Pages

Friday, September 27, 2013

TANDA-TANDA CACING

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Entry ni sebenarnya dah lama dikarang.. tapi tak sempat nak siapkan sepenuhnya entry ni.. OK juz nak share dengan parents kat luar sana.. tanda-tanda cacing dalam badan anak-anak kita... Biasa kalau pergi check up kat klinik ada doktor bagi ubat cacing kan.. tapi aku tak berapa ingat umur anak aku masa tu baper tahun... tapi dalam 1 or 1 tahun 6 bulan macam tu la... since that memang aku dah tak pernah bagi Alisha ubat cacing.. Then... last 2 weeks dia asyik garu-garu bontot dia. sorry if perkataan bontot tu agak kasar, but i'm not sure perkataan apa yang sesuai.. or maybe boleh guna perkataan ni kot "punggung".. 
 
Then tiba-tiba terfikir tentang tanda-tanda cacing... so terus google dan apa yang aku dapat adalah... "yup one of symptom adalah gatal-gatal punggung especially malam".. Keesokannya terus pergi farmasi dan beli ubat cacing.. actually ubat cacing ada 2 jenis.. bentuk tablet dan cecair... depends pada uoll la mana yang sesuai untuk anak-anak anda..

Sepatutnya ubat cacing ni kita perlu bagi pada anak-anak adalah 6bulan sekali... Orang dewasa pun kena ambil juga tau ubat cacing ni..

OK kat sini ada sikit info tentang keperluan ubat cacing untuk kanak-kanak dan kat sini jugak tanda-tanda cacing

Saturday, September 21, 2013

LUMIERE FACE SAVON by Treenea

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sharing Info Produk terbaru Treenea :


"Lumiere Face Savon, dirumus khas oleh pakar dengan menggunakan formula teknologi terbaru untuk menghasilkan kulit yang cantik sehalus bayi. Ia diadun bersama 8 bahan aktif utama untuk mendapatkan hasil yang berkesan tanpa kesan sampingan.

ANTARA SALAH SATU BAHAN DI DALAM LUMIERE FACE SAVON ADALAH MADU.

Madu mempunyai sifat penyembuh alami yang terdiri dari enzim, antioksidan, dan anti bakteria yang boleh membantu membersihkan kulit.

Selain itu, madu merupakan pelembab semulajadi yang sangat bagus. Madu juga dapat mengurangkan kelebihan minyak pada kulit." 
Untuk order boleh PM ke Khaiza Beauty Shop ea.. COD sekitar putrajaya, cyberjaya, bangi pun boleh...
Harga : RM49 - 1 Box, RM90 - 2 Box
 

Friday, September 20, 2013

FAREEDA AISYA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Entry ini khusus kepada peminat-peminta tudung fareeda.. 

image from FB page Fareeda Nyata Jelita
  Para jelitawan FAREEDA boleh dapatkan FAREEDA AISYA di Butik FAREEDA Bdr Baru Bangi dan juga Butik FAREEDA Pulau Pinang.

CANTIK WANITA PADA OTAKNYA...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Log In FB pagi ni.. terus ternampak 1 post ni yang membuatkan aku tersedar dari lamunan.. ai ceh.... bermadah pula.. ha ha ha.. 
 
OK... jom aku share kan post tu kat sini ea...
 
~CONTOHI BELIAU~
Pengasas Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim:
"Ketika simpanan saya ada RM 8 juta di dalam bank, saya masih memandu MyVi. Sekarang pun saya lebih selesa memandu Toyota Prius dari rumah ke pejabat. Handbag saya pula hanya berharga RM 200 dari Guangzhou!"
"Bagi saya, kecantikan wanita itu pada 'otaknya'. Apa guna pakai barang-barang berjenama tetapi tiada 'otak' dan malas berusaha"

So.... Ini pesanan aku pula : 'hidup biar sederhana dari pada kedana'... biarlah orang nak pakai apa pun... motor dua tiga bijik.. keta tak main la keta local.. semua import.. biar la.. itu cara mereka.. tapi bukan cara kita.. duit mereka bukan duit kita.. biarlah kita hidup cara kita.. tak semestinya perlu ada semua itu untuk hidup bahagia.. Bahagia dan ketenangan tu sebenarnya bermula dari hati.. hati ikhlas, bersih, insyaallah sentisa tenang dan bahagia. 

And 1 more thing.. kecantikan tu bukan sekadar paras rupa je tau... walau cantik mana pun jangan sesekali riak.. 

Friday, September 13, 2013

MUSIM DEMAM & SUPPLEMENT TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia 

Sekarang ni musim demam la... My Little Princess pun baru baik demam.. Alhamdulillah sejak aku amalkan mealshake shaklee ni My Princess dah kurang demam.. Kalau tak sebelum ni memang every month ada je EL.. Doktor yang selalu aku bawa Alisha pergi check up pun cakap.. "erm... dah lama tak datang".. Doktor pun perasan.. of course la kan.. memang klinik tu je yang kitaorg pergi bila Alisha tak sihat..

Seronok sebenarnya dapat duduk rumah.. rehat-rehat.. tapi bila datang je attandance list berderet je absence.. erk... mula buat muka kelat.. sebabnya.. cuti tahunan pun berkurang kan.. Tapi nak buat macam mana.. anak demam.. pengasuh pun tak nak jaga... katanya merengek je.. hu hu hu.. dilema bila wanita bekerjaya..

OK.. juz nak share dengan korang semua... anak one of my ofismate kena virus kuku dan mulut.. so kita ibu-ibu ni kena lebih care pasal anak-anak kita.. takut-takut tak perasan kan.. Aku pun tak sure musim or apa.. tapi lately macam dengar ramai jugak yang kena virus ni... So... kena lebih alert.. Mohon-mohon dijauhkan dari segala keburukan.. Amin..

Owh... sebelum terlupa.. korang-korang yang nak order mealshake shaklee PM aku kat FB page Shaklee Distributor ea..

Ni adalah cadangan supplement yang aku boleh cadangkan untuk anak-anak anda :




Boleh tengok-tengok ea.. kalau berminat boleh like dan PM je kat page tu.. special offer..

Thursday, September 12, 2013

TIPS : KURANGKAN SENGGUGUT MASA HAID

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Hi.. semua.. Selamat Pagi.. Dah breakfast ke? Jangan lewat sangat breakfast ea.. Nanti lunch pulak.. Ramai antara kita yang skip breakfast.. Breakfast tu penting tau... 

Pernah tak korang alami masalah senggugut yang kronik..  Means.. sakit yang membuatkan anda terguling-guling, buatkan anda terbaring je.. Yup.. saya alamai perkara ni sebelum ni... Sakitnya serius tak dapat nak gambar kan.. Maybe boleh digambarkan rasa macam orang nak bersalin kot (ha ha ha.. over kan)... lebih kurang la.. tapi tak seteruk nak bersalin la..

nak dapatkan harga istimewa??? PM kat page ea...
Kata orang bila lepas kahwin rasa sakit tu berkurangan.. tapi pada aku sama je.. tak kurang pun.. But now.. semua tu dah hilang... sebabnya aku amalkan GLA Complex dari shaklee.. Yup.. mula-mula baca blog orang memang tak percaya sangat la.. Tapi bila sendiri dah cuba... yup... memang berhasil.. and period aku pun setiap bulan dah teratur... kalau dulu.. 2 bulan sekali baru datang period.. sekali datang.. mak aih... toksah cakap la kan... sakitnya bukan kepalang... 

p/s : ini betul-betul true story tau.. bukan main-main or bukan sebab kata orang nak lariskan produk je ea.. Benda baik of course la aku akan kongsi-kongsikan.. sejak dah amalkan shaklee dan aku percaya dengan produk ni baru aku join bisness ni.. bisness ni sangat ohsem.... Bagi yang nak join jadi pengedar a.k.a distributor shaklee @ juz nak amalkan / cuba sendiri supplement pun boleh PM aku kat sini ea FB page : Shaklee Distributor atau nak tengok produk-produk lain yang aku jual klik sini ea FB page : Khaiza Beauty Shop
 

KLINIK QISTINA SRI KEMBANGAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Pagi ni ada miting.. erm.. boring + ngantuk la nanti.. Sejuk sangat arini... Hujan semalam.. boleh tak tidor mati.. hujan pun tak perasan.. alih-alih bangun pagi tengok jalan.. pokok-pokok semua basah.. confirm la hujan kan..

Erm.. tengah pening nih... dah 2 hari Alisha tido tak nak pakai baju dan seluar.. katanya panas.. Mama macam blur.. Panas??? Mama punya la sejuk.. Aishhhh... ntah la.. Tapi kejap je.. aku biarkan dia tido dulu.. then dah nyenyak pakaikan la balik baju dia..

Last tuesday aku bawa Alisha pergi klinik Qistina Sri Kembangan.. Sebabnya.. Alisha gatal-gatal kaki tangan semua... membuatkan dia langsung tak boleh tido.. bila dia tak tido.. mama dan abah pun turut sama la tak tido kan... Adoiiii aiii... mama ni pulak memang jenis yang tak boleh tak cukup tido dan tak boleh tido kejap bangun tido kejap bangun.. Memang esoknya.. sampaike petang la kapala mama ding dong..  

  tengok muka anak mama.. bukan demam ea.. tapi baru bangun tido.. Ini la hasilnya.. Still mamai 



Kenapa aku pergi Klinik Qistina?
Sebenarnya kitaorg dah buntu.. dah tak tahu nak buat macam mana dan nak pergi mana disebabkan gatal-gatal di tangan dan tapak kaki Alisha ni.. Esoknya My En Hubby pergi ofis tanya-tanya member opis... dan diorg suggest untuk pergi Klinik Qistina.. Katanya.. kalau anak-anak diorg gatal-gatal memang bawa ke sana je.. berkesan katanya.. Tanpa pikir panjang My En Hubby terus ajak bawa Alisha pergi sini.. Now dah dua hari Alisha ambik ubat untuk makan dan sapu.. Alhamdulillah.. nampak macam OK...

Wednesday, September 11, 2013

SINOPSIS LAGENDA BUDAK HOSTEL

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.. 

Jom Tengok Wayang... Apa yang menarik??? Macam sangat-sangat teruja nak tengok movie ni "Lagenda Budak Hostel" di pawagan 12 September 2013

  
Sinopsis Lagenda Budak Hostel :
Mengisahkan gelagat pelajar hostel atau asrama iaitu Along Cham sebagai Kodan dan Along Eyzendy (Put) yang melakonkan watak pelajar tingkatan enam dan senior di sekolah berasrama penuh yang terpencil di sebuah pekan. Gelagat mereka cukup mencuit hati.
Apatah lagi, kedua-duanya cukup disegani dan digeruni pelajar lain di asrama itu yang berhadapan kes buli setiap hari. Bahkan, yang bagusnya setiap aktiviti nakal dilakukan Put dan Kodan tidak pernah ditangkap warden asrama, Cikgu Angah (Angah Raja Lawak). Malah, mereka juga bersaing merebut hati Seroja.

Seroja (Nora Danish) adalah anak gadis Cikgu Angah yang jelita. Justeru, dia menjadi pujaan ramai di asrama itu. Jadi, bagi mendapatkan perhatian Seroja, maka Put dan Kodan yang bersahabat baik sentiasa bersaing. Hinggalah, suatu hari muncul pelajar baru, Kicap (Epy Raja Lawak) yang sedia membatu.

Kicap mengingatkan mereka supaya bersaing dengan cara betul untuk tonjol kehebatan masing-masing yang akhirnya mampu menambat hati Seroja. Bahkan, Kicap mencabar Put dan Kodan supaya bertanding memenangi kerusi pelajar dan sekali gus berjaya memikat Seroja seperti yang diimpikan.

Masalah, hanya seorang saja yang akan berjaya memegang gelaran ketua pelajar itu. Maka, bermulalah 'peperangan' antara dua sahabat itu dalam usaha menarik undi siapa paling banyak. Malah, pelbagai taktik sanggup dilakukan mereka yang tidak mahu mengaku kalah demi mendapatkan cinta daripada Seroja.

Apakah usaha Put dan Kodan akan menemui kejayaan? Bagaimana pula dengan hubungan persahabatan mereka yang barangkali tergugat dengan persaingan itu? LBH pasti akan membuatkan penonton tidak kering gusi.

Lagenda Budak Hostel mengimbau kenangan pelajar yang menetap di asrama sekitar tahun 90-an hingga 2000. Ujarnya mengambil kira kesesuaian lokasi, pada era itu pun penggunaan telefon bimbit masih tak banyak. Namun, kebanyakan pelajar asrama pula dikenali menerusi kenakalan mereka dan sikap membuli.

Lokasi penggambaran filem Lagenda Budak Hostel : 
Sekolah Menengah Sains, Ulu Yam, Selangor

Barisan Pelakon Lagenda Budak Hostel :
Along Cham sebagai Kodan, Along Eyzendy (Put), Nora Danish (Seroja), Angah Raja Lawak (Cikgu Angah), Pekin Ibrahim (Aeron), Epy Raja Lawak (Kicap), Eddy Rauf (Ballon), Atikah Suhaime (Mila), Siti Aziz (Zakiah) dan Mikael Andre (Tobek)

SHAWL CHIFFON BARU...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Hi semua... korang suka pakai shawl tak? Bagi aku sendiri... aku sangat-sangat suka pakai shawl... sebabnya... kalau korang pernah baca entry aku yang ini "feeling ayu" , mesti korang tau sebabnya :-P

Tapi kali ni rasa macam sangat-sangat lah pelik aku pakai shawl ni.. Tengok orang pakai OK jer.. bila aku pakai ntah macam apa ntah...

Cer tengok... macam pelik tak??

 MasyaALLAH.... Bulatnya muka 

 

Tuesday, September 10, 2013

PERTUNJUKAN BUNGA API ANTARABANGASA PUTRAJAYA, PRESINT 5

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.. 

31 Ogos 2013 dah pun berlalu... tapi baru sempat aku nak bercerita tentang sambutan 31 Ogos.. Apa yang korang buat ye.. Aku tak pergi mana-mana pun... dok umah je.. mula-mula nak juga pergi tengok bunga api antarangba yang dekat presint 5 tu.. tapi malam 30 Ogos tu.. alisha tido awal la pulak... jadi memang stay kat rumah je la..

Malam 31 Ogos tu.. tengah aku ambil air sembahyang kat bilik air terdengar bunyi bunga api.. Tengok kat luar tingkap.. ermm... memang bunga api.. terus panggil alisha.. Bukan main seronok dia tengok bunga api... tak sangka pulak dapat tengok dari rumah je.. erm.. kalau macam ni tak payah susah-susah nak bersesak-sesak kan.. tengok je kat rumah.. memang mudah..  Untung rumah dekat presint 5.. Dalam 1/2 jam je pertunjukannya..

Katanya yang 31 tu dari negara korea.. Malam 30 tu dari Malaysia.. Ada lagi tau.. 13 - 15 September 2013 dan 2 Oktober nanti akan ada lagi sambutan bunga api antarabangsa.. yang tinggal berdekatan putrajaya.. datang la ramai-ramai ke presint 5, pusat Maritim... Boleh tengok bunga api live.. Macam-macam bentuk ada.. ada bentuk Love, Bintang, Kipas, Smile... dan bentuk-bentuk biasa pun ada... Cantik sangat.. cerah awan malam tu..

Muka happy giler... lepas tengok bunga api...
 

Monday, September 9, 2013

LUNCH DATE

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
 
Lepas COD barang tengahari tadi, terus pergi lunch dengan My En Hubby.. So My En Hubby ajak lunch dekat presint 11, putrajaya, malas nak pergi jauh-jauh.. sebabnya nanti makan masa banyak pula kan.. nak balik opis lagi.. so kita pergi dekat-dekat dah la... Lagipun aku suka lalu presint 11 tu.. ala-ala macam dok kat taman tasik taiping la rasanya... Teringat memori dulu-dulu... :-( Zaman belajar.. Sanggup jalan kaki ke taman tasik taiping dari bus stand taiping... boleh tahan jauhnya.. tapi jalan ramai-ramai kan.. tak rasa sangat..

Alih-alih pergi-pergi je, kedai tutup yang dihajati tutup... :-( sedih.. tak dapat nak rasa... My En Hubby cakap next time la pulak.. Nak buat macam mana tak de rezeki..Makan je la kat kedai lain..


My En Hubby.. sambil tunggu makan.. sambil borak-borak.. masa ni la yang kitaorg gunakan untuk bincang apa yang patut.. kalau kat rumah memang susah la.. nak layan my princess tu lagi kan.. ini tips kepada u olls.. kadang-kadang rasa susahkan nak bincang apa-apa dengan u'r hubby... buat macam kitaorg nih... sambil lunch sambil bincang apa-apa yang u oll rasa perlu.. dan masa ni juga rasa mcm kembali ke zaman cintan-cintun dulu.... auuuwwww.. feeling malu-malu gitu... tapi ingat... jangan gaduh pulak.. tips ni benefit pada aku la.. coz tempat kerja aku dan my en hubby dekat.. kalau jauh tu memang susah la kan... depends pada masing-masing.. semua orang ada cara tersendiri..

Lately.. mulut tak bape sedap...  Makan pun ala kadar je.. buat alas perut... Nak selera makan kembali macam dulu... Please... Seksa rasa makan tak rasa apa-apa ni.. 

p/s: tak baik merungut... semua tu kan dugaan jer... pikir yang baik-baik je k... 


KARNIVAL USAHAWAN DESA 2013

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Since aku tinggal kat putrajaya ni macam-macam aktiviti yang ada.. Dan yang terbaru dan bakal memeriahkan suasana di Putrajaya bulan september ni adalah Karnival Usahwan Desa 2013 yang diadakan sekitar perkarangan Laman 1 Malaysia, Presint 2 Putrajaya bermula 25 September hingga 29 September 2013 ini..

Jom datang ramai-ramai ke Putrajaya 25 sept ni..

 Bagi yang tinggal berdekatan Putrajaya dan kawasan-kawasan sekitar putrajaya boleh la meluangkan masa bersama-sama family ke karnival ini... 

Keluarga kecik kami pun insyaallah... jika tiada aral akan sama-sama ke karnival ini.. untuk memeriahkan suasana.. Datang la beramai-ramai ea...

Friday, September 6, 2013

PROTON SUPRIMA S

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Apa komen anda semua tentang Proton Suprima S?? 

image from google
Aku ada jugak lah dapat komen-komen dari beberapa orang.. Ada diantaranya juga komen-komen di facebook.. Ada yang bagi feedback positif... ada juga yang bagi feedback negatif.. Biasa la.. bila buatan negara sendiri je.. kadang-kadang ada yang memperlekehkan jenama negara sendiri kan.. Biasa la... hak orang.. kita tak boleh nak buat apa.. Masing-masing ada pendapat sendiri... Jadi kita kena bijak memilih.. Pilihan tu di tangan kita... Bagi yang berhasrat nak beli proton suprima s ni.. boleh tengok spesifikasi proton suprima s ni kat sini ea.. 

Ingat.. pilihan di tangan sendiri... kalau rasa berbaloi dan spec dia OK.. why not kita cuba barangan dari negara sendiri kan.. dan kalau rasa tak berbaloi.. dan tak menepati citarasa anda.. tak yah la beli..

OK.. Bye..

p/s : Entry ini tiada kaitan dengan mana-mana pihak..

Thursday, September 5, 2013

JATUH CINTA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Now rasa macam nak nyanyi lagu Jatuh Cinta lagu - Matta Band... 

Sekarang ni aku di awang-awangan.. jatuh cinta lagi... Aaaiiiiiiiippppp... jangan salah sangka.. bukan jatuh cinta yang itu.. Jangan buat hal.. bahaya beb.. Aku sebenarnya jatuh cinta dengan tudung bawal.. sekarang ni dah banyak sangat design tudung bawal yang cantik-cantik, yang baru dan terkini.. Ini gara-gara tengok tudung bawal adijuma la ni... terus dari mata turun ke hati... terus melekap dan cair dalam hati ni..

Nak tambah koleksi bawal lagi... Baru-baru ni sempat rembat 2 helai.. Kalau ikut kan tak de la macthing dengan mana-mana baju.. tapi hati dah berkenan, beli la jugak.. Uiiiissshhhh bahaya nih.. patutnya beli yang boleh  macthing je kan..



sekarang ni kan trend color blocking.. so tak nampak pelik pun if kita pakai baju corak dan tudung pun corak kan... tapi tengok jugak la.. kalau corak dah nampak macam taman bunga jer... sila la buang tabiat tu ea.. color blocking tu color blocking juga tapi biarla jangan nampak serabut sangat kan..

Wednesday, September 4, 2013

MELAYANG RM149

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia 

Adoiiiii penat nyer... penat dan letih badan... terus naik ke kepala.. OK.. tarik nafas dan lepas.. dan tarik nafas lagi dan lepas... Fuh.....

My handphone (HP) problem.. sedih.. of course la sedih.. sebab my hp ni My En Hubby yang hadiahkan.. problem since isnin lagi.. tp tghari ni baru sempat nak pergi kedai... Erm.. bateri dah kembung.. sebabnya over charge.. ha... ambik kau.. padahal boleh dikatakan baru juga hp ni.. erm.. nak buat macam mana benda dah nak jadi.. bila dah tukar bateri ni baru OK... kalau tak asyik off sendiri je HP ni.. bateri penuh je.. tapi sebab dah kembung terus tak boleh guna... :-( Melayang RM149.. beli bateri baru.. Waranty 1 tahun.. Tak sempat dah nak pergi survey kat tempat lain dah... dah betul-betul nazak dan masa pun kurang nak survey kat tempat lain..

nampak tak bateri tu dah kembung.. sikit je pun.. tapi dah tak boleh guna dah.. sedih sedih sedih
Alhamdulillah... Disaster Recovery Plan For ICT dah siap... cuma tunggu disahkan je.. if OK.. boleh proceed.. tapi maybe ada tambahan lagi kot.. kita tengok la macam mana nanti.. kalau tak memang kena edit lagi la.. Actually kitaorang hanya cover part prosedur pemulihan sistem dan pengesahan data je.. Part lain semua dah ada unit lain yang buat..

Walaupun hanya sikit tu je nak buat.. tp disebabkan pengalaman tak de... knowledge tentang sistem pun sekadar suam-suam kuku jer... masak la alamat nya nak buat kan.. Hopefully tak de la banyak sangat komen kan.. :-O

Now tengah survey lagu raya dan liriklagu raya.. 6 Sept 2013 ni sambutan aidilfitri kat opis.. katanya nak ada pertandingan nyanyi lagu raya.. semua unit kena hantar wakil.. Unit kitaorg tak de wakil.. kui kui kui.. acaner nak buat eh... kalau nak nyanyi ramai-ramai satu unit penuh pulak stage.. 

Any idea???

MINES CRUISE

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Dah setel pasal isu harga minyak naik??? ada lagi yang still tak berpuasa hati... Biasa la..Harga naik kan... siapa yang suka.. betul tak? Dah tak nak cakap lagi pasal isu mainyak naik ke apa ke... 

Now nak story pasal 'mines cruise'. Kitaorang memang selalu bawa alisha pergi mines.. dan bila pergi mines je.. mesti akan naik mines cruise ni.. Sebelum-sebelum ni kitaorang naik ke tasik yang kecik je.. tak pernah ke tasik yang besar tu (aku tak ingat mana satu north mana satu south, so aku cakap kecik dan besar je).. Tapi kali ni.. saja nak pengalaman.. naik ke tasik yang besar tu.. Kali ni kitaorg naik dgn pelancong dari iraq.. dan family dari melaka.. 

Mula-mula tu memang xcited sangat coz 1st time nak kena tasik yang besar tu... Sebab bila ke tasik yang besar ni.. dia akan bawa ke tasik yang berdepan dengan sapura dan palace of the golden horses hotel tu.. So memang sangat-sangat teruja.. klau tasik yang kecik tu.. juz pusing area mines shopping center je la.. tapi best jugak.. 

Mula je gerak bot tu memang xcited giler... dan bila jurupandu tu inform yang kita akan turun ke bawah sedalam 7meter.. owhhh... dalam kepala ni macam dok terpikir.. macam mana nak turun?? bila dah sampai.. rupanya dia ada lampu.. macam trafic light.. ada 2 saluran je.. kalau saluran tu ready utk kita turun so lampu dia hijau... kalau tak ready kaler merah.. so kita kena tunggu la sampai lampu tu hijau.. kalau ikutkan macam seolah-olah kita masuk parking la.. then.. ada satu button yang jurupandu tu akan tekan then kita pun turun ke bawah sedalam 7meter.. Tapi seriusly.... rasa macam rugi je naik ke tasik yang besar tu... coz.. Ya Allah... sampahnya banyak gile... macam-macam ada... dengan ada ikan yang mati lagi... dengan bau airnya yang kuat.. bau busuk.. tapi tak kuat sangat la bau nya.. tapi rasa sangat tidak selesa.. Seriusly.. rasa mcm malu je dengan pelancong tu... hu hu hu.. This is my experience.. mungkin masa aku pergi tu tak kena time ke kan... Tp apa-apa pun my little princess still enjoy... ok la kan.. Korang yang nak tahu info pasal Mines Cruise ni boleh view sini..

Enjoy our pic :
Alisha... ntah kenapa tetiba nak pakai tudung pulak kali ni.. Aku memang tak beli lagi tudung utk alisha.. jadinya terpaksa la cari tudung aku yang saiz S.. Nampak tak ada budak perempuan kat sebelah tu? Itu pun nama Alisha juga.. bila nam ambil gambar aku panggil alisha dia pun pusing jugak... Then papa dia cakap.. eh.. nama sama..
Kitaorang di bawa ke sini - Sapura
Ini la bahagian depan Palace Of The Golden Horses yang mengadap tasik.. tak sure sama ada ni depan or belakang
OK... all... see u next entry.. Now aku tengah siapkan DRP (Disaster Recovery Plan For ICT).. Seriusly aku tak de pengalaman langsung untuk buat benda ni.. This is 1st time.. and hope my team can do our best..

Tuesday, September 3, 2013

HARGA MINYAK NAIK....

Assalamulaikum dan Salam 1 Malaysia,

Semalam pengumuman harga minyak naik 20sen untuk diesel dan Ron95.. Of course la ramai yang melenting kan... erm.. aku?.. no comment... aku sendiri pun terkena tempiasnya.. nak nak pula dok kat bandar macam aku ni... semua nak kena bayar.. orang berpendapatan rendah at least boleh dapat BR1M. itu pun setahun sekali.. bukan tiap2 bulan.. tapi kos barang naik, kos harga minyak naik ni kita tanggung setiap hari, setiap bulan, setiap tahun. Golongan pertengahan macam aku ni... nak apply BR1M pun tak lepas.. nak beli rumah pun semput-semput.. kat bandar ni semua dah cecah 250k - 300k.. alamatnya tak boleh pikir pun untuk ada rumah sendiri la kan... mana tak nya.. kalau harga rumah dah cecah 250k.. bayar bulan-bulan dah berapa.. maunya 1k lebih kan.. Walau apa pun hidup kena terus kan.. Perut pun nak kena beralas.. pendek kata sekarang ni makan la sardin hari-hari...

OK... itu saja... luahan hati dari seorang rakyat malaysia.. kata tadi no comment kan... sekali bila dah komen... ha... ambik kau... nampak sangat tak puas hati...

p/s : setiap orang ada pendapat masing-masing... diharapkan entry ini tidak menyinggung mana-mana pihak.. Harap Maklum... Terima Kasih..

Monday, September 2, 2013

CABAR DIRI SENDIRI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56 tahun kepada semua rakyat Malaysia.. Semoga keamanan negara akan terus dikekalkan oleh kita semua rakyat Malaysia.. Kemananan dan kedamaian negara adalah untuk kita semua... kita rakyat Malaysia perlu bijak memilih dan menilai setiap apa yang berlaku dan setiap perkara yang terjadi, berfikir lah secara rasional dan jangan mengikut nafsu amarah sahaja supaya keamanan negara dapat dikekalkan... Amin

OK.. sepanjang minggu ni apa yang korang buat ea?? Aku macam biasa la.. time cuti-cuti ni la nak bersih kan rumah.. basuh baju bagai.... proses melipat baju.. dan tidak lupa juga... bawa my little princess "nur alisha" jalan-jalan.. 

Actually... tak plan pun nak bawa alisha pergi mines... tapi disebabkan dah lama tak bawa alisha g jalan-jalan since my en hubby busy dengan assignment and final year exam.. so kitaorg pun berkorban untuk tidak berjimba sangat... Tapi after this memang plan nak jalan-jalan jer.. tapi tak sure lagi kemana arahnya... masih dalam perancangan awal... Insyaallah.. semoga dipermudahkan semua urusan... amin..

OK... and yang paling best cuti weekend kali ni... aku dah mencabar diri sendiri... oh.... bunyi macam agak gempak kan... tak de la gempak mana pun... actually aku memang dah lama plan nak potong rambut... tapi itu la... tak de kesempatan nak ke salon.. hu hu hu.. sedih kan.. So... sabtu lepas aku telah gunting rambut ku dengan sendirinya.... wau... amazing.. ha ha ha.. itu lah cabarannya.. dan hasilnya... aku suka... memang nak potong macam tu pun... memang gile dan nekad sangat nak potong rambut kan.... ok next entry.. story mory.. jalan2 kat mines ea... stay tune