Pages

Thursday, April 18, 2013

MINGGU BARU HARI PERTAMA DI OFIS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Minggu baru dan hari pertama aku berada di Ofis.. Ikutkan minggu ni aku masih terlibat dalam Bengkel Di Kelana Jaya.. Tapi disebabkan ada beberapa isu dan perkara yang timbul jadi lagi 2 hari kursus dibawa ke minggu berikutnya dan hanya akan berlangsung di HQ sahaja.

Sepanjang aku berada di Jabatan ni, ini adalah pertama kali aku terlibat dengan kursus diluar Ibu Pejabat dan ditugaskan sebagai pembantu tenaga pengajar. Erm.. pengalaman pertama mengadakan Bengkel di luar daripada HQ memang mencabar.. Sangat-sangat mencabar.. Sebelum ini kebanyakkan kursus dan boleh dikatakan semua kursus yang melibatkan system hanya dilaksanakan di Ibu Pejabat sahaja. Belum pernah lagi aku handle kursus di luar ibu pejabat. Antara reason utamanya tentulah capaian ke system.. System dalam Jabatan aku ni lain sikit dari kebanyakan agensi diluar sana.. System ni agak complicated dan sangat sukar difahami.. System yang melibatkan international dan link ke beberapa agensi kerajaan lain di Malaysia, daripada security memang sangat-sangat penting dan perfomance system mestilah yang terbaik.. Fuh... susahkan nak faham... But now i'm trying my best to do my work slowly and smoothly..

Banyak masalah yang timbul.. dari segi connection system, dari segi network.. fuh.... memang diluar jangkaan.. semuanya datang bertimpa-timpa.. lepas satu isu selesai timbul lagi isu lain.. Padahal semuanya dah setting minggu sebelum bengkel bermula lagi.. Inilah dugaan namanya.. Apa-apa pun boleh jadikan.. Tapi alhamdulillah aku dibekalkan oleh rakan-rakan ofis yang sangat-sangat membantu.. Rakan-rakan di HQ dan juga rakan-rakan baru di Kelana Jaya. Walaupun hanya perkenalan yang sangat singkat tapi kemesraan antara kitaorang macam dah lama kenal. Thanks to all yang banyak membantu samaada secara terus atau pun tak... Hargai sangat-sangat jasa korang semua..

Bila sebut tentang rakan-rakan baru ni.. aku mula terfikir.. sebelum ni aku hanya di Ibu Pejabat sahaja dan jarang keluar ke stesen-stesen dan jarang juga bertemu dengan pegawai-pegawai lain walaupun di Ibu Pejabat.. Ramai lagi yang masih belum kenal.. Kadang-kadang ada juga terjumpa di Cafe.. tapi disebabkan tak kenal.. takkan kita nak tegur.. ramah mesra pulak kan.. setakat bagi salam dan ucap selamat pagi tu ada la.. Erm.. Bengkel kali ni walaupun banyak masalah yang timbul tapi perjalanan bengkel masih tenang dan dalam keadaan yang terkawal dan yang paling best bila orang appreciate usaha kita.. Rasa nak nangis pun ada.. 

Dan word yang paling aku ingat sekali ucapan penutup oleh Ketua Program "Ucapan terima kasih terutama kepada CTM. Wakil CTM dijemput 4orang, tapi yang dapat hadir hanya 2orang sahaja. Walaupun hanya 2orang tapi cukup membantu. Walaupun kita ada masalah sistem tapi biasalah semua orang melakukan kesilapan."

Bengkel ni ada beberapa peringkat pelaksanaan. Bulan 6 nanti dijadualkan akan ada Bengkel yang sama untuk peringkat seterusnya. Harap-harap segala kelemahan bagi bengkel kali ni akan dapat diatasi untuk bengkel akan datang. InsyaALLAH.


p/s : Pengalaman baru, memori baru... Kenangan Manis.. walaupun banyak kesukaran tapi tetap pengalaman yang terindah.. Sukar dilupakan..

Bagi yang nak shopping supplement terbaik untuk anda.. Jom dapatkannya di Khaiza Beauty Shops

1 comment:

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: