Pages

Thursday, September 12, 2013

KLINIK QISTINA SRI KEMBANGAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Pagi ni ada miting.. erm.. boring + ngantuk la nanti.. Sejuk sangat arini... Hujan semalam.. boleh tak tidor mati.. hujan pun tak perasan.. alih-alih bangun pagi tengok jalan.. pokok-pokok semua basah.. confirm la hujan kan..

Erm.. tengah pening nih... dah 2 hari Alisha tido tak nak pakai baju dan seluar.. katanya panas.. Mama macam blur.. Panas??? Mama punya la sejuk.. Aishhhh... ntah la.. Tapi kejap je.. aku biarkan dia tido dulu.. then dah nyenyak pakaikan la balik baju dia..

Last tuesday aku bawa Alisha pergi klinik Qistina Sri Kembangan.. Sebabnya.. Alisha gatal-gatal kaki tangan semua... membuatkan dia langsung tak boleh tido.. bila dia tak tido.. mama dan abah pun turut sama la tak tido kan... Adoiiii aiii... mama ni pulak memang jenis yang tak boleh tak cukup tido dan tak boleh tido kejap bangun tido kejap bangun.. Memang esoknya.. sampaike petang la kapala mama ding dong..  

  tengok muka anak mama.. bukan demam ea.. tapi baru bangun tido.. Ini la hasilnya.. Still mamai 



Kenapa aku pergi Klinik Qistina?
Sebenarnya kitaorg dah buntu.. dah tak tahu nak buat macam mana dan nak pergi mana disebabkan gatal-gatal di tangan dan tapak kaki Alisha ni.. Esoknya My En Hubby pergi ofis tanya-tanya member opis... dan diorg suggest untuk pergi Klinik Qistina.. Katanya.. kalau anak-anak diorg gatal-gatal memang bawa ke sana je.. berkesan katanya.. Tanpa pikir panjang My En Hubby terus ajak bawa Alisha pergi sini.. Now dah dua hari Alisha ambik ubat untuk makan dan sapu.. Alhamdulillah.. nampak macam OK...

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: