Pages

Wednesday, February 27, 2013

PEMBANTU KECIL MAMA

Assalamualaikum... Alhamdulillah.. 
Akhirnya.. Pagi ni kesihatan aku kembali seperti sedia kala.. Syukur.. Sekurang-kurangnya boleh uruskan banyak urusan yang tertangguh.. 


Alisha.. My Little Princess.. Pembantu setia MAMA... kemana saja MAMA pergi dia mesti ada.. apa saja MAMA buat dia mesti follow.. Orang selalu cakap bapa borek anak rintik.. mcm tu la.. kiranya alisha dan MAMA..

Tak dapat bayangkan macam mana kalau Alisha dah besar.. Mesti MAMA sunyi..hu hu.. Sekarang ni ada jugak tempat untuk bergaduh.. Manja-manja.. Alisha dah masuk 4 tahun.. Tahun depan 5 tahun, dah nak hantar sekolah.. Pantasnya masa berlalu.. Sepantas cahaya kilat.. Sedar tak sedar dari hari ke hari usia makin bertambah.. Tanda-tanda penuaan pun dah timbul sikit-sikit.. Sakit situ sakit sini.. 

Tiba-tiba teringat zaman sekolah-sekolah dulu.. RINDUnya zaman main teng teng.. main pondok-pondok.. yang paling best main kawin-kawin.. hihihi.. bila semua sepupu, sedara semua dah besar mula la rasa malu-malu.. erm.. sweet..

Ramai yang tanya.. bila nak tambah Adik.. :-) hrm..... Aku happy dengan kehidupan aku sekarang.. Senang nak bergerak kemana sahaja.. Sebab Alisha dah besar. Tak perlu nak angkut susu dan pampers bagai dah.. Tapi itu tak bermaksud aku tak nak mengandung lagi.. Cuma masa belum mengizinkan.. Sesungguhnya ALLAH tahu apa  yang terbaik untuk hambanya.. Kami tidak pernah merancang.. So aku terus menanti dan menanti.. Moga rezeki itu ada juga untuk aku.. Aku dan My En Hubby ada berbincang tentang perkara ni.. Sekiranya ditakdirkan aku hanya ada Alisha.. kami akur... kami terima.. sesungguhnya itu adalah permata berharga untuk kami.. yang tiada tandingNya. Aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku ada Alisha

KISAH ADAM CORRIE LEE BIN ABDULLAH MEMELUK ISLAM

Assalamualaikum sahabat-sahabat.
Saya ada banyak menerima msg dari sahabat-sahabat di FB yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam.

Saya ringkaskan di sini untuk sahabat-sahabat budiman

Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah.
Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Budha.

Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain.

Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.

Bagaimana boleh peluk Islam?

1. Kaabah. - sy suka tgk kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana.

2. Bersahabat baik saya anak ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka.

3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup. Telah banyak agama sy kaji sebelum membuat keputusan balik pada fitrah.

Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur;

"Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah."

Ketika tidur saya telah bermimpi seperti berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum.

Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu. Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu.

Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah.

Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya :)

 
copy from FB Ustaz Don Daniyal

Tuesday, February 26, 2013

ALHAMDULILLAH.. SYUKUR

Alhamdulillah... Sakit makin berkurangan.. Habis semua makanan pagi tadi aku muntahkan.. hu hu.. pedih hidung. Pagi tadi makan nasi lemak.. Seksa rasa.. Denyut-denyut dikepala ni terasa sekali-sekali.. Moga-moga tidur sepanjang malam ni, bangun pagi esok dah tak de sakit-sakit.. Seksanya rasa... 

Dalam keadaan yang macam ni pun still intertain customer.. Alhamdulillah.. esok ada lagi untuk COD dan POS.. Rezeki mencurah-curah sejak akhir-akhir ni.. Walaupun penat tapi berbaloi.. Seriusly bukan mudah untuk yakinkan customer dengan produk yang kita jual.. Tapi makin hari dalam dunia perniagaan ni aku makin motivate diri sendiri dan lebih tenang untuk intertain customer.. Setiap persoalan yang diaju.. alhamdulilllah aku mampu untuk yakinkan customer.. Ini aku belajar sikit demi sedikit.. dan dari hari ke hari rasa konfiden tu timbul sendiri... Sedar tak sedar dah 3 tahun aku join bisness.. Sungguh tak percaya.. Sekejap je masa berlalu..

Tadi ada customer Whatsapp.. Kenapa harga berbeza dengan seller lain? Soalan ini seperti soalan lazim.. sering diutarakan oleh customer.. Apa yang mampu aku cakap.. Aku sekadar mengikut prosedur yang syarikat tetapkan, dan aku ada agreement yang aku tandatangan dengan pihak syarikat.. jadi aku kena follow apa yang pihak syarikat tetapkan. Dan barang yang aku jual adalah ori bukan tiruan. Tapi aku ada cara lain yang aku ambil untuk appreciate setiap customer aku.. Setiap seller ada cara yang berbeza untuk intertain customer.. Jadi aku dengan cara pendekatan aku sendiri.. 

Aku bersyukur kerana, ramai juga regular customer yang deal dengan aku. Alhamdulillah.. Semua tu ALLAH yang tentukan.. ALHAMDULILLAH

SAKIT ITU UJIAN ALLAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selamat Pagi semua.. Alhamdulillah.. Syukur.. Hari ini masih lagi bernafas diatas muka bumi ALLAH ini.. Walaupun kesihatan sekarang tidak berapa baik tapi aku tetap bersyukur kerana masih boleh berdiri dengan sendiri.. 

Seharian uruskan COD Maixara C-Sential sekitar putrajaya dan urusan ke pejabat pos, tetiba kepala aku jadi ting tong.. seperti menyucuk-nyucuk.. Arini ni rasa sakit tu masih bersisa.. Aku biasala kalau lambat makan, memang selalu macam ni.. Perut manja la katakan..

Kul 9pm semalam masih ada urusan COD Maixara C-Sential ke Bandar Baru Bangi. Walaupun kepala rasa sangat berat tapi masih aku gagahkan diri untuk urusan COD.. Sebab dah janji dengan customer.. Alhamdulillah dengan sokongan My En Hubby, aku gagahkan diri ini.

Sehari berSMS dengan customer, aku ingat customer perempuan.. Rupa-rupanya lelaki.. O.. Seriusly aku terkedu.. Sebab sebelum ni kebanyakkan customer aku adalah perempuan.. Customer ni ada masalah resdung. So part ni aku passing pada My En Hubby untuk intertain, Aku relax je dalam keta.. hi hi hi, tambahan pula dengan kepala yang masih berdenyut-denyut ni.. sesekali ok jugak if My En Hubby yang tolong aku handle customer kan... Time ni la aku nak tengok macam mana cara My En Hubby aku layan customer..

Seriusly lama giler... Penat menunggu wei... banyak betul story diorang.. Aku pun tak sangka.. Hampir 20 minit jugak la.. 

Tapi aku ok je.. coz aku relax dan rehat je kat dalam keta.. cuma sesekali.. rasa loya-loya nak muntah datang.. part ni yang aku paling tak tahan... Semalam balik terus Tido..My En Hubby yang uruskan Alisha.. Aku pulak dah selamat tido... Dan hari ni aku masih bertahan.. mengharapkan sakit ni akan beransur sikit demi sikit..  

Dan saat ini, saat nafas ni dihembus aku sangat bersyukur kerana penerimaan Maixara C-Sential diluar jangkaan. Aku bersyukur Ya ALLAH..

Bagi Yang berminat untuk jadi pengear Maixara C-Sential atau Mini Stokis Maixara C-Sential boleh contact saya di 019-4296954 atau boleh like page saya di Khaiza Beauty Shop.

Thursday, February 21, 2013

HARI-HARI KENA MARAH, SIAPA TAK SAKIT KAN...

Kalau korang la berada dalam situasi ini??? Apakah yang akan anda rasa??? Hari-hari kena marah, hari-hari kena bebel.. Walaupun bukan aku orangnya yang kena bebel dan kena marah ni.. tapi telinga aku ni pun dah bernanah beb.. hari-hari tadah telinga.. itu apa yang aku rasa.. Tapi macam mana pulak bagi orang yang hari-hari ngadap benda tu.. Mau sawan dibuatnya..

haih.. ngeluh aku hari-hari.. seriusly kesian beb.. nasib baik la orang yang kena bebel ni hati kering.. tapi hati kering pun, kena juga dijaga kan... Aku pelik la.. tak de cara lain ke diorang ni nak solve problem diorang.. Dah tahu budak tu lembab.. cari la kaedah lain yang lebih effektif.. Kalau dah hari-hari kena bebel pun tak jalan, cari la cara lain yang boleh buat budak tu faham.. Batu tu pun kalau diasah hari-hari tajam jugak akhirnya.. betul tak? (Ye ke, batu boleh diasah.. aku tak pernah cuba lagi. ha ha ha)

Why not diorg ni cuba guide 1 by 1 step yang perlu.. Bila ada kes tu cuba monitor macam mana dia buat, kalau salah tegur la. tegur dengan berhemah.. hei semuanya dah dewasa la.. dah jadi mak orang kot.. Memang la.. budak kalau slow memang susah sikit nak faham.. Kena banyak kali baru boleh..

Aku dulu pun macam tu jugak.. Bukan senang nak buat kerja ni.. Susah tau.. Nak-nak pulak bila main dengan duit, akaun dan macam-macam lagi..

Aku rasa dah hampir 3 tahun lebih kot budak tu keje sini... Yes.. kita bila nak marah orang memang dah tak pikir perasaan orang.. sedap mulut kita je nak cakap apa.. tapi pernah tak kita pikir apa pula perasaan kita bila kita pulak yang kena marah.. depan semua orang pulak.. Marah memang sedap la.. Yang kena marah, yang kena bebel tu maca mana?? Erm... apa-apa pun tepuk dada tanya diri sendiri.. 

Jangan lupa Like page saya Khaiza Beauty Shops ea

BERMINAT MENJADI MINI STOKIS MAIXARA C-SENTIAL??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Untuk makluman semua, saya adalah Stokis Sah Maixara C-Sential by Mama Secret. Kami ingin mengalu-alukan anda yang berminat untuk menyertai kami sebagai Mini Stokis Maixara C-Sential untuk bersama-sama kami menyertai team Maixara.

Kami juga mengalu-alukan anda yang berminat menjadi Pengedar Maixara C-Sential. Modal hanya RM690 sahaja.

Produk Vitamin C Maixara C-Sential ini semakin mendapat perhatian dan semakin Hot dipasaran kerana harga yang amat berpatutan dan mampu untuk dimiliki. Hanya RM99.90/1 botol untuk kegunaan 2 bulan.

1 bulan anda hanya perlu spend RM49.95 sahaja untuk kelihatan cantik dan kulit yang halus, mulus.

Anda boleh LIKE page Khaiza Beauty Shop 
atau 
SMS/Whatsapp : 019-4296954

Monday, February 18, 2013

STOKIS MAIXARA C-SENTIAL (MCS) BY MAMA SECRET


Maixara C-Sential Produk Terbaru daripada Mama Secret
Harga yang amat berpatutan.. Hanya RM99.90 untuk kegunaan 2 bulan
1 bulan anda hanya perlu spend RM49.95 sahaja untuk kesihatan dan kecantikkan kulit anda.
Sangat berbaloi bukan????

Kini kami juga ingin menawarkan anda sebagai mini stokis Maixara??? Hanya bermodalkan RM2999 (harga promosi) sahaja.. Dan anda juga boleh melantik agen dibawah anda... 


Sekiranya anda berminat menjadi agen / pengedar maixara c-sential (MCS) bermodalkan hanya RM690 sahaja..







10 sebab mengapa maixara c- sential (MCS) menjadi pilihan ramai...


Anda boleh melihat hasilnya sendiri... Banyak testimoni-testimoni daripada pengguna maixara c-sential (MCS) yang ingin kami kongsi kan bersama anda...







Harga Maixara C-Sential (MCS) hanya RM99.90
untuk kegunaan 2 bulan
terdapat 60 tablets

Saya Adalah Stokis Maixara C-Sential Yang sah berdaftar dengan Mama Secret
Berminat Menjadi Pengedar atau Mini Stokis boleh :

or SMS/whatspp :019-4296954

Untuk sebarang pertanyaan dan order


Friday, February 15, 2013

LIRIK LAGU SASTERA SI KUPU-KUPU

Betapa kelam buat aku tak termampu
Di manakah mentari
Yang dahulu disisi

 
Betapa kejam bila sayapku kau patah
Tubuhku pun melemah
Diriku pun merebah


Sakit ini
Adalah Setia yang tak pernah kau mengerti

Berharap kasih moga engkau mampu memahami
Walaupun bukan sekarang
Bahagia menjelang

 
Berharap kasih moga engkau mahu untuk bersama
Andai musim pun berubah
Dirimu kan datang


Aku si kupu-kupu
Hinggap di kuntum hatimu


Mimie Haris - Sastera Si Kupu-kupu
OST - Setia Hujung Nyawa

Thursday, February 14, 2013

FRUSTRATED

i'm frustrated right now..

hu hu hu

trying do my job smoothly
but

so many thing come out..

and i can't concentrate anymore
:-) very upset
 
now.. i'm trying to think positive and do my job slowly until finish