Pages

Friday, March 29, 2013

MASA TERLUANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah... Ada masa terluang hari ni, lunch hour dari pukul 12.15 hingga 2.45pm.. Nak rehat-rehatkan diri sambil layan lagu Najwa Latif kat PC ni... Aku memang minat lagu-lagu Najwa Latif. Erm.. relax dan sempoi je. Aku tak suka sangat muzik-muzik yang penat telinga nak dengar, not not tinggi semua.. aku suka yang nada cool... dan relax je.. My En Hubby pun sama.. wa.. tetiba sehati sejiwa pulak kan..

Suasana kat opis tengahari ni sunyi... tenang je rasa.. ramai yang keluar.. ye la rhat kan panjang.. tp mood aku hari ni nak duk kat opis je.. 

Pukul 1 tadi ada jugak dengar bunyi pukulan bola ping pong, rutin harian budak-budak opis ni.. Now dah senyap.. semua dah selamat pergi Masjid.. Dalam mood layan lagu ni, tangan pulak laju je menaip..

Sambil-sambil tengok FB, ternampak PIC irma hasmie dengan baby baru... baby boy.. Comel sangat.. hu hu hu... korang nak tengok pic anak irma hasmie?? tgk sini  

Best kan tengok orang ada baby.. wah... teringat plak zaman aku dulu.. Now dah 4 tahun masa berlalu.. Alisha pun dah besar.. sayang comel mama tuh.. sangat manja.. aihhhhh... macam mana la kalau alisha ada adik ea.. erm.. tak dapat bayangkan...
 
O.. sebelum terlupa.. semalam korang tengok tak drama 'Destinasi Cinta Sara' lakonan Remy Ishak,Nadia Nissa, Alzana Nasir, Afiq Muiz.. Dah lama aku tunggu drama ni.. dah lama jugak asyik tengok Promo je kan.. ha ha ha.. 

pssstttttttt, terpegun tengok Afiq Muiz dalam drama ni... Handsomenya.... Ops.. ok.. stop stop.. itu cuma berangan saja ea..

Erm.. best jugak jalan cerita dia...  pada aku.. aku boleh layan la. kena dengan jiwa aku. wau... ayat.. ha ha ha..

Satu lagi sape yang dah tengok G.I. Joe: Retaliation.. My En Hubby dah lama cakap pasal filem ni.. hari-hari cakap, sebelum filem ni ditayangkan kat pawagam pun dia dah selalu cakap "nanti kita tengok filem ni ea". Biasala.. dapat wife yang suka jiwang-jiwang ni mana sangat nak layan filem-filem macam ni kan.. Lain la filem Cun ke, Nur Kasih ke, Adam dan Hawa ke.. of coz la kena layan kan..

Sepatutnya planning nak tengok petang semalam.. tapi last minit aku tak jadi nak apply cuti.. erm.. sian pulak My En Hubby... So aku plan rabu ni nak cuti.. teman kan My En Hubby tengok filem ni.. Aku tak suka sangat filem-filem yang ganaz, aksi dan jenis-jenis alien ni.. tapi layan kan je la... untuk happy kan My En Hubby jugak kan.. tapi ada jugak filem-filem aksi yang aku suka bila tertengok dengan My En Hubby.. So rabu ni.. kita layan G.I. Joe: Retaliation..

InsyaALLAH... harap-harap dapat la tengok.. 

Ok now nak layan novel "Selagi Ada Dia" by Aisya Sofea.. Dah lama aku pinjam buku ni kat library jabatan.. dah hampir 2 bulan kot.. limit pinjam 1 bulan je..  OK...

Sebelum nak continue baca novel yang dah hampir sebulan aku tak baca tu.. dah tak tahu kat page mana aku stop ritu..  aku nak sharing sikit.. aku banyak dapat PM dari customer aku yang nak join jadi distributor shaklee.. OK jom review kat sini " DAFTAR SEBAGAI DISTRIBUTOR SHAKLEE " atau korang boleh like page aku " KHAIZA BEAUTY SHOP " nanti aku akan terangkan macam mana.. Since aku pun sebagai distributor shaklee, so aku akan bantu korang ea.. Seriusly memang best.. My Sifu Monthly Income RM9k - RM11k..

Fuh... best kan... OK now nak sambung balik baca novel
 
Continue next entry... BYE... 

Monday, March 25, 2013

HARI BARU MINGGU BARU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dihari yang baru di minggu yang baru dengan azam yang baru... Hari-hari bangun tido mesti dah pasang angan-angan.. bukan angan-angan mak jenin ea. Angan-angan nak tambah pendapatan keluarga.. Alhamdulillah syukur sangat sebab jumpa dengan produk maixara c- sential ni..

Sebelum aku join Maixara C-Sential ni.. hati agak berbelah bagi.. Ye la.. produk baru kan.. Hasilnya kita pun masih belum tahu..

Tapi alhamdulillah sejak aku consume Maixara C-Sential ni.. resdung pun dah kurang.. Dah tak macam dulu.. Bangun pagi je asyik hacum... hacum... hacum... 

Dan yang paling best.. lately asyik dapat Whatsapp dan PM dari customer aku yang kebanyakannya memberi feedback yang positif.. Syukur sangat-sangat... Selain daripada untuk cantikan kulit Maixara C-Sential ni boleh bantu untuk ringankan ekzema, resdung, jerawat batu dan kesan parut..

Alhamdulillah sekarang dah ramai yang mempercayai Maixara C-Sential dan yang paling best DOKTOR pun amalkan Maixara C- Sential tau... Dan Maixara sekarang dah kembangkan 1 lagi produk produk baru iaitu Maixara Slim Look.. 

Next Entry aku akan ceritakan tentang Maixara Slim Look pula ea...

OK.. Selamat shopping.. hari ni hari gaji kan... Sebelum tu setelkan dulu bil2, asingkan duit untuk simpanan dan lepas tu baru boleh shopping ea.

Jom like page saya Khaiza beauty Shop banyak informasi yang saya share kat page.. bagi yang berminat nak join sebagai pengedar atau mini stokis maixara blh contact saya atau like page saya ea..


Thursday, March 21, 2013

PERLUKAH SUPLEMENT TAMBAHAN DLM KEHIDUPAN KITA

Naluri seorang wanita, suka melihat sesuatu yang cantik. Kadang-kadang bila terlihat wanita lain mempunyai kulit yang cantik, halus dan gebu kita sendiri pun akan rasa teruja dan tertanya-tanya apakah yang digunakan.. Betul tak?

Untuk kekal cantik seharusnya memerlukan penjagaan yang rapi bukan sahaja dari segi luaran, malah kita juga seharusnya menjaga dari dalaman juga. Rata-rata wanita di Malaysia mencari produk-produk kecantikan hanya untuk luaran sahaja. Sebenarnya asas kecantikan haruslah bermula dari dalam.

Bila Cantik, keyakinan diri bertambah, rasa lebih yakin untuk berhadapan dengan orang kan.
Secara realitinya.. peredaran masa menyebabkan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi kehidupan kita. Jika zaman dulu tiada fast food.. tapi sekarang kita lebih memilih untuk makan fast food disebabkan oleh kekangan masa. Kebanyakan wanita di Malaysia sekarang terdiri daripada wanita bekerjaya. Jadi faktor kekurangan masa adalah satu faktor yang kadang-kadang kita ketepikan soal penjagaan diri. Dan inilah keadaan dimana kita sangat-sangat memerlukan supplement untuk kehidupan seharian kita.

Kenapa ramai yang memilih SHAKLEE??
Ini kerana Suplement dari SHAKLEE dihasilkan dari sumber semulajadi yang terbukti selamat dan berkesan. Ianya juga sudah dipercayai lebih 50 tahun. SHAKLEE juga sentiasa memastikan dan sentiasa meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Ingin cantik?? Haruslah bijak memilih produk yang sesuai untuk anda dan pastikan ianya adalah dari sumber semulajadi. 

Untuk dapatkan kulit yang cantik VIEW SINI ea
 

Friday, March 15, 2013

SHAKLEE DISTRIBUTOR

Assalamualaikum...
 
Syukur Alhamdulillah saya sudah pon mendaftar sbg Distributor Shaklee, kpd smua sahabat2 yg ingin mendapatkan produk2 shaklee, boleh order dgn saya yaa...sila nyatakan ur prob & saya akan cuba membantu anda suggestkan set2 yg sesuai... 

Alhamdulillah... satu lagi langkah baru... Baru mula setapak.. Banyak lagi langkah yang perlu dilalui..

Friday, March 8, 2013

MEMASANG IMPLANON

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Hari ni aku nak share something dengan semua ibu-ibu yang inginmerancang kehamilan.. Jom kita view 

info dan PIC ini daripada Susukdara Puteri Aisya

IMPLANON
ialah kontraseptif hormon yang mengandungi 68 mcg Etonogestrel dalam implan penghantar yang fleksibel untuk jangka panjang, iaitu untuk tiga tahun. Ia sebesar batang mancis dan ia dipasang di bawah kulit lengan tangan kiri (jika wanita itu menggunakan tangan kanan) atau sebaliknya jika wanita itu menggunakan tangan kiri.

Susuk ini mengeluarkan lebih kurang 40 mikrogram hormon progestogen-Etonorgestrel dalam 24 jam. Hormon ini:
•Menghalang ovulasi dengan cara mengawal pengeluaran hormon LH
•Meningkatkan kepekatan lendir serviks yang menghalang pergerakan dan penembusan sperma
•Mencegah kehamilan selama tiga tahun

Selepas menanggalkan implan, tahap hormon etonogestrel akan menurun secara mendadak dan tidak dapat dikesan selepas seminggu dan sebilangan besar wanita yang mengamalkannya akan mencapai ovulasi dalam masa sebulan selepas menanggalkannya.

Pemasangan Implanon perlu dilakukan oleh doktor yang menjalankan latihan untuk memasangnya. Seramai 3,518 doktor keluarga di Malaysia dan Singapura mempelajari cara pemasangan dan menanggalkan Implanon.

Kebaikan Implanon:
Implanon ialah kaedah kontraseptif yang mudah pulih untuk jangka masa panjang. Ia berbentuk seperti sebatang lidi yang kecil yang boleh dipasang dibawah kulit di bahagian lengan dekat badan anda.

Kesan Implanon Apakah kebaikannya?
•Anda terlindung dari kehamilan selama 3 tahun.
•Pengguna tidak perlu melakukan apa-apa.
•Implanon tidak mengganggu kehidupan seks anda.
•Kesuburan anda kembali dengan cepat selepas Implanon dikeluarkan.
•Cepat dan mudah untuk dipasang dan dikeluarkan

Apakah keburukannya?
Kemungkinan kecil, wanita yang menggunakan Implanon akan mengalami:-
•Waktu pendarahan yang berpanjangan dan yang tidak menentu
•Amenorrhea (tidak datang haid) jika wanita itu memberi susu badan.

Siapa yang sesuai untuk menggunakannya? Wanita yang:
•Mahukan kaedah kontrasepsi mudah, iaitu sekali dipakai tidak lagi memerlukan penjagaan atau tindakan selanjutnya.
•Inginkan alternatif selain pemandulan
•Mahu menjarakkan kelahiran anak
•Ingin menangguhkan kelahiran anak-anak
•Tidak memuaskan atau sudah tidak berpuas hati lagi dengan kaedah kontrasepsi yang digunakan.
•Tidak mempunyai toleransi atau dilarang mengambil estrogen tiruan
•Mahukan kaedah kontrasepsi yang boleh ditoleransi, berkesan dan mengembali ke kehamilan dengan mudah

Siapa yang tidak wajar menggunakan Implanon? Wanita yang:
•Mengalami gangguan tromboembolik yang aktif
•Mempunyai tumor yang memerlukan rawatan progesteron (disahkan atau disyaki)
•Menghidapi atau pernah menghidapi penyakit radang hati yang teruk dan keadaan hati belum pulih seperti normal
•Mempunyai tumor hati yang merbahaya atau tidak merbahayakan
•Disahkan atau disyaki menghidapi barah buah dada
•Disahkan atau disyaki hamil
•Mengalami pendarahan vagina yang tidak dapat didiagnosis

INFO DARI PAGE Susukdara Puteri Aisya <-- JOM LIKE UTK DAPATKAN BYK INFO

Thursday, March 7, 2013

HARI BARU SEMANGAT BARU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Alhamdulillah syukur.. Diberi ketenangan hati hari ini. Lupakan peristiwa semalam dan mulakan semangat baru hari ini.  Hari baru dengan semangat baru. 

Sedikit motivasi pagi hari ini. 
"Kadang-kadang kita sering menyalahkan orang lain, bila sesuatu perkara terjadi.. Kenapa kita tak lihat kesilapan diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Seringkali kita menganggap diri kita betul.. Tapi hakikat sebenar adalah sebaliknya"..

Kata-kata tu adalah sebagai motivasi kepada aku sendiri.. supaya melihat kelemahan sendiri dulu sebelum menunding jari ke arah orang lain.. Dan mengharapkan kata-kata ini sering berada di dalam kotak fikiran aku ni.. supaya jangan lupa.. OK motivate diri sendiri dulu...

Hari ni sangat banyak urusan yang perlu dibuat.. Ada beberapa kerja lagi yang masih pending dan perlu disiapkan segera.. Urusan COD dan pos seperti biasa tengah hari ni..

Alhamdulillah... Rezeki itu dari ALLAH yang maha pemurah.. Amin.. 

p/s: jangan lupa doakan untuk rakyat Sabah dan Pasukan Keselamatan kita ea.. Semoga semua operasi mereka berjaya dan tiada pertumpahan darah lagi.. Amin

Wednesday, March 6, 2013

PROPOSAL DAH SIAP

Alhamdulillah.. Siap juga proposal hari ni.. Proposal Khaiza Beauty Shop.. Harap-harap dipermudahkan segala urusan.. InsyaALLAH..

Anda yang bertanya, mana datangnya minat nak berbisness? Jujur aku cakap, aku bukanlah seorang yang minat dalam berniaga. Percaya atau tidak jika aku katakan yang aku join bisnes ni sebab aku terdesak atau terpaksa.. 
**Permulaan entry ini adalah dikarang seawal pagi tadi..

Sekarang jam tepat 11.27 am.. Seawal pagi tadi semangat untuk menulis sangat berkobar-kobar tapi sekarang, semangat tu dah hilang.. hilang dibawa dengan perasaan yang bercampur.. 

Perasaan kecewa, sedih, marah dan bersalah..

Saat entry ini ditulis.. emosi aku bukan dalam keadaan yang baik... Sedih sangat tapi tak ada cara untuk redakan perasaan ni. Hanya satu persoalan sahaja... Kenapa? Kenapa? dan Kenapa?

Berkali-kali tarik nafas.. cuma untuk redakan perasaan ini.. tapi masih sama.. Apa yang aku boleh cakap.. makin lama aku stay kat sini, makin rasa terbeban.. Aku sendiri tak faham kenapa benda macam ni boleh jadi.. Perlu ke aku tulis kat sini..

Tuesday, March 5, 2013

REWARD UNTUK MINI STOKIS DAN PENGEDAR MAIXARA C- SENTIAL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Alhamdulillah semalam berkesempatan jugak aku untuk berdoa dan sedekahkan surah yasin kepada pejuang-pejuang negara yang terkorban bagi mempertahankan negara tercinta. Walaupun saudara-saudara aku tak terlibat dengan operasi ini tapi aku sabagai rakyat malaysia dan saudara seagama islam, ini sahaja yang mampu aku buat. Selain daripada doa dan sedekahkan al-fatihah tiada apa lagi aku insan yang kerdil ini mampu lakukan, selain daripada melihat perkembangan dari jauh ini. Dan tak putus-putus berharap supaya masalah ini akan segera ditamatkan. InsyaALLAH.. semuanya dengan izin ALLAH s.wt.

Mood aku hari ni agak happy... sebab baru dapat berita yang HQ MAMA Secret akan bagi Reward kepada pengedar-pengedar Maixara C-sential.. Aku sebagai STOKIS tumpang happy bila HQ umumkan berita ni.. At least ada juga sesuatu untuk pengedar dibawh aku kan.. Seriusly cakap, aku sangat berpuasa hati dengan team work yang ada dalam group Maixara C-Sential dan senang nak berurusan dengan pengasasnya sendiri.. Itu yang penting pada aku.. Senang nak berurusan.. Dengan hanya SMS atau Whatsapp sahaja, Puan Aina mesti reply..

Jadi disini saya ingin mengajak anda yang berminat menyertai Maixara Team... Jom daftar sebagai Mini Stokis atau Pengedar Kami sekarang. InsyaALLAH banyak lagi reward yang bakal anda dapat.

Ini la reward untuk pengedar Maixara C-Sential.. Jam DKNY bernilai lebih RM800 ini, bakal menjadi milik pengedar dengan belian terkumpul sebanyak 240 kotak..


Dan ini pulan reward untuk Mini Stokis Maixara C-Sential. Beg Tangan COACH..


Nak daftar sebagai Pengedar atau Mini Stokis Maixara C-Sential??? Jom like page saya di Khaiza Beauty Shop atau sms ke 019-4296954

Free Postage kepada semua Pengedar dan Mini Stokis bagi yang berurusan melalui POS

Monday, March 4, 2013

DOA RAKYAT MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pagi ini hati rasa agak sayu bila mengenangkan nasib isteri dan anak-anak tentera kita yang terkorban semasa berjuang mempertahankan negara dari tangan penceroboh.. Aku agak terkilan bila isu nyawa ini dikaitkan dengan sandiwara dan mainan politik.

Apakah masing-masing tidak mempunyai akal fikiran, hati dan perasaaan? Isu Nyawa bukan lagi isu politik yang boleh dibuat mainan. Ini tanah kita.. Apa akan jadi sekiranya negara kita yang tercinta ini kembali dijajah? 

Pada aku sendiri, sepatutnya kita rakyat malaysia sama-sama doakan yang terbaik kepada tentera-tentera kita yang berjuang untuk membela negara.. Bukannya asyik menuding jari kesana-sini. Menyelongkar sejarah dan pelbagai cerita yang belum tentu kesahihannya. 

Kita boleh anjurkan solat hajat semasa serangan ke GAZA.. Ini negara kita sendiri, kenapa kita tak anjurkan.. 

Ini hanyalah pendapat aku dari insan yang kerdil.. namun aku ada hati dan perasaan.. Dan aku hanya mampu berdoa semoga segala sengketa ini akan berakhir tanpa ada pertumpahan darah lagi..

this pic taken from GOOGLE
Mari sama-sama kita doakan untuk pejuang kita di SABAH.. dan rakyat Malaysia di SABAH..

Dan mari bersama-sama kita mendoakan Sabah kembali mengecapi keamanan seperti sebelum ini. Tolak sifat pentingkan diri, pentingkan negeri, kerana kita semua berada dibawah 1 negara yang sama, Malaysia. Semoga Allah berkati usaha kita ini...

Doa yang diajar oleh Rasulullah saw apabila berlaku kesedihan dan dukacita sepertimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari seperti berikut:


لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

Atau berdoa dengan Doa yang diajar oleh Rasulullah sebagaimana Hadis riwayat Abu dawud dan Ahmad yang dinilai Hasan oleh Syeikh al-Albaani seperti berikut

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو، فَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِى طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ