Pages

Tuesday, September 3, 2013

HARGA MINYAK NAIK....

Assalamulaikum dan Salam 1 Malaysia,

Semalam pengumuman harga minyak naik 20sen untuk diesel dan Ron95.. Of course la ramai yang melenting kan... erm.. aku?.. no comment... aku sendiri pun terkena tempiasnya.. nak nak pula dok kat bandar macam aku ni... semua nak kena bayar.. orang berpendapatan rendah at least boleh dapat BR1M. itu pun setahun sekali.. bukan tiap2 bulan.. tapi kos barang naik, kos harga minyak naik ni kita tanggung setiap hari, setiap bulan, setiap tahun. Golongan pertengahan macam aku ni... nak apply BR1M pun tak lepas.. nak beli rumah pun semput-semput.. kat bandar ni semua dah cecah 250k - 300k.. alamatnya tak boleh pikir pun untuk ada rumah sendiri la kan... mana tak nya.. kalau harga rumah dah cecah 250k.. bayar bulan-bulan dah berapa.. maunya 1k lebih kan.. Walau apa pun hidup kena terus kan.. Perut pun nak kena beralas.. pendek kata sekarang ni makan la sardin hari-hari...

OK... itu saja... luahan hati dari seorang rakyat malaysia.. kata tadi no comment kan... sekali bila dah komen... ha... ambik kau... nampak sangat tak puas hati...

p/s : setiap orang ada pendapat masing-masing... diharapkan entry ini tidak menyinggung mana-mana pihak.. Harap Maklum... Terima Kasih..

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: