Pages

Tuesday, May 28, 2013

FEELING AYU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Today... Abang ipar dan kakak ipar aku akan berangkat ke Tanah Suci Mekah... Menunaikan Umrah... tumpang happy untuk diorg.. semoga aku dan My En Hubby juga akan bakal jejak kan kaki disana.. Walaupun belum tahu bila dan ketikanya.. tapi tidak salah kalau ada angan-angan untuk ke tempat suci betul tak? At least niat tu ada... 

Today wearing my favourite shawl...
Lately feeling nak pakai shawl.... Konon-konon nak feeling ayu la... ha ha ha... yup.. aku suka tengok orang pakai shawl... terserlah keayuannya... Aku??? tak lah ayu pun... saja-saja feeling ayu ada la...

Nampak tak pipi aku yang dah makin tembam.... aku memang nak berisi sikit tp.. problem aku sekarang ni tembam dekat pipi jer... ada ke sesapa nak bg petua untuk kuruskan pipi... plz share.. 

p/s : feel free to like my page ea... Shaklee Distributor really appreciate 


Monday, May 27, 2013

SELAMAT BERCUTI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selamat Bercuti kepada semua warga pendidik... Cuti-cuti sekolah ni mesti dapat banyak undangan khawin kan.. aku pun tak terkecuali dari undangan perkahwinan... Ada dua undangan.. 1 undangan datang dari My ofismate.. Boleh dikatakan rapat jugak la... banyak juga suka duka kami kongsi sama-sama... Erm... dah nak kawin kawan aku ni.. Cepatnya masa berlalu.. Sedar tak sedar dah hampir 4 tahun aku kat sini..

Lagi satu dari anak saudara aku... Feeling aku sekarang dah lain.... Hati berbunga-bunga nak balik kampung.. Erm... tak sabar nak balik... since mak aku pun dah semakin uzur.. :-( sedih... 

Perasan nak balik tu memuncak... tak sabar nak jumpa mak.. Setiap solat aku doakan untuk mak.. semoga mak cepat sembuh ea(tiba-tiba mata mula berkaca) Rindu mak... Rindu nak tengok mak sihat macam dulu.. Balik kampung kali ni mesti sunyi... Sebab mak dah tak boleh bangun.. Mak dah tak boleh nak makan.. Nak mak sihat... :'(  Sekarang kalau call pun tak dapat nak cakap sangat dengan mak..

Orang mungkin nampak aku tersenyum ceria... tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu.. Semoga ALLAH memberi kesihatan yang lebih baik untuk mak.. Amin

Thursday, May 23, 2013

THE APPRENTICE ASIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ni bermula karnival belia 2013 di Putrajaya bermula 23 - 26 Mei di sekitar perkarang presint 2 - presint 4 Putrajaya.. Jadi bagi yang berkelapangan datang lah beramai-ramai memeriahkan suasana..

 Ada sesiapa tengok " THE APPERENTICE ASIA " semalam... Dah ada seorang yang terkeluar semalam.. Hendry yang terkeluar..


Bila tengok the apperentice asia ni kualitinya sama macam the apperentice Donald Trump.. Memang terbaik lah...


Wednesday, May 22, 2013

LEUNIEY NATASHA BERTUDUNG

Comelnya Leuniey Natasha Bertudung.. 

Alhamdulillah seronok tengok ramai orang yang femes ni dah mula bertudung... Artis-artis pun dah banyak yang bertudung.. Alhamdulillah...

Korang yang nak tengok gambar Leuniey Natashabertudung klik sini
 

COMPLICATED

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Alhamdulillah... Bertemu lagi di alam maya.. diari online aku sendiri.. Banyak benda yang aku share disini.. Ada betulnya sesetengah pendapat orang yang menyatakan... "Orang perempuan ni terlalu complicated/rumit". Sebab apa.. benda yang simple pun sometime kita fikir sedalam-dalamnya... padahal bendanya simple je.. Erm.. Apa kaitannya dengan aku.. Yup.. aku adalah salah seorang yang tergolong dalam golongan ni.. so complicated. dan sukar dijangka..

Ada kalanya baik juga jadi orang yang complicated ni.. at least sebelum buat sesuatu tu dia akan fikir sebaik-baiknya apa tindakan yang perlu dibuat dan apa kesannya... tapi sometime agak leceh.. sebabnya.. benda yang kecik dan simple pun kita fikir terlalu rumit... 

So pengajarannya... berfikir sebelum bertindak itu adalah bagus... cuma jangan terlalu fikir sangat if benda tu sebenarnya tak lah terlalu rumit.. Motivasi untuk diri sendiri... 

Jom motivasikan diri.. Think positif.. be positif.... Semalam adalah sejarah.. Hari ini adalah kenyataan.. Esok adalah sesuatu yang belum pasti.. Untuk capai hari esok pastinya akan ada hari ini.. Jadikan hari esok lebih baik dari hari ini...

Chaiyokkk chaiyokkkk.... 

p/s : ada tak sesiapa yang selalu alergik or anak-anak ada eczema??. Jom cuba klik sini..

Monday, May 20, 2013

MUSIM.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah.. hari ini diberi kesihatan yang baik untuk teruskan bekerja... Sekarang ni musim ramai orang demam, selsema dan batuk.. tak terkecuali jugak Si kecik Mama tu... My En Hubby pun sama... batuk tak henti-henti.. Semalam pergi klinik.. ambil ubat batuk untuk si kecik Mama dan untuk abahnya juga...

Bila masuk je jumpa doktor untuk check up... rupa-rupanya dok tor pun sama... batuk dan selsema... erm...... memang musim kan.... pergi mana-mana ada je orang yang demam... Dan alhamdulillah... aku terlepas dari wabak tersebut.. at least ada seorg yang sihat untuk uruskan family....

OK.... now dah nak start keje.... bertimbun kat atas meja nih... entah bila akan berkurangan... dari hari ke hari... asyik bertambah jer... ok.... mulakan hari ini dengan senyuman... dan kalimah bismillah.....

Moga perjalanan hari ini akan berterusan baik hingga ke malam..... InsyaALLAH... Amin
 

Thursday, May 16, 2013

SENARAI KABINET BARU 2013

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Kewangan 1: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri Kewangan 2: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Ahmad Maslan

JABATAN PERDANA MENTERI:

MENTERI:
(1) DATUK SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) DATUK SERI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUAT KUASA 5 JUN 2013)
(3) SENATOR DATUK SERI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) TAN SRI JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) DATUK SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
(1) DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: DATUK SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(3) TIMBALAN MENTERI I: DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : DATUK FADILLLAH YUSOF (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : DATUK SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : DATUK SERI ANIFAH BIN AMAN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI: 
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : DATUK HASAN BIN MALEK (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : DATUK SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : DATUK SERI SHAFIE BIN APDAL (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : DATUK ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
TIMBALAN MENTERI: 
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI SUBRAMANIAM (MIC)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : DATUK SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SERI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : DATUK SERI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
TIMBALAN MENTERI: 
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

HARI-HARI YANG BERLALU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah 14 Mei 2013 dah berlalu... My Birthday... Banyak ucapan yang diterima.. Thanks alot kepada yg memberi ucapan... 

Baru berkesempatan untuk update blog hari ni... Semalam terlibat dengan training lanjutan dari bengkel yang lepas... Lanjutan Bengkel di Wilayah yang pernah aku story sebelum ni.. Alhamdulillah perjalanan training berjalan dengan lancar... Syukur.. Dan suprisely ada orang nyanyi lagu happy birthday dalam bilik training.. Wau... memang gile dan terharu dibuatnya... tapi dalam nada yang rendah jer.. takde la kuat mana...

Now hati tengah berserabut..... Macam-macam yang melanda... perlukan masa untuk tenangkan fikiran ni... Sangat susah untuk kita baca apa yang orang lain fikirkan.. And sometime... bila perkara yang sama berulang... hati ni mula down.. dan always menyalahkan takdir.. itu la lumrah alam.. realiti kehidupan... ada pasang surutnya... 

 

Friday, May 3, 2013

DRINKING CUP UNTUK ALISHA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah.. Hari ini, hari jumaat.. penghulu segala hari.. Mengharapkan hari ini adalah hari yang terbaik untuk aku... InsyaALLAH.. Kita kena selalu berfikiran positif.. baru hidup kita ceria dan bersemangatkan.. 

Now Alisha dah 3 tahun 8bulan.. Dan tiba masanya aku tukarkan botol susu ke drinking cup macam kat bawah ni:
image dari google
Semalam follow my frez pergi Alamanda.. memang dah lama nak cari drinking cup ni.. tapi bila pergi shopping asyik lupa je.. Before this pernah beli jugak tapi alisha tak nak minum guna cup ni.. erm.. masa tu frust jugak.. tp tak pe lah.. maybe sbb dia kecik lagi masa tu dan lebih selesa guna botol susu lagi kan.. So aku biar je dulu.

Banyak sangat pilihan aku sendiri pun confius nak pilih yang mana.. And lastly aku pilih yang paling simple dan yang paling murah. Kaler merah ada gambar ziraffah naik keta... Alisha memang suka gambar-gambar binatang ni... Paling favourite dia Sang Kancil.. Ini semua gara-gara tengok cerita "Pada Zaman Dahulu" la ni. Dan alhamdulillah semalam 1st try minum guna dringking cup ni.. buat susu 7oz... tapi dia cuma minum 4oz jer.. tak pe lah.. permulaan kan.. Dan happy sangat pagi ni tak nak minum susu guna botol susu.. Nak guna cup dah... Yeay!!!!!! and finally berjaya jugak...

Bila Alisha dah makin besar banyak aktiviti yang alisha boleh join mama. Antaranya.. Every week.. mesti akan ajak dia kemas rumah sama-sama.. basuh baju sama-sama... sidai baju sama-sama.. masak sama-sama... tapi setakat potong sayur je la.. yang tak berkaitan dengan dapur.. Bila mama nak realx-relax bermalasan sikit... dia pulak yang beria-ia ajak kemas rumah... Aiyakkkkk..... tak bagi chance mama nak rehat sikit..

Sekarang ni semua benda nak buat sendiri.. tak nak mama buat dah... nak gosok gigi sendiri, mandi sendiri, baju pun dah pandai pilih sendiri... Baju yang mama ambik semua tak kena.. tak betul... padahal baju favourite dia jugak.. Sekarang ni asyik nak pakai baju hello kitti jer... baju angry bird dah tak layan.. kadang-kadang je ubah angin nak pakai baju angry bird.. ikut mood dia la.. adoiii ai...
Anak mama.. penghibur hati mama... 

Owh... sebelum terlupa... aku dah buat satu page baru memang khusus untuk shaklee sahaja.. senang sikit tak campur-campur produk kan.. so senang sikit nak story pasal shaklee... bagi yang nak cod shaklee area putrajaya, bangi, cyberjaya boleh like page aku ea.. Shaklee Distributor PUTRAJAYA