Pages

Monday, July 29, 2013

20 Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Alhamdulillah... hari ni dah masuk ramadhan yang ke 20. Alhamdulillah kerana diberi kesihatan yang baik untuk ramadhan kali ni.. 10 hari terakhir ini kita digalakan untuk menggandakan amal ibadat kita.. insyaALLAH.. sama-sama kita usahakan ea..

Dan ramadhan kali ni memberi makna yang lebih baik untuk aku dan My Family.. Alhamdulillah syukur.. semoga aku akan bertemu lagi ramadhan untuk tahun depan.. InsyaALLAH..

Tak sabar rasanya nak balik kampung... sambut raya dengan family dan sanak saudara... Tahun ni sambuat 1 syawal di Kedah my hometown... itu yang membuatkan rasa happy tu lain macam je.. tapi Terengganu pun best jugak... tetap dihati... aku suka jugak balik terengganu.. feel dia rasa mcm pergi bercuti.. yelah... banyak juga tempat yang boleh g jalan-jalan kan.. sambil balik kampung tu.. sambil-sambil la ambik peluang jalan-jalan.. jimat masa dan kos... last year dah sambut raya diterengganu... bila sentuh pasal raya ni.. tak boleh kompromi.. hihihi mesti ikut turn... baru la adil dan saksama.. wa ka ka ka.. tapi every year aku still balik kedua-dua negeri.. cumanya sambutan raya pertama itu mesti ikut turn la kan... alhamdulillah... dah 5tahun berlalu usia perkahwinan kami... memang ikut turn balik raya... 

OK... selamat  menjalani ibadah puasa semua.... counting days.... another 10 days more..

Monday, July 15, 2013

BILA DAPUR MULA BERASAP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... hari ni dah masuk hari keenam puasa... Alhamdulillah... sejak berpuasa since 1 ramadhan sampai 5 ramadhan.. azam untuk tidak ke Bazar Ramadhan macam hampir berjaya... tp tak tahu la hari-hari berikutnya macam mana. Konon-konon tahun ni nak masak sendiri je... Harap-harap diberi kesihatan yang baik untuk terus memasak untuk My En Hubby dan Alisha... My En Hubby pun lebih suka kalau aku sendiri yang masak... Kalau beli kat bazar pun kadang-kadang dah habis bape ringgit kan.. dan yang paling sedihnya.. bila beli makan tak habis pun... sangat-sangat rasa membazir..

Saja... nak share apa yang aku masak untuk berbuka... main menu dah la ea...
Ni ayam sambal ala-ala terengganu sikit. Ni resepi My Mother In Law. Favourite My En Hubby.... Makan siap bertambah-tambah..

 Ni pulak gulai daging... resepi ibundaku tercinta..

 Sambal udang... Resepi sendiri jer...  Tak sempat simpan sahur... Habis.. Licin..

 Ini pun Favourite My En Hubby... Mula-mula makan gulai udang dengan nanas ni masa mak aku datang kat rumah... masa tu alisha dalam 3 bulan macam tu... Sejak makan gulai yang mak aku buat tu... boleh dikatakan selalu jugak My En Hubby minta aku masakan dia gulai ni.. Berselera makan...
Ini menu semalam...

Antara menu sampingan yang aku buat... Ini dia.. Murtabak Ayam.. Resepi sendiri jugak.. masukan je apa yang ada kat dapur... Rasa dia not bad.. macam beli kat Bazar... My En Hubby cakap la... hi hi hi..  Happy.. Sebab My En Hubby suka... ramadhan ke2 aritu pun pernah buat murtabak maggi... tapi tak sempat nak snap pic..
 

Yeayyyy... happy sangat sebab tahun ni dapat memasak dengan bersungguh-sungguh untuk My En Hubby... Selalunya dalam pukul 5.45 petang tu baru la aku nak mula memasak... ye la sampai rumah pun dah hampir pukul 5.30 petang... Rehat 10 minit baru mula masak... Menu hari ni daging... tapi tak tahu nak masak apa lagi... tengah mencari resepi-resepi di internet ni... Konon nak buat kelainan.. tengok la mcam mana nanti... paling malas pun buat daging goreng kunyit je.. sebab ni pun My En Hubby suka jugak...

Patutnya pagi ni ada miting... tapi macam tak jadi je... hi hi hi.. sebab ada mis comunication.. wa ka wa ka wa ka... harap-harap tak jadi.... nampak sangat monday blues kan...

Thursday, July 11, 2013

ALHAMDULILLAH...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni 2 Ramadhan... Alhamdulillah dapat sempurnakan puasa dengan baik semalam tanpa ada pening kepala dan gastrik... Syukur... Lately perut aku memang tak boleh kosong... Last week terpaksa pergi klinik sebab sakit perut yang terlambat... dah tak tahan sangat... Setiap pagi lepas sahur aku akan makan kurma sekurang-kurangnya satu biji dan berdoa supaya dapat bertahan sampai waktu berbuka... Alhamdulillah... semalam rasa sangat OK.. Moga-moga akan berterusan begini sehingga akhir ramadhan...

Semalam planning nak masak murtabak maggie... siap cari resepi bagai... biasa la.. aku kan tak pandai masak sangat.. hi hi hi terpaksa la cara En Google.... Semalam planning hanya tinggal planning sebabnya masa onthe way balik rumah... lalu depan pondok guard tu... Pak guard tu bagi roti john... katanya ada orang sedekah... setiap keta yang lalu semua dapat... Alhamdulillah semoga murah rezeki dan diberikan keberkatan kepada siapa yg sedekah tu... 

Jadi planning semalam kita forward ke hari ini... Semalam sempat juga masak gulai ikan dengan bendi dan udang goreng..  Udang goreng favourite Alisha.. banyak dia makan semalam.. Semalam masak selesai masak pukul 6.10pm... sempat jugak rehat... Alhamdulillah..

So arini cari resepi lagi untuk masak...

Wednesday, July 10, 2013

SALAM 1 RAMADHAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Salam 1 Ramadhan.. Alhamdulillah... Ramadhan datang lagi.. Hari ni 1 Ramadhan.. Dan hari ini juga Birthday My En Hubby.. Selamat Hari Lahir Sayang... Kebetulan hari lahir My En Hubby jatuh hari pertama puasa.. dan sekiranya 1 syawal jatuh pada 8 Ogos MAKA Birthday Alisha juga akan jatuh pada Hari Raya pertama... KEBETULAN :-)

Sahur apa arini? Aku masak simple jer... Semalam dah masak siap-siap.. Senang pagi ni bangun tinggal panaskan je.. Alhamdulillah.. sempat juga bangun pukul 4.30 pagi.. risau juga takut-takut terbabas... Dah lama tak bangun seawal macam ni kan... My En Hubby bangun awal arini untuk solat sunat..

Ramadhan tahun ni rasa lain sikit bagi aku, mungkin dah banyak perkara baik yang berlaku dalam hidup aku akhir-akhir ini... Dan semangat untuk menyambut ramadhan makin tebal... aku sangat-sangat nantikan ramadhan kali ini.. dan yang pastinya My En Hubby ada kat rumah sepanjang ramadhan ni.. Kelas pun dah habis.. cuma tunggu siapkan proposal dan sistem projek final year sahaja.. alhamdulillah... sekejap je masa berlalu.. dah 3 tahun My En Hubby belajar... Lepas raya ni dah habis.. ERmmmm happy nya...

Dan disebabkan My En Hubby ada, so tiap-tiap hari aku akan masak untuk berbuka... Sebelum ni kitaorg beli jer.. balik rumah just masak nasi je.. tapi kali ni memang berazam nak masak sepanjang ramadhan... InsyaALLAH jika diizinkan ALLAH.. tapi My En Hubby ada berpesan.. kalau rasa tak larat or tak sihat kita beli jer... Tengok dulu macam mana.. Harap-harap diberikan kesihatan dan tenaga yang baik dan berpanjangan sepanjang ramadhan ni dan bulan-bulan berikutnya.. Alhamdulillah... Tahun ni juga boleh berterawih dengan My En Hubby dan Alisha sekali... Yeay!!!! sangat-sangat yang dinantikan...

Seperti biasa seperti tahun-tahun yang lepas... aktiviti mencari resepi di internet memang akan menjadi salah satu rutin harian.. Aku tak tera sangat masak... Jadi nak cari kelainan kena la search kat internet..

Seperti biasa... awal-awal pagi ni agak cerdas sikit la.. tapi bila dah mula menginjak ke petang mula la lemah longgai je dibuatnya.. Jadi nak kekalkan tenaga sepanjang ramadhan, jom kita amalkan set lengkap untuk tambah tenaga shaklee..


Apa kelebihan set ini... Jom kita baca..

ESP (Energizing Soy Protein) 
Didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat daripada 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu.
Membantu mengekalkan tenaga berpanjangan sepanjang kita berpuasa
Membantu kita melapik perut dan menahan lapar kerana ia menbantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Oleh itu dapat kita mengel
akkan rasa pedih ulu hati. Sangat sesuai untuk mereka yang ada gastrik.
Gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja anda sepanjang anda berpuasa.


Performance Drink
Mempunyai rasa oren yang menyegarkan.
Ia menjadi pilihan ahli2 sukan dan mereka yang menjalani gaya hidup aktif supaya kekal bertenaga dan mengurangkan rasa dahaga melalui:-

~ Rumusan ekslusif opticarb memberi kita Karbohidrat bagi daya tahan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera.
~ Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan.
~ Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.


Meal Shakes
Berperisa vanila yang membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting.
Kaya dengan kalsium dan membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa ini.
Memelihara kesihatan melalui kandungan vitamin-vitamin dan mineral penting yang diperlukan badan setiap hari yang selalunya sukar dipenuhi melalui sajian berbuk dan sahur kita.


Bagi yang nak order set tambah tenaga ni boleh PM ke Pengedar Shaklee ea (klik je link ni).. 

OK semua... Selamat Menjalani Ibadah Puasa...


Monday, July 1, 2013

AKTIVITI HUJUNG MINGGU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Weekend lepas bawa Alisha jalan-jalan... Dah petang pun kitaorg keluar.. saja bawa pergi alamanda.. Masa yang sama jugak ambik gambar alisha... Untuk daftar sekolah... xcited ok alisha bila sebut sekolah.. Macam dia sorang je yang akan pergi sekolah..  Sambil-sambil tu bawa pergi makan kat secret recepi.. 

Secret recepi antara tempat date aku dan My En Hubby... masa lunch hour.. Last weekend dating together with our daughter... Anak manja Abah nih.. Bila Abah ada, Mama sangat relax.. So.. Abah.. sila-sila la ada selalu kat umah...





feveret alisha... aiskrim. aiskrim... aiskrim


Alhamdulillah.. now alisha dah tak kena kuarantin aiskrim lagi dah.. Sebelum ni Doctor minta aku elakan alisha ambil aiskrim, jus, calcium dan semua jenis2 makanana yang seangkatan dengannya.. Reason sebab alisha selalu demam since awal tahun aritu... 1 bulan kadang-kadang 2 kali demam..

So... sebagai ibu aku just follow... sapa tak sayang anak oiii... tapi sejak bulan lepas alhamdulillah.. Alisha dah tak selalu demam... Maybe sebab sekarang aku dah amalkan pengambilan mealshake shaklee untuk Alisha... Ini pun salah satu cara yang aku search di Internet cara nak elakkan anak mudah diserang selsema dan demam.. Dan Alhamdulillah... memang nampak perubahan pada alisha.. sekarang alisha dah kurang demam...

Dan aku juga perasan sekarang alisha dah tak sembelit.... Alisha jenis yang kurang minum air.. macam mamanya jugak.. tapi sejak amalkan Mealshake shaklee.. Alisha dah tak sembelit.. Alhamdulillah... Kalau tak jenuh la dok paksa minum air kosong la.. jus la... tapi sejak ada mealshake ni aku rasa lega sikit...

Korang yang ada anak-anak yang susah nak buang air besar tu atau ada yang anak-anak selalu demam, selalu selsema.. Cuba la mealshake shaklee... Insyaallah... berkat usaha kita... mudah-mudahan terhindar dari perkara-perkara yang tidak baik... Macam mana nak order, boleh klik sini ea Pengedar Shaklee ..

Syukur... Sebagai Ibu aku cuba berikan yang terbaik untuk anak aku..