Pages

Monday, April 29, 2013

BILA BOSAN MELANDA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Harini aku berada di Opis... Ni la rutin harian.. mana pernah keluar dari ofis kan.. Saat hujung minggu.. adalah saat yang dinantikan... Walaupun sejak 2 menjak ni.. hari minggu aku hanya dibazirkan dirumah sahaja.. My En Hubby still Buzy.. Kadang-kadang perasaan bosan tu membuak-buak.. Mula la melepaskan perasaan.. tidak pada My En Hubby.. Cuma aku berkelakuan agak pendiam.. And suprisenya.. My En Hubby perasan beb...

And one day... My En Hubby mesej and say sorry.. hu hu hu.. sedih plak aku rasa bila kenangkan balik masa tu.. Bukan aku tak faham.. cumanya.. ye la.. every weekend aku dan Alisha je kat rumah.. Boring Beb.. Lagi satu kesian Alisha.. Asyik cakap nak g tasik jer... Dah lama tak bawa alisha naik basikal kat tasik..

Dulu walaupun every weekend My En Hubby keje tapi still ada masa nak bawak Alisha dan Mama jalan-jalan petang-petang walaupun sekejap.. Tapi sekarang My En hubby sibuk sangat, kadang2 malam baru balik. Last week aku siap mesej perkara yang pending.. yang My En Hubby dah janji tapi still tak dapat nak buat... Aku tak push... Cuma juz remind.. Ini pun dia yang cadangkan buat mcm tu.. itu yang berani nak mesej.. kalau tak memang terbenam je la kat hati ni...

So.. beberapa perkara dah disusun dengan baik.. Dan mengharapkan akan berjaya dilaksanakan.. Dah tak lama dah... Lagi beberapa hari je.. Lepas pilihan raya ni OK la.. So boleh cuti puas-puas...

****My En Hubby janji nak bawak jalan2 1hb mei ni... Erm... happy happy.. Tapi kalau tak sibuk.. :-(

Friday, April 19, 2013

DOAKU UNTUK MU SAYANG - WALI BAND

Lirik Lagu : Doaku untukmu Sayang - Wali Band
Kau mau apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelah dan letih
Ini demi kamu sayang

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Illahi
Tuk satukan kami di surga nanti

Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

Tuhan tolong aku, juga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia

Lagu ni feeling sikit... Orang yang jiwang-jiwang mcm aku ni sesuai la dengar.. kalau org yang rock kapak tu memang tak sesuai la.. 

Thursday, April 18, 2013

MINGGU BARU HARI PERTAMA DI OFIS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Minggu baru dan hari pertama aku berada di Ofis.. Ikutkan minggu ni aku masih terlibat dalam Bengkel Di Kelana Jaya.. Tapi disebabkan ada beberapa isu dan perkara yang timbul jadi lagi 2 hari kursus dibawa ke minggu berikutnya dan hanya akan berlangsung di HQ sahaja.

Sepanjang aku berada di Jabatan ni, ini adalah pertama kali aku terlibat dengan kursus diluar Ibu Pejabat dan ditugaskan sebagai pembantu tenaga pengajar. Erm.. pengalaman pertama mengadakan Bengkel di luar daripada HQ memang mencabar.. Sangat-sangat mencabar.. Sebelum ini kebanyakkan kursus dan boleh dikatakan semua kursus yang melibatkan system hanya dilaksanakan di Ibu Pejabat sahaja. Belum pernah lagi aku handle kursus di luar ibu pejabat. Antara reason utamanya tentulah capaian ke system.. System dalam Jabatan aku ni lain sikit dari kebanyakan agensi diluar sana.. System ni agak complicated dan sangat sukar difahami.. System yang melibatkan international dan link ke beberapa agensi kerajaan lain di Malaysia, daripada security memang sangat-sangat penting dan perfomance system mestilah yang terbaik.. Fuh... susahkan nak faham... But now i'm trying my best to do my work slowly and smoothly..

Banyak masalah yang timbul.. dari segi connection system, dari segi network.. fuh.... memang diluar jangkaan.. semuanya datang bertimpa-timpa.. lepas satu isu selesai timbul lagi isu lain.. Padahal semuanya dah setting minggu sebelum bengkel bermula lagi.. Inilah dugaan namanya.. Apa-apa pun boleh jadikan.. Tapi alhamdulillah aku dibekalkan oleh rakan-rakan ofis yang sangat-sangat membantu.. Rakan-rakan di HQ dan juga rakan-rakan baru di Kelana Jaya. Walaupun hanya perkenalan yang sangat singkat tapi kemesraan antara kitaorang macam dah lama kenal. Thanks to all yang banyak membantu samaada secara terus atau pun tak... Hargai sangat-sangat jasa korang semua..

Bila sebut tentang rakan-rakan baru ni.. aku mula terfikir.. sebelum ni aku hanya di Ibu Pejabat sahaja dan jarang keluar ke stesen-stesen dan jarang juga bertemu dengan pegawai-pegawai lain walaupun di Ibu Pejabat.. Ramai lagi yang masih belum kenal.. Kadang-kadang ada juga terjumpa di Cafe.. tapi disebabkan tak kenal.. takkan kita nak tegur.. ramah mesra pulak kan.. setakat bagi salam dan ucap selamat pagi tu ada la.. Erm.. Bengkel kali ni walaupun banyak masalah yang timbul tapi perjalanan bengkel masih tenang dan dalam keadaan yang terkawal dan yang paling best bila orang appreciate usaha kita.. Rasa nak nangis pun ada.. 

Dan word yang paling aku ingat sekali ucapan penutup oleh Ketua Program "Ucapan terima kasih terutama kepada CTM. Wakil CTM dijemput 4orang, tapi yang dapat hadir hanya 2orang sahaja. Walaupun hanya 2orang tapi cukup membantu. Walaupun kita ada masalah sistem tapi biasalah semua orang melakukan kesilapan."

Bengkel ni ada beberapa peringkat pelaksanaan. Bulan 6 nanti dijadualkan akan ada Bengkel yang sama untuk peringkat seterusnya. Harap-harap segala kelemahan bagi bengkel kali ni akan dapat diatasi untuk bengkel akan datang. InsyaALLAH.


p/s : Pengalaman baru, memori baru... Kenangan Manis.. walaupun banyak kesukaran tapi tetap pengalaman yang terindah.. Sukar dilupakan..

Bagi yang nak shopping supplement terbaik untuk anda.. Jom dapatkannya di Khaiza Beauty Shops

Wednesday, April 10, 2013

BETULKE SHAHEIZY SAM DENGAN FARA FAUZANA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera? 

Pagi tadi datang ofis check nuffnang dan ada yang search keyword di bawah ni >


Korang yang tengok ABPBH mesti tahukan kenapa keyword ni di cari.. 
Aku pun tertanya-tanya : Betulke Shaheizy dan Fara Fauzana?

Erm... kalau betul apa salahnya kan.. OK apa..

Now agak BZ... Banyak juga yang perlu dibuat.. Kerja hakiki + Bisness lagi..

Next week sepanjang minggu aku tak de kat opis.. Terlibat dengan bengkel di stesen Kelana Jaya. Minggu ni agak bz dengan persiapan untuk bengkel.. semua kena ready by this week.. kalau tak memang kelam kabut bila hari training baru nak buat everything..

Semalam pergi tengok bilik training.. Everything ready, cuma tak boleh nak setup PC. Ada beberapa isu teknikal yang perlu dilihat balik.. Kena make sure system boleh access for LIVE system dan Training System. Dan kena make sure ID everyone yang datang training mesti boleh access ke system. Erm.. hope semuanya berjalan lancar.. Persiapan untuk training almost 70% complete.. Ya ALLAH permudahkanlah segala urusan aku.. Aminnnn..

Mood minggu ni agak ceria coz bisness running smoothly dan semakin rancak.. Hopefully akan selamanya begini (dengan izin ALLAH.. InsyaALLAH) 

Now Treenea ada lancarkan produk baru. 

Nak tahu detail tentang produk boleh klik je sini. Nak order boleh like my page ea Khaiza Beauty Shops.

Pendaftaran dealer Treenea, Catalyst dan Maixara masih dibuka ea.. Yang nak join bisness ni boleh PM aku di Khaiza Beauty Shops.. InsyaALLAH aku akan cuba guide anda sebaik mungkin.. dan yang nak join sebagai distributor shaklee pun boleh PM... kehadiran anda amat dialu-alukan.

Dan.. dan.. dan.. ada satu lagi.. Aku akan upload pic koleksi tudung di page Khaiza Collections. Antaranya tudung bawal air brush dan shawl tribal.. My new bisness project.. Persiapan semua dah ready.. cuma nak selitkan masa je sikit untuk upload.. InsyaALLAH by this week jugak aku akan upload.. 

OK... see u'all for the next entry.. Bye.. Bye.. continue kerja..

Monday, April 8, 2013

KEPUTUSAN ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN ABPBH 2013


BINTANG PALING POPULAR - Shaheizy Sam 

Image from google
 
Artis Baru Lelaki Popular - Aiman Hakim Ridza 

Artis Baru Wanita Popular - Wawa Zainal 

Artis Duo/Berkumpulan Popular - Black dan Malique 

Penyanyi Lelaki Popular - Hafiz 

Penyanyi Wanita Popular - Shila Amzah

Pelakon TV Lelaki Popular - Aaron Aziz 

Pelakon TV Wanita Popular - Nabila Huda 

Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam 

Pelakon Filem Wanita Popular - Yana Samsudin 

Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan Razak 

Artis Komedi Wanita Popular - Didie Alias 

Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi 

Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana 

Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail 

Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana 

**Tahniah kepada Shaheizy Sam 

Monday, April 1, 2013

FB PAGE PROBLEM???

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari..

Dah lunch ke? Now aku tengah lunch sambil update my blog.. Sepatutnya tengahari ni lunch date dengan My En Hubby.. tapi aku cancel kan.. wa.. kejamnya isteri.. sorry ea sayang.. ada banyak benda pending dan banyak benda yang isteri mu ini nak update. Order list, check payment, update stock balance, update MY FB page.. Erm banyak la...  Tambah pula hari ni first day period, rasa macam malas nak bergerak sangat.. Lagipun kan kita dah janji rabu ni kita dating.. so rabu ni kita dating2, chating2 ea...

Bercakap pasal period ni.. kali ni aku tak alami period pain langsung.. Emosi pun still undercontrol.. Amazing.. sebelum ni memang tiap kali period memang aku terpaksa telan pain killer..  Erm... ni maybe sebab supplement yang aku ambik.. Before this memang aku ada ambik VCO tapi dah lama aku tak konsisten sangat, tetapi sejak amalkan shaklee ni memang aku serius dan memang konsisten.. Baru masuk 2 minggu aku amalkan shaklee.. Alhamdulillah.. No Period Pain anymore.. Yuhoooo.. Bestnya..

Mood untuk update my bisness page arini sangat memuncak tapi entah aku tak pasti kenapa FB page arini macam ada problem sikit, notifications pun tak dapat :-( Mood nak update pun terus hilang.. Tak tercapai la matlamat hari ni.. :-( tak pe-tak per.. esok masih ada.. 

Ok now nak continue baca Novel 'Selagi Ada Dia'. Story line dia NOT BAD.. boleh masuk dengan jiwa aku jugak la... Nasi pun dah habis sepinggan.. 

Ada yang ingin berkongsi supplement apa yang saya amalkan?? Jom like mypage dan PM ke KHAIZA BEAUTY SHOP atau pun emel je your problem to my emel khaizabeautyshop@yahoo.com 

InsyaALLAH aku akan cuba guide anda dengan sebaik mungkin.. 
OK.. continue next entry

JUARA FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA PERTAMA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah pagi ni, seperti biasa mulakan hari dengan kalimah 'bismillah' dan mulakan hari anda dengan senyuman... senyum umpama suria.. percaya tak? Kebiasaannya mood kita akan seiring dengan perbuatan kita.. Apa tindakan dan apa perasaan kita seawal pagi akan memberi kesan kepada harian kita.. Selalunya bila mood pagi-pagi dah spoil ianya akan berlarutan hingga ke petang. Betul tak? Aku tak pasti pada orang lain macam mana.. Tapi pada aku itulah yang terjadi.. Kalau pagi-pagi dah ada yang tak kena mesti meroyan sampai ke petang.. :-) sikap buruk aku.. ha ha ha... aku sendiri tak pasti ada tak ofismate aku yang perasan.. tapi itu lah realiti aku.. Kadang-kadang tak de sebab pun boleh nak melenting.. Jadi... 

Jom kita positifkan diri kita.. Mula kan hari ini dengan hari yang ceria... SMILE :-)

Rasanya semua dah tahu siapa JUARA FEAR FACTOR MALAYSIA YANG PERTAMA kan..
Juz to sharing... Memang dari awal lagi aku mengharapkan dan meneka yang DAZRIN dan HAIRUL AZREEN yang akan jadi JUARA.. Dan ternyata akhirnya DAZRIN dan HAIRUL Juara Fear Factor Selebriti Malaysia Yang Pertama.. 

Pic From FB Adam dan Hawa
Pic From FB Adam dan Hawa

TAHNIAH to both of you... 

Dan lagi satu aku nak inform Maixara ada tawarkan sesuatu yang istimewa, jom tengok kat bawah ni dan jangan lupa Like page KHAIZA BEAUTY SHOP


Bagi yang nak daftar sebagai Mini Stokis maixara atau Pengedar Maixara boleh like Page saya atau emel ke khaizabeautyshop@yahoo.com nanti saya akan terangkan kepada anda dan guide anda dalam bisness ni ea.. OK.. Nak breakfast jap.. Korang pun jangan lupa breakfast ea.. Breakfast tu penting :-)