Pages

Wednesday, July 10, 2013

SALAM 1 RAMADHAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Salam 1 Ramadhan.. Alhamdulillah... Ramadhan datang lagi.. Hari ni 1 Ramadhan.. Dan hari ini juga Birthday My En Hubby.. Selamat Hari Lahir Sayang... Kebetulan hari lahir My En Hubby jatuh hari pertama puasa.. dan sekiranya 1 syawal jatuh pada 8 Ogos MAKA Birthday Alisha juga akan jatuh pada Hari Raya pertama... KEBETULAN :-)

Sahur apa arini? Aku masak simple jer... Semalam dah masak siap-siap.. Senang pagi ni bangun tinggal panaskan je.. Alhamdulillah.. sempat juga bangun pukul 4.30 pagi.. risau juga takut-takut terbabas... Dah lama tak bangun seawal macam ni kan... My En Hubby bangun awal arini untuk solat sunat..

Ramadhan tahun ni rasa lain sikit bagi aku, mungkin dah banyak perkara baik yang berlaku dalam hidup aku akhir-akhir ini... Dan semangat untuk menyambut ramadhan makin tebal... aku sangat-sangat nantikan ramadhan kali ini.. dan yang pastinya My En Hubby ada kat rumah sepanjang ramadhan ni.. Kelas pun dah habis.. cuma tunggu siapkan proposal dan sistem projek final year sahaja.. alhamdulillah... sekejap je masa berlalu.. dah 3 tahun My En Hubby belajar... Lepas raya ni dah habis.. ERmmmm happy nya...

Dan disebabkan My En Hubby ada, so tiap-tiap hari aku akan masak untuk berbuka... Sebelum ni kitaorg beli jer.. balik rumah just masak nasi je.. tapi kali ni memang berazam nak masak sepanjang ramadhan... InsyaALLAH jika diizinkan ALLAH.. tapi My En Hubby ada berpesan.. kalau rasa tak larat or tak sihat kita beli jer... Tengok dulu macam mana.. Harap-harap diberikan kesihatan dan tenaga yang baik dan berpanjangan sepanjang ramadhan ni dan bulan-bulan berikutnya.. Alhamdulillah... Tahun ni juga boleh berterawih dengan My En Hubby dan Alisha sekali... Yeay!!!! sangat-sangat yang dinantikan...

Seperti biasa seperti tahun-tahun yang lepas... aktiviti mencari resepi di internet memang akan menjadi salah satu rutin harian.. Aku tak tera sangat masak... Jadi nak cari kelainan kena la search kat internet..

Seperti biasa... awal-awal pagi ni agak cerdas sikit la.. tapi bila dah mula menginjak ke petang mula la lemah longgai je dibuatnya.. Jadi nak kekalkan tenaga sepanjang ramadhan, jom kita amalkan set lengkap untuk tambah tenaga shaklee..


Apa kelebihan set ini... Jom kita baca..

ESP (Energizing Soy Protein) 
Didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat daripada 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu.
Membantu mengekalkan tenaga berpanjangan sepanjang kita berpuasa
Membantu kita melapik perut dan menahan lapar kerana ia menbantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Oleh itu dapat kita mengel
akkan rasa pedih ulu hati. Sangat sesuai untuk mereka yang ada gastrik.
Gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja anda sepanjang anda berpuasa.


Performance Drink
Mempunyai rasa oren yang menyegarkan.
Ia menjadi pilihan ahli2 sukan dan mereka yang menjalani gaya hidup aktif supaya kekal bertenaga dan mengurangkan rasa dahaga melalui:-

~ Rumusan ekslusif opticarb memberi kita Karbohidrat bagi daya tahan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera.
~ Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan.
~ Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.


Meal Shakes
Berperisa vanila yang membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting.
Kaya dengan kalsium dan membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa ini.
Memelihara kesihatan melalui kandungan vitamin-vitamin dan mineral penting yang diperlukan badan setiap hari yang selalunya sukar dipenuhi melalui sajian berbuk dan sahur kita.


Bagi yang nak order set tambah tenaga ni boleh PM ke Pengedar Shaklee ea (klik je link ni).. 

OK semua... Selamat Menjalani Ibadah Puasa...


1 comment:

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: