Pages

Monday, November 25, 2013

HIDROKUINON

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tetiba ternampak ada yang post kat FB berkenaan dengan Hidrokuinon.. Since saya pun dalam persekitaran bisness berkenaan dengan dunia kecantikan dan kesihatan ni, jadi saya terpanggil untuk share info berkenaan Hidrokuinon ni.. Actually dah lama benda ni di perkatakan.. cuma maybe sometime kita sendiri pun tak sure apa tu Hidrokuinon.. Jadi kat sini, saya akan share sikit ea..


HIDROKUINON
Iaitu racun yang selalu digunakan pada krim malam dan krim pemutih. Racun ini telah diharamkan di bawah Akta Racun 1952 kecuali di bawah kawalan doktor/farmasi.

Ia sebenarnya bahan peluntur filem, getah, rambut dan sebagainya. Sifat pelunturnya boleh menghakis lapisan luar kulit (epidermis) dan menghalang pembentukan melanin. (Melanin adalah pigmen pada kulit sebagai pelindung yang berwarna gelap/coklat).

Penghakisan melanin dengan cepat menyebabkan muka menjadi putih manakala parut dan jeragat boleh hilang. Ini menyebabkan ramai pengguna tertarik. Pada peringkat awal penggunaannya, ramai pengguna terpedaya kerana kulit menjadi putih dan jeragat boleh hilang.

Sebenarnya kulit yang putih oleh hakisan hidrokuinon tidak akan kekal lama kerana kulit muka akan kembali kepada warna asal oleh proses melanin tadi. Untuk terus kekal kelihatan putih, pengguna terpaksa menggunakan produk berhidrokuinon dengan lebih banyak lagi. 

Jadi.. lepas ni kalau nak beli apa-apa produk mesti berhati-hati ea.. pastikan tiada barang-barang terlarang seperti hidrokuinon ni dalam kosmetik kita..
all this info copy and paste from FB page TREENEA..
Sharing is Caring

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: