Pages

Wednesday, September 11, 2013

SINOPSIS LAGENDA BUDAK HOSTEL

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.. 

Jom Tengok Wayang... Apa yang menarik??? Macam sangat-sangat teruja nak tengok movie ni "Lagenda Budak Hostel" di pawagan 12 September 2013

  
Sinopsis Lagenda Budak Hostel :
Mengisahkan gelagat pelajar hostel atau asrama iaitu Along Cham sebagai Kodan dan Along Eyzendy (Put) yang melakonkan watak pelajar tingkatan enam dan senior di sekolah berasrama penuh yang terpencil di sebuah pekan. Gelagat mereka cukup mencuit hati.
Apatah lagi, kedua-duanya cukup disegani dan digeruni pelajar lain di asrama itu yang berhadapan kes buli setiap hari. Bahkan, yang bagusnya setiap aktiviti nakal dilakukan Put dan Kodan tidak pernah ditangkap warden asrama, Cikgu Angah (Angah Raja Lawak). Malah, mereka juga bersaing merebut hati Seroja.

Seroja (Nora Danish) adalah anak gadis Cikgu Angah yang jelita. Justeru, dia menjadi pujaan ramai di asrama itu. Jadi, bagi mendapatkan perhatian Seroja, maka Put dan Kodan yang bersahabat baik sentiasa bersaing. Hinggalah, suatu hari muncul pelajar baru, Kicap (Epy Raja Lawak) yang sedia membatu.

Kicap mengingatkan mereka supaya bersaing dengan cara betul untuk tonjol kehebatan masing-masing yang akhirnya mampu menambat hati Seroja. Bahkan, Kicap mencabar Put dan Kodan supaya bertanding memenangi kerusi pelajar dan sekali gus berjaya memikat Seroja seperti yang diimpikan.

Masalah, hanya seorang saja yang akan berjaya memegang gelaran ketua pelajar itu. Maka, bermulalah 'peperangan' antara dua sahabat itu dalam usaha menarik undi siapa paling banyak. Malah, pelbagai taktik sanggup dilakukan mereka yang tidak mahu mengaku kalah demi mendapatkan cinta daripada Seroja.

Apakah usaha Put dan Kodan akan menemui kejayaan? Bagaimana pula dengan hubungan persahabatan mereka yang barangkali tergugat dengan persaingan itu? LBH pasti akan membuatkan penonton tidak kering gusi.

Lagenda Budak Hostel mengimbau kenangan pelajar yang menetap di asrama sekitar tahun 90-an hingga 2000. Ujarnya mengambil kira kesesuaian lokasi, pada era itu pun penggunaan telefon bimbit masih tak banyak. Namun, kebanyakan pelajar asrama pula dikenali menerusi kenakalan mereka dan sikap membuli.

Lokasi penggambaran filem Lagenda Budak Hostel : 
Sekolah Menengah Sains, Ulu Yam, Selangor

Barisan Pelakon Lagenda Budak Hostel :
Along Cham sebagai Kodan, Along Eyzendy (Put), Nora Danish (Seroja), Angah Raja Lawak (Cikgu Angah), Pekin Ibrahim (Aeron), Epy Raja Lawak (Kicap), Eddy Rauf (Ballon), Atikah Suhaime (Mila), Siti Aziz (Zakiah) dan Mikael Andre (Tobek)

1 comment:

  1. Salam kenal Khaiza!
    1st time singgah sini.. Dari filem trailer tu memang nampak macam menarik jer citer ni.. Nanti kalau Khaiza gi tengok jgn lupa share best ke tak ekk.. Hehe.. =)
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: