.. Tapi nak tak nak kena jugak la.. sebab risau jugak komplikasi atau apa-apa yang bakal berlaku nanti kan.. 

Seronok bila dengar one of my friend pun pregnant jugak.. hi hi dah dapat pass baton.. tapi pass baton kepada orang jauh... Tak sabar nak dengar perkhabaran gembira dari orang-orang lain lagi..

Friday, November 28, 2014

DAH BERJAYA DAFTAR SYARIKAT

Assalamualaikum...

Dapat PC baru.. Seronok menaip... Keyboard ni lembut jer.. hi hi hi... Saiz monitor pun hambek kau... Besar yang amat... 

Now Kandungan dah masuk minggu ke 37.. Belakang dah start sakit... Masa mengandung dekat Alisha dulu tak pernah rasa sakit macam ni. Sakit masa nak bersalin je. Tapi kali ni lain macam pulak.. Start 36 minggu dah rasa sakit-sakit pinggang, sakit bontot... Start 2 hari yang lepas dah mula sakit belakang... Adoiiii... tak boleh berdiri lama sangat.. dan tak boleh nak membongkok.. Sakit.. hu hu hu hu...

Minggu ni minggu paling busy pada aku... tapi bukan urusan kerja.. tapi urusan persendirian.. hi hi hi.. dari isnin sampai jumaat, lunch hour je mesti keluar.. Hari ni, pergi SSM untuk daftar syarikat.. Alhamdulillah.. urusan pendaftaran syarikat kejap sangat.. tak lama pun.. Lega rasa bila urusan daftar syarikat ni selesai... My En Hubby yang beria-ia sangat ni.. Kalau ikutkan aku macam nak hold dulu.. Tapi My En Hubby cakap.. better buat sekarang.. Aku ikutkan je la.. Lagi pun dia yang keluarkan kos nya... hi hi hi... Yup.. My En Hubby support aku untuk bisness aku yang baru ni.. Nama Syarikat pun My En Hubby yang pilih... Alhamdulillah.. Syukur... Dan sale pun tak henti-henti... Alhamdulillah.. Rezeki anak-anak.. Alisha dan Coming Baby..

Now... tengah plan nak fikir strategi baru untuk bisness... Semoga dipermudahkan hendaknya.. Amin..

Friday, October 24, 2014

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN MUHARAM


klik gambar untuk besarkan ea.

 Esok dah nak masuk 1 Muharam..
jadi kat sini aku share doa awal tahun dan doa akhir tahun untuk kita sama-sama amalkan..

AIDIJUMA (AJ) BLACK LABEL DAN GREEN LABEL NEW RELEASE

Aidijuma akan release Black label baru minggu ni.. Ada beberapa design yangberkenan dihati.. Antaranya :

1. Aidijuma Black Label Teapot

2. Aidijuma Roses Writing
  
3. Aidijuma Olive Tribal

4. Aidijuma Black Flower



Ni pulak design GL AJ (aidijuma) yang baru..
 

Dalam hati berkenan yang GL-Red Roses tu... 
(dalam hati ada taman)
 

Monday, October 20, 2014

TUNGKU BESI ATAU TUNGKU BATU SUNGAI

Mengantuknya hari ni... Semalam tido pukul 12malam.. sebab tengok cerita scandal Tv2.. dah 2 minggu layan citer ni.. best jugak.. cerita penyiasatan, jenayah dan scandal..Semua ni gara-gara terjebak dengan En Hubby yang suka cerita ala-ala penyiasatan ni.

Ada projek baru yang bermain-main difikiran.. Tapi masih berkira-kira berbaloi or tak kalau aku buat.. And now tengah kumpul maklumat dan beberapa info sikit demi sedikit.. Dah bincang dengan En Hubby.. Greenlight dah dapat jumaat lepas, cuma aku tengah kumpul maklumat dan modal. Kalau OK.. insyaallah boleh proceed.. And kalau ditakdirkan ini rezeki baby moga dipermudahkan hendaknya urusan tersebut.

Pagi tadi sambil borak dengan En Hubby bagitau dia, minggu ni dah masuk 8 bulan pregnant.. Terkejut pulak dia.. aikss... dah 8 bulan dah > katanya.. 

Ye la.. ikut kan kali ni tiada masalah sangat masa pregnant.. Mabuk tak de, muntah-muntah tak de, kerja rumah semua tak de masalah boleh buat sendiri.. masak!!! masih boleh masak.. tak de alahan bau.. hi hi  hi..cuma kadang-kadang rasa mengantuk yang amat sangat... itu je la... ha ha ha.. bab mengantuk ni memang tak boleh nak elakkan.. kadang-kadang lepas isyak terus lelap... kalau hari keje, memang balik tu dah tak larat nak buka mata.. memang kena tido.. baru rasa lega...

Now keje dah agak kurang, sebab training dah bagi dekat stesen, and kebanyakannya stesen dah boleh buat sendiri.. Fuh!!!.. Lega dan selamat... Tapi kan... Keje lain pulak yang datang... Macam-macam pula yang bos suruh buat.. keje yang ntah hapa-hapa pulak tu, yang tak pernah dengar pun ada.. Tapi alhamdulillah... semuanya masih boleh ditanggung dek kudrat aku ni..

Kalau ikutkan malasnya nak datang opis hari ni... Sebabnya weekend dok mengemas rumah.. menyelongkar stor cari tungku arwah mak, nak guna masa dalam pantang nanti.. Nasib baik jumpa.. Warisan pusaka tu.. sayang la kalau tak jumpa.. tu je kenangan arwah mak yang ada.. dengan rantai yang sekarang aku pakaikan dekat alisha.. Hadiah dari mak.. Insyaallah akan diwariskan ke anak cucu nanti.. Ini la akibatnya pindah randah... hu hu hu... Dari P18 ke Pajam... Pastu dari Pajam ke P5 pulak.. Barang semua dalam box.. jenuh menyelongkar.. Menyelongkar satu hal.. nak mengemas pun satu hal.. Nasib baik En Hubby gagah perkasa.. Ha ha ha.. Part simpan balik bagi dia je.. senang keje aku...

Dalam pada masa dok mengemas tu jumpa pulak tungku batu sungai yang mak mertua bagi masa pregnant alisha dulu.. alhamdulillah... dua-dua jumpa.. dua-dua boleh guna..


Wednesday, October 15, 2014

KARNIVAL UPIN IPIN DI PICC PUTRAJAYA 2014



Karnival UPIN dan IPIN 2014 bertempat di :
Lokasi : PICC Putrajaya
Tarikh : 21 hingga 23 November 2014
Masa : 9pagi hingga 10 malam
 
Kebetulan pula dekat dengan rumah.
Boleh la bawa puteri kami tu singgah sini.
Tapi time ni aku dah sarat dah ni.. Larat ke nak jalan lagi ni..

Bila ea start cuti sekolah???
erm.....

Tuesday, October 14, 2014

LAPORAN LENGKAP BAJET 2015

Bagi yang nak baca laporan lengkap bajet 2015 ni boleh pergi ke link ini ea : Laporan Lengkap Bajet 2015 

Sebelum ni tak kisah sangat pun pasal bajet yang dibentangkan.. tapi kali ni entah kenapa aku macam tertarik sangat nak baca details dalam pembentangan bajet kali ni.. dan yang paling menarik perhatian aku adalah tahap minimum Band MUET yang di tingkatkan mengikut bidang pengajian. 

Tetiba je kan... sebelum ni tak pernah fikir pun pasal MUET ni... Sebabnya kan... macam ada plan nak sambung belajar... 

Laporan dalam Bajet 2015 :
Tindakan Ke-8: Meningkat Kebolehpasaran Graduan
Selain itu, keyakinan diri dan kemahiran graduan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris akan dipertingkatkan.Pada masa ini, syarat kemasukan am ke IPTA mengkehendaki pelajar mencapai tahap minimum di Band 1 dalam Malaysian University English Test(MUET). 
Mulai tahun hadapan:
1. Bagi kemasukan ke IPTA tahap minimum Band MUET ditingkatkan mengikut bidang pengajian seperti contoh berikut:
    • Pengajian Sastera dan Sains Sosial -Band 2
    • Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM - Band 3
    •  Pengajian Undang-undang & Perubatan - Band 4
2. Sebagai syarat bergraduan pula, pelajar wajib mencapai:
    • Pengajian Sastera dan Sains Sosial - Band 3 
    • Pengajian STEM – Band 4 
    • Pengajian Undang-undang & Perubatan - Band 5
OK.. kiranya kalau aku nak further study nanti, aku kena dapatkan Band 4 untuk pengiktirafan Ijazah.. hu hu hu.. macam susah je nak dapat Band 4 tu.. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
update : 14/10/2014 : 12.01pm
Baru terbaca kat astro awani, seorang peguam yang kurang setuju band ni dinaikkan sebab syarat ni terlalu ketat dan syarat baru ini seolah-olah menyekat pelajar untuk masuk ke IPTA dan bagi yang sudah berada di IPTA seolah-olah menyekat pelajar dari graduasi..

Ini adalah berdasarkan keputusan MUET 2010, hanya 9.56% sahaja pelajar yang mampu mencapai Band 4 dan 0.97% sahaja yang mampu mencapai Band 5.

 

Monday, October 13, 2014

BELI PATUNG DAN SWEATER FROZEN

Demam  Frozen tak habis-habis lagi... Walaupun dah agak lama movie ni di tayangkan.. Alisha pun sama... Siang malam asyik frozen je.. Dan dah banyak barang-barang frozen yang aku beli untuk dia.. Bagi yang ada anak perempuan mesti tau kan macam mana... jadi kat sini aku nak share kat mana nak beli toys @ patung frozen dan sweater frozen yang korang boleh survey dan berhajat / bercadang nak beli.

Disney Frozen ANNA Doll (40cm)
Price: RM35.00 (Add Postage RM6 (SM), RM8 (SS)
Length about 40cm, width about 10cm
Plush toy. Soft and Comfy. No Box.
Come with Plastic Bag. Pictures are original shots.

Disney Frozen ELSA Doll (40cm)
Price: RM35.00 (Add Postage RM6 (SM), RM8 (SS)
Length about 40cm, width about 10cm
Plush toy. Soft and Comfy. No Box.
Come with Plastic Bag. Pictures are original shots.

Price : RM24
Postage : RM6 (SM), RM8(SS)
Disney Frozen OLAF Doll (30cm)
Length is 30cm. Detachable Velcro Tape.

Plush toy. Soft and Comfy. Come with Plastic Bag
Patung Olaf pun ada tau.. Patung ni sekarang tengah HOT!!! ramai yang beli.. 
Baru je restock ni.. InsyaALLAH stok banyak lagi
Blue FROZEN ELSA Sweater
Price: RM35.00
SKU: BLUE
- Postage RM6 (SM), RM8 (SS)

BLUE Organza Elsa Dress 
Price: RM30.00 (Add Postage RM6 (SM), RM8 (SS)
Product Description :
Cotton Material. May haveA minor defects due to mass production.

Comel je kan tengok frozen ni... OK.. korang boleh pergi dekat page ni Beli Toys / Patung Frozen 
InsyaALLAH... Harga boleh dikira berpatutan..

Happy Shopping!!!!!

Friday, October 10, 2014

PROJEK BARU


Alhamdulillah... akhirnya barang yang dinanti-nantikan sampai jugak ke tangan.. Dah lama tunggu tak muncul-muncul.. tapi hari jumaat, hari yang penuh barakah ni, sampai jugak kepada tuannya.. Lega.. Insyaallah... projek baru bakal menyusul... wah!!!! bunyi macam projek besar je kan.. projek untuk diri sendiri je... mana tahu kot-kot boleh pelan-pelan kayuh untuk bisness nanti (^_*) marah En.Hubby nanti.. kang dikatanya dah kurang masa untuk dia dan anak-anak... aishhh... mana boleh macam tu.. apa-apa family first la kan... InsyaALLAH... akan dipastikan semuanya terurus dan tak terabai k... 

Teruja....... macam tak sabar nak mula kan projek... 

OK... nak beralih topik kejap... 
Pengalaman preggy....  Now dah 30minggu.. bila dah masuk minggu ke30, hati makin cuak + berdebar-debar... Rasanya kalau boleh dengar degupan jantung ni.. maunya sebatu dah boleh dengar... ha ha ha over sangat... tapi serius... cuak beb!!!!... walaupun dah ada pengalaman sebelum ni, tapi masih takut... Now aku dah tak dibekalkan ubat 4 serangkai tu lagi... sebabnya HB tak naik-naik.. asyik maintain 10.6 je.. Last 2 week.. Doc tukar ubat biasa tu ke 'zinccofer' (mcm ni kot ejanya.. lupa la).. Lepas 2 minggu ambik zinccofer ni.. alhamdulillah.. bacaan HB naik ke 10.8... Fuh!!! lega.. kalau tak naik jugak... tak tau la ubat apa lagi yang Doc nak bagi selain dari bebelan merdu dari Doc yang aku kena tadah setiap kali HB tak naik. Ubat ni pun dikatanya ubat terkawal.. Hanya Doc je yang boleh bagi ubat ni.. Nurse tak boleh bagi..

Baby dalam perut mama ni pulak.. uishhhhhhh... aktifnya... sekarang.. dah kuat bergerak.. masa mula-mula dulu.. gerak-gerak biasa je.. tapi sekarang.. mashaALLAH... gerakan dia dah terasa kuat sangat.. sekarang Mama dah susah nak tido.. bukan sebab baby kacau mama.. tapi sekarang setiap hari pukul 3 atau 4 pagi.. mama mesti terjaga... bila dah terjaga dah tak boleh tido.. pagi tadi bangun pukul 2pagi sebabnya Alisha gatal-gatal... bangun sapukan minyak.. tak hilang-hilang gatalnya... sian pulak anak mama ni.. dah besar pun masih gatal-gatal lagi.. erm... susah hati mama... dah sapu minyak... gosok-gosok sikit.. akhirnya tido jugak anak mama tu kul 3.30 pagi.. aku pulak memang dah tak boleh tido.. jadi terus bangun.. sapu sampah, basuh baju, sidai baju, lipat baju... ada masa sikit lagi sebelum subuh solat tahajud + baca al-quran.. selesai solat subuh.. terus masak untuk breakfast anak mama... 

Selera makan sekarang... bukan main berseleranya... dah 2 kali kena warning berat naik over sangat... hi hi hi.. ye la.. kali ni tak de masalah selera makan.. tak sama masa mengandungkan Alisha dulu.. memang tak lalu makan langsung masa tu.. tapi aku paling ingat... En Hubby selalu buatkan sandwich sardin + mayonis... masa tu.. ini je yang berselera.. hari-hari En Hubby buatkan... Rindu jugak pengalaman masa mengandungkan Alisha dulu... Rindu jugak keletah Alisha masa baby dulu.. Rindu jugak pengalaman berulang alik kerja dari putrajaya ke KL naik ERL dengan perut yang boyot tu... Banyaknya pengalaman yang dah aku lalui... Rindunya.... Andai masa boleh diputar balik... erm....... nak putar ke masa bila ea? zaman kerja ke? zaman sekolah ke? zaman kanak-kanak ke?

Tempek gambar Alisha kat sini... Rindu Alisha...







**mama rindu alisha, alisha comel sangat, hope bila mama dah tak de nanti, Alisha buka blog ni dan baca isi hati mama, Sayang Alisha sangat-sangat**... 

Thursday, October 9, 2014

MEMILIH SET BERSALIN YANG SESUAI

Haih!!!!...
Pening jugak memikir nak memilih set bersalin dan bengkung yang sesuai.. Sebelum ni dah pernah survey beberapa set bersalin yang femes... and lastly aku dah decide nak pilih set bersalin leesa formula.. Nak beli dengan bengkung sekali.. Tapi balik kampung baru ni kakak ipar cakap bengkung alfiat bagus.. cepat kempis perut katanya.. Ye la.. dia kan baru bersalin.. Baru je lepas pantang... 

Dah tetiba balik sini, mula la pulak aku rungsing, nak pilih yang mana satu ni.. aishhhh... kena survey lagi ni... kena betul-betul pilih..

Sebelum ni masa bersalin dekat Alisha tak fikir pun pasal semua ni.. sebabnya semua mak aku yang sediakan.. Warisan turun-temurun set bersalin dari mak aku sendiri... Tapi...... mak dah tak de... terpaksa la aku fikirkan semua ni sekarang.. 

Kenapa mak pergi cepat sangat :'( 

 

Wednesday, October 8, 2014

CARA DELETE BLOG

Assalamualaikum..
Aku baru je delete blog yang aku tak nak.. Sebabnya terlalu banyak blog yang aku create.. ada blog bisness dan juga blog-blog lain.. Dan ada yang langsung aku tak maintain pun.. Jadi aku ambik keputusan untuk delete blog yang aku tak nak tu.. Jadi kat sini aku share tutorialnya ea..

First sekali Log In blog macam biasa >> then dah masuk blogger dashboard >> pergi ke blog yang korang nak delete.. >> klik icon seperti kat bawah ni >> then click setting



Di bawah setting akan ada beberapa list lagi >> then pilih OTHER


Tengok di bahagian atas page, ada Blog Tools >> then pilih Delete Blog

Dah siap.... Dah delete pun blog yang anda tak nak tu.. Simple kan... Selamat Mencuba

Monday, September 29, 2014

ARIANI SALE 2014

Assalamualaikum...

Sempat jugak hari ni terjah sale arini dekat bangi... hi hi hi... boleh dikatakan murah giler la..
5 helai boleh dapat RM100.. erm.... bestkan.. dan yang paling penting.. bila pakai memang ngam je dekat muka ni.. tak gaduh susah-susah nak pasang pin dah. 

Sale semperna aidiladha ni akan berlangsung sehingga 4 OKT 2014. So bagi yang belum pergi, sempat lagi nak pergi..

Happy Shopping...

Wednesday, September 24, 2014

AMIN

Tetiba rasa nak selesema pagi ni... Owh!!! jangan la.. Please.. jangan selesema or demam dalam masa terdekat ni.. sebab My En Hubby nak outstation :-( 

Sepatutnya pagi ni My En Hubby dah pergi outstation.. Tapi mohon kelonggaran dengan bos dia, esok baru pergi. Team lain semua dah pergi.. My En Hubby risau jugak nak tinggalkan aku saat ni.. sebab lately selalu pulak pening-pening.. My En Hubby cuba minta pengecualian untuk kali ni.. tapi tak dapat.. Kena pergi jugak... So.. nak buat macam mana.. tuntutan kerja... Tapi yang pasti... pagi esok pergi... pagi jumaat dah gerak balik.. Orang lain pergi jalan-jalan.. ye la.. dah alang-alang PRK kali ni di kelantan kan.. banyak la tempat nak shopping..  tapi My En Hubby nak terus gerak balik.. sebab risau kan isteri dia yang sorang ni ha...

Esok check up... My En Hubby tak de untuk temankan.. Tak pe lah... Semoga perjalanan My En Hubby selamat pergi dan selamat pulang... Ayang sentiasa doakan yang terbaik untuk abang.. Apa yang penting keselamatan abang pergi dan balik.. InsyaALLAH semoga semuanya dilindungi ALLAH.. Amin

Monday, September 15, 2014

AYAT-AYAT NOVELIS

Alhamdulillah... 

Pagi ni.. pagi yang indah.. Cuaca diluar nampak redup dan mendung atau mungkin penglihatan ini dikaburi dengan tinted yang dipasang pada cermin tingkat yang sekali gus menyembunyikan dari cerita asal diluar sana. Suasana di pejabat pun sunyi sepi.. Ada yang cuti, bawa anak jalan-jalan atau pulang ke kampung di kala cuti sekolah baru bermula. Yang kedengaran hanya bunyi keyboard yang menari-nari tanpa irama dan sekali sekali suara rakan-rakan kedengaran.. itu pun kadang kala sahaja.. Ada juga yang masih hibernate dalam bilik, Monday blues mungkin!!!.. Kerja 1 hari.. Esok cuti semperna Hari Pembentukan Malaysia : 16 September. 

Pagi ni berkesempatan untuk menjengah beberapa blog.. Hati mula tertarik dengan 2 blog yang cantik dan simple tapi kandungan dan penyampaian yang berbeza.... Rutin yang sudah agak lama aku terlepas. Membaca kandungan blogger-blogger lain kadang-kadang membuatkan diri seolah-olah mengenali mereka secara dekat... Walhal.. ianya hanyalah di alam maya.. Blog pertama yang aku baca, bait-bait ayat yang digunakan tersusun dan indah dibaca, seolah-olah ayat novelis.. Dan ceritanya membuatkan aku terpikir.. hidup tak selalunya indah.. adakala badai datang tanpa di duga.Tapi siapalah kita untuk merancang masa depan mengikut apa yang kita mahu, semoga beliau tabah dengan apa yang berlaku.. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. 

Blog yang kedua pula, banyak memberikan aku inspirasi deko. Susun atur rumah yang kemas dan cantik... memberi ilham untuk aku dan My Hubby menyesuai padan perabot dan hiasan rumah. Boleh dikatakan seolah-olah memang Jodoh untuk membaca blog beliau, kerana saat ini aku dan My Hubby sedang usaha menghiasi rumah. Semalam baru sahaja selesai memilih dan membeli perabot untuk bilik princess kami.. InsyaALLAH tema merah putih bakal menghiasi kamar puteri kami itu. Keceriaan dah terpancar dari wajah Alisha.. hari sabtu ni perabot sampai.. bermula la inspirasi deko aku dan My Hubby untuk bilik puteri kami. 

Friday, September 12, 2014

REWARD YOURSELF

Assalamualaikum....

Sekejap sahaja, hari ni dah hari jumaat. Terlalu cepat masa berlalu minggu ni.. Hari ni agak Busy kat opis untuk preparation training dan preparation projek validation some of field dalam sistem... And next week adalah minggu yang super busy.. Erm... Maybe Yes!!!... Maybe Not!!!if everything ran smoothly.

Reward Yourself???
Kadang-kadang ada benda yang kita teringin sangat nak beli... Dan tetiba tu jugak la kewangan merudum... adoiiii aiiiii... So macam mana nak buat??? 
Ada satu hari ni, sambilbreakfast kat opis, borak-borak.... and one of my friend cerita kawan dia akan saving RM5 kalau dia dapat duit RM5.. 

CONTOHnya.. kita beli barang guna duit RM10.. harga barang maybe dalam RM2.50.. so ada baki RM7.50.. dan penjual tu bagi sekeping RM5 + RM2 + RM0.50 = RM7.50. So RM5 tu dia akan simpan sampai banyak mana dia nak... then dia akan beli la apa yang dia impikan...

Erm......... Menarikkan!!!!!!

Sejak 2 minggu lepas aku dah start kumpul RM5 ni tau... and now baru dapat RM20... hi hi hi... OK la kan.... sikit-sikit... lama-lama jadi bukit.... dan kalau still tak guna... lama-lama jadi gunung (*_^)


hihihihihihi... ni la hasil sejak 2 minggu lepas... harap-harap akan bertambah..

Thursday, September 11, 2014

CARA NAIKKAN HB UNTUK IBU HAMIL

Hemoglobin Rendah atau HB Low!!!!!......

Hu hu hu... setiap kali check up, ini la masalah yang aku selalu hadapi... Dan setiap kali tu jugak aku  mesti dapat ceramah free dengan nurse.. Tapi semua tu untuk kebaikkan aku dan baby jugak. Sebenarnya aku sendiri pun dah buntu macam mana cara nak naikkan bacaan HB aku ni. Apa yang nurse cakap semuanya aku follow. Nurse cakap :
  • Kena banyakan makan makanan yang mengandungi zinc - aku follow
  • Kena banyakan makan sayuran hijau - aku follow
  • Jarakan pengambilan kalsium dan zinc, sekurang-kurangnya 2 jam - aku follow
  • Jangan / kurangkan kafein, teh dan KOKO - aku follow
Semuanya aku ikut, tapi bacaan HB masih sama. Masih 10.5. Bila nak naik tak tau la... Last 2 weeks kena jumpa DOC sebab dah 3 kali berturut-turut bacaan HB static.. Since kandungan 4 bulan terus kena check up 2 minggu sekali... Semuanya gara-gara HB low... Dan DOC suggest :
  • Ambil zinc bersama dengan juice or makanan yang mengandungi vitamin C,  untuk bantu penyerapan Zinc - aku follow.
And Today!!!!!...... Yeay!!!!! Finally aku berjaya naikkan HB, walaupun bacaannya hanya 10.6 but it's OK... at least naik daripada turun kan...So.. next time memang kena banyakkan pengambilan Vitamin C bersama dengan zinc.. And now aku tengah praktikan ambik ubat yang DOC bagi dengan jus.. Jus Oren lagi better, sebab Oren memang kaya dengan Vitamin C... Dan kalau boleh amalkan jus yang buat sendiri, sebab kita boleh control kandungan gula. Kalau juice yang dekat pasaran tu kandungan gulanya tinggi.
 
Kenapa perlu kurangkan pengambilan kafein, KOKO atau teh?
Ini apa yang nurse and DOC cakap... Kurangkan atau kalau boleh tak ambik terus pun lagi bagus.. Sebab minuman berkafein dan KOKO ini boleh mengurangkan atau menghalang penyerapan zinc tersebut. 

Sama jugak dengan pengambilan Kalsium. Ibu-ibu hamil memang digalakan ambil kalsium... Sebab kalsium ni untuk ibu jugak.. Nanti kang habis sakit sendi la, sakit kaki la... Pernah tau orang yang kurang kalsium, masa nak bersalin tu tetiba kaki kejang.. Dah sudah.. macam mana nak meneran? itu yang membuatkan koyakkan jadi banyak.. So... Kalsium kena ambik tapi jarakan jugak masanya sekurang-kurangnya 2 jam. Sebab zinc tak boleh ambik sekali dengan kalsium. Kalsium jugak menghalang penyerapan zinc tersebut...

Jadi inginkan yang terbaik untuk baby kan... So follow la apa yang nurse and DOC cakap... Alah.. tak lama pun.. kejap jer...  [sambil pejam mata, hu hu hu ... ada perkara tersembunyi disebalik kata-kata tu] (-_-) hu hu hu aku penggemar KOPI. Tapi kalau rasa teringin sangat-sangat tu, boleh la minum, tapi jarakan 2 jam selepas atau sebelum ambil ubat or zinc. 

p/s : hope tips ni boleh bantu ibu-ibu hamil diluar sana yang mengalami masalah yang sama macam aku... Semua tips2 ni adalah dari DOC dan Nurse yang aku selalu jumpa... maybe next time aku akan sharekan makanan yang kaya dengan Vitamin C dan Zinc.. InsyaALLAH.... sekiranya masa mengizinkan...

Wednesday, September 10, 2014

KETERUJAAN MELAMPAU.......

Pagi ni datang ke opis di sapa dengan bunyi "Katak". Terkejut beb.. kuat pulak tu bunyinya. Terus teringat Lagu "Si Katak" nyayian Mark Adam. Lagu yang simple dan seronok didengar... Tak de note tinggi-tinggi macam sesetengah lagu yang bila didengar hampir pecah gegendang telinga.. Sori... Maybe type aku suka lagu yang simple je... {Tetiba..... dari programmer bertukar jadi pengarah muzik.... hi hi hi hi } Tapi ini fakta... bukan semua orang suka dengan lagu yang nada tinggi-tinggi.. Dan salah seorangnya adalah Aku.... ha ha ha..
Alisha demam since hari isnin malam.. balik dari school muka dah monyok jer... Kesian dia... Aku paksa juga ke school.. Sebab kalau ikut tentative school program 9 September ada pengambilan gambar untuk Gambar Kelas, iaitu hari Selasa. Aku dan My En Hubby dah plan nak beli gambar tu untuk kenangan.. Sayang la kalau Alisha tak hadir.. Sebab sesi pengambilan gambar dah tak de ulangan.. Tunggu tahun depan la pulak... itu pun kalau berkesempatan.. Tapi lagi kesiannya bila semalam pergi school, baca dekat notice board pengambilan gambar kelas 10 September, hari Rabu iaitu hari ini... Ala... sian anak mama.. Tapi untuk ceriakan hati anak mama... mama hadiahkan dengan beg baru... Beg frozen.. tak sempat snap pic.. bateri handphone asyik kong jer... Of course anak mama happy giler...

Alhamdulillah.. now Alisha dah tak de masalah bangun pagi dan tak meragam dah bila nak ke school.. Hari-hari bagaikan Hari yang ceria untuk dia... Alhamdulillah.. mungkin dah ambik sikit-sikit aura untuk jadi kakak... Gud Sayang.... Mama Love u so much..

Tetiba baru-baru ni Alisha tanya...
"Mama.... Alisha nak jadi kakak ke? Nama jadi Kakak Alisha ke?"

Tetiba dalam hati terdetik.. Faham ke tidak anak aku ni... Apa yang dimaksudkan dengan kakak ni.. Tapi so far... dia tahu siapa itu adik... Sebab dia kata.. 

"Adik tu baby lagi macam baby Alisha.." Sambil tunjuk anak patung dia tu.

Bila nak ada adik ni, Alisha makin manja... Tidor hari-hari nak kena peluk.. nak kena tepuk/dodoi.. Dah macam baby pulak.. Saja tanya Alisha.. 

"Kalau Alisha nak tepuk, nak peluk, nak tidor dengan Mama, abih adik nak tido kat mana? Tido dengan Abah la... " aku terus jawab... 

Terus terdengar ketawa My En Hubby kat sebelah....

OK... sebut pasal baby ni, alhamdulillah... Orang cakap instinct ibu mengandung tu selalunya tepat. Dari awal kehamilan, aku macam dah dapat rasa jantina baby dalam kandungan... Cuma tak sure sangat. Semalam DOC pun ada sebut benda yang sama..

Semalam pergi check up di Hospital Az-zahra.. and very surprise... bila scan kami dapat tahu jantina baby dalam kandungan aku ni... Ya Allah... beb... teruja sangat-sangat.... sehinggakan aku tersenyum simpul + tergelak-gelak masa DOC dok scan perut masa tu... Doc pun susah nak scan sbb perut asyik gerak-gerak disebabkan aku asyik tergelak-gelak... Terus aku cakap dekat DOC.. 

Maaf, DOC saya teruja sangat.. 
DOC pun cakap.. Ye la.. dah 5 tahun kan tunggu.. DOC pun asyik senyum-senyum tengok gelagat aku..

Lepas dah siap scan... Terus cakap dekat My En Hubby
"Nampak tak baby apa?" 
  
My En Hubby pun senyum tak habis-habis... sampai ke kereta pun masih tersenyum-senyum.. Sama la dengan aku... Rasanya sampai hari ni pun masih tersengih sorang-sorang (*_^) Sebenarnya..... sebelum masuk jumpa DOC semalam, aku ada cakap dengan My En Hubby yang aku nak nama kan nama baby dengan nama A-----, terus My En Hubby tanya?

Kenapa pilih nama tu?
Aku jawab : ntah... tiba-tiba terdetik dengan nama yang sebegitu..

So now.... aku tahu kenapa tiba-tiba aku terdetik nak pilih nama tu... Tapi nama tu masih dalam perancangan... belum betul-betul decide...

Kenapa aku check up kat Hospital Az-zahra?? This is my reason :
Ini back up plan.. kalau masa nak bersalin nanti buatnya Hospital Putrajaya penuh... mana lagi nak pergi kan... Tahun 2009 situasi ni pernah berlaku pada aku, masa tu bukaan dah 2cm.. pergi Hospital Putrajaya, tapi ward penuh... Jadi DOC minta aku pergi Hospital lain, jadi aku kena cari Hospital lain samaada Hospital KL, Serdang or Kajang.... Masa tu selok belok KL memang tak berapa terer... So HKL terkeluar dari list, Hospital Kajang sesak (ini dalam fikiran aku sahaja, realiti aku tak pasti, maybe tak seteruk yang aku bayangkan). Jadi sama jugak Hospital Kajang terkeluar dari list aku. So yang tinggal hanyalah Hospital Serdang sahaja, terus pergi tanpa pikir apa-apa.. Bila sampai ke Hospital Serdang, sama jugak... Hospital serdang full.. Tapi DOC kat situ masih intertain aku.. and diorg find out.. aku kategori berisiko.. jadi dia terima aku untuk bersalin kat sana... Boleh bayangkan tak perasaan aku masa tu.. Menanggung kesakitan nak bersalin + mencari Hospital untuk bersalin... Dalam perasaan sakit + celaru + risau.. semua bercampur aduk.. And aku baru dapat info dari one of my ofismate .. Now Hospital Putrajaya dah Join Venture dengan Hospital Kajang dan HKL.. So.. mana-mana patiene yang nak bersalin tapi ward penuh akan di hantar ke hospital berkenaan.. But for me.... why not aku prepared awal-awal kan... So.. incase Hospital Putrajaya full... aku akan pergi private hospital... Tapi kena guna duit saving... but it's OK... for my baby... bukan tak percaya dengan Hospital kerajan... No.. No... No... tidak sama sekali... Cuma this time.. aku dah ada Alisha.. Alisha baru 5 tahun.. kanak-kanak tidak dibenarkan naik ward.. Jadi.. pada masa aku nak bersalin nanti... aku sendiri tak tahu apa kemungkinan yang berlaku.. ada yang bersalin awal... ada yang terlebih due.. Macam history aku terlebih due.. Jadi kalau aku pilih private hospital... incase mak mertua tak sampai lagi... at least Alisha boleh stay dengan aku dekat ward or.. aku kena bersalin sorang-sorang tanpa ditemani My En Hubby (boleh ke aku... hu hu hu... maybe boleh tapi sedih.. feeling anak manja... ni la peelnya). Dan bila dah lepas bersalin Alisha boleh stay dengan aku dekat ward... tak de la terpikir-pikir dekat Alisha nanti...

10.45pm tadi, dapat call dari Tadika Alisha... Alisha merengek-rengek, mengangis... Sambil cakap Alisha nak mama... Alisha nak Mama... hai...... sedih hati ni... hu hu hu... Mama pulak hati tisu... kena air abis hancur..Tengahari nanti kena pergi ambik, try minta half day dekat bos... kot-kot lepas.. boleh ea BOS... BOS kan baik.. ha ha ha.. tetiba.. selalunya kalau jumpa BOS mesti bergaduh...

ok... experience aku bersalin kat atas tu, maybe tak sama macam orang lain tau.. hope ianya tidak menggangu mana-mana perasaan dan mana-mana pihak.. of course apa yang terjadi ada sebabnya... and now maybe dah banyak penambahbaikan yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk menangani segala kesulitan dan segala kelemahan yang ada.. so... no worries...

p/s : entry ni panjang sikit.... disebabkan keterujaan melampau....



Tuesday, August 26, 2014

HERSKIN : FLAWLESS SKIN TOTAL REPAIR SET.




HERSKIN FLAWLESS SKIN TOTAL REPAIR SET diasaskan oleh Hani Elia Rousli - pengasas label fesyen Muslimah tempatan, Al-Humaira Contemporary (Al-Humaira).
Herskin ialah set penjagaan kulit berasaskan kandungan semula jadi tanpa bahan kimia berbahaya. Herskin dipasarkan pada penghujug Mei 2014 terdiri daripada empat produk penjagaan asas kulit iaitu pencuci muka, penyegar, krim siang dan krim malam. Ia diformulasi dari Switzerland dan disesuaikan mengikut kulit masyarakat Asia.


Bahan-bahan yang digunakan adalah Madu, Minyak jojoba, ekstrak timun, kolagen ikan kod dan tumbuhan alpine dari Switzerland turut mengisi label kandungan jenama ini sekali gus membentuk 95 peratus ekstrak tumbuh-tumbuhan secara keseluruhan. Produk tanpa ekstrak haiwan.


"SEAWAL 1 MINGGU"

KULIT BERJERAWAT & BERJERAGAT?

Hanya gunakan Herskin dua kali sehari dan lihat kesannya seawal 1 minggu.
  • 100% dari bahan semula jadi
  • Keluaran Bumiputera Muslim
  •  Mempunyai kelulusan KKM
  • Tiada bahan kimia terlarang
  • Sesuai untuk semua jenis kulit & umur.
Herskin "Flawless Skin Total Repair Set mengandungi 4 item:

1) Facial Cleansing Bar

2) Skin Toner

3) Day Cream SPF 30
 

4) Night Cream 

Set lengkap ini boleh bertahan sehingga 5 minggu!
- Merawat kulit berjerawat
- Menghilangkan parut jerawat
- Mengawal minyak berlebihan
- Mengurangkan Jeragat
- Melembapkan keremajaan kulit
- Mengecilkan liang pori
- Menjadikan tona kulit lebih sekata
- Serta merawat pelbagai lagi masalah kulit anda.

BAGAIMANA HERSKIN BERFUNGSI?
Herskin berfungsi melalui 2 Fasa :

Fasa 1 :
Herskin akan membersihkan segala toksin / kotoran yang tertanam di dalam kulit wajah. untuk sesetengah orang, jerawat mungkin akan keluar untuk tempoh beberapa hari semasa proses pembersihan ini.

Fasa 2 :
Selepas fasa pembersihan, Herskin akan terus merawat kulit anda. InsyaALLAH perubahan akan dapat dilihat dengan ketara seawal seminggu penggunaan. Jerawat dan masalah lain semakin hilang, kulit wajah semakin flawless dan cantik berseri secara semulajadi.

CARA ORDER HERSKIN SKINCARE "FLAWLESS SKIN TOTAL REPAIR SET'
SMS/WHATSAPP : 019-4296954 

BAGAIMANA MENJADI AGEN HERSKIN?
Pendaftaran dan pengambilan agen herskin juga dibuka sekarang. Boleh SMS/Whatsapp ke 019-4296954

Tuesday, August 19, 2014

PENGALAMAN MINUM AIR GULA UNTUK IBU HAMIL

Assalamualaikum..

Dah masuk 23 minggu usia kehamilan aku. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.. tak de masalah sangat. Cuma HB memang rendah. Last week siap kena ceramah dengan nurse lagi.. adoiii.... dah hilang punca nak buat macam mana.

OK.. tak nak cerita pasal HB low.. just nak story pasal pengalaman pertama aku minum air gula. Masa pregnant dekat Alisha.. aku tak kena minum air gula.. Alhamdulillah.. selamat.. Tapi pregnant kali ni memang kena minum... History my MOM ada kencing manis.. So... aku ikutkan je la.. kang jadi apa-apa nanti susah pula kan.. 

Aku dah start kena puasa pukul 10mlm malam sebelumnya.. tak boleh makan dan minum. Next day.. appointment kul 8pg, tapi masa pergi klinik kesihatan presint 3, putrajaya dah berbaris penuh sampai ke luar pintu.. daripada 50 lebih orang aku dapat no yang ke 47.. jadi tunggu la sampai nama dipanggil.. Ambik darah kali pertama sebelum minum air gula pukul 8.50 pagi.. selepas 2 jam (lepas minum air gula) ambik darah kali kedua dalam pukul 10.50pagi.. aku tengok orang yang sebelum-sebelum aku ni steady je minum.. macam tak de perasaan jer... OK ker diorang ni.. mula la terpikir macam-macam.. So nak sedapkan hati.. erm.. OK kot... mesti sedap..

Masa minum air gula tu.. hidu dulu.. OK.. not bad.. bau manis and bau oren je.. tapi bila dah start minum.... Astarfirullahhalazim... susahnya nak menelan... hu hu hu.. manisnya yang amat.. cuma mungkin disebabkan dah ada perisa oren.. jadinya boleh jugak la aku telan.. orang sebelum aku ni kebanyakan dapat dalam cawan plastik.. cawan merah tu.. tapi bila dah sampai part aku cawan plastik tu dah habis.. jadi minum la dalam cawan ni, nasib baik dapat cawan ni.. kalau dapat cawan plastik tu rasanya aku dah muntah awal-awal lagi :

this pic from GOOGLE.. kredit to the owner of this pic.. TQ







Rupanya lebih kurang begitu la.. cumanya xde ais dan straw.. dan warnanya lagi pekat.. Kena minum satu cawan bagi habis.. aku.. kononnya tak nak lah ambik masa lama-lama sangat masa minum air gula tu.. takut termuntah plak kat situ.. jadi aku minum 3 kali teguk je.. then terus blah balik ke tempat duduk.. 15 minit pertama dah start rasa sumthing dekat dada... rasa macam ada benda tersekat.. dan rasa sesak bahagian dada... bertahan dan tak nak muntah.. dalam pukul 9 lebih tu, ada seorang patient muntah... aku pulak jenis yang memang tak boleh tengok or dengar orang muntah.. nanti aku pulak yang terjebak sama.. Jadi kena bertahan. sebab tak nak kena minum kali kedua.. cukup-cukup lah sekali je..

Masa menunggu tu... Ya Allah... lamanya.. setiap kali tangok jam baru 5 minit... kali kedua tengok jam baru 10 minit.. last-last buka novel.. baca.. 3 kali tengok jam dah  pukul 10.20pagi. nurse-nurse pun dah start nak ambik darah untuk kali kedua.. aku orang yang ke 47.. jadi tunggu la dalam kul 10.50pagi.. selesai... Lepas selesai.. pergi makan tapi terus tak boleh nak telan.. automatik nak muntah.. makan ala kadar.. My En Hubby hantar aku balik rumah.. terus tido.. bangun tido.. dah rasa OK.. lepas solat jummat terus g kerja semula... Resultnya lagi 2 minggu.. so kena tunggu keputusannya lagi 2 minggu... Bye..

p/s : ni pengalaman aku.. mungkin pengalaman korang berbeza.. aku jenis yang ala manja-manja gitu.. ha ha ha..