Pages

Monday, May 27, 2013

SELAMAT BERCUTI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selamat Bercuti kepada semua warga pendidik... Cuti-cuti sekolah ni mesti dapat banyak undangan khawin kan.. aku pun tak terkecuali dari undangan perkahwinan... Ada dua undangan.. 1 undangan datang dari My ofismate.. Boleh dikatakan rapat jugak la... banyak juga suka duka kami kongsi sama-sama... Erm... dah nak kawin kawan aku ni.. Cepatnya masa berlalu.. Sedar tak sedar dah hampir 4 tahun aku kat sini..

Lagi satu dari anak saudara aku... Feeling aku sekarang dah lain.... Hati berbunga-bunga nak balik kampung.. Erm... tak sabar nak balik... since mak aku pun dah semakin uzur.. :-( sedih... 

Perasan nak balik tu memuncak... tak sabar nak jumpa mak.. Setiap solat aku doakan untuk mak.. semoga mak cepat sembuh ea(tiba-tiba mata mula berkaca) Rindu mak... Rindu nak tengok mak sihat macam dulu.. Balik kampung kali ni mesti sunyi... Sebab mak dah tak boleh bangun.. Mak dah tak boleh nak makan.. Nak mak sihat... :'(  Sekarang kalau call pun tak dapat nak cakap sangat dengan mak..

Orang mungkin nampak aku tersenyum ceria... tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu.. Semoga ALLAH memberi kesihatan yang lebih baik untuk mak.. Amin

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: