Pages

Friday, March 8, 2013

MEMASANG IMPLANON

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Hari ni aku nak share something dengan semua ibu-ibu yang inginmerancang kehamilan.. Jom kita view 

info dan PIC ini daripada Susukdara Puteri Aisya

IMPLANON
ialah kontraseptif hormon yang mengandungi 68 mcg Etonogestrel dalam implan penghantar yang fleksibel untuk jangka panjang, iaitu untuk tiga tahun. Ia sebesar batang mancis dan ia dipasang di bawah kulit lengan tangan kiri (jika wanita itu menggunakan tangan kanan) atau sebaliknya jika wanita itu menggunakan tangan kiri.

Susuk ini mengeluarkan lebih kurang 40 mikrogram hormon progestogen-Etonorgestrel dalam 24 jam. Hormon ini:
•Menghalang ovulasi dengan cara mengawal pengeluaran hormon LH
•Meningkatkan kepekatan lendir serviks yang menghalang pergerakan dan penembusan sperma
•Mencegah kehamilan selama tiga tahun

Selepas menanggalkan implan, tahap hormon etonogestrel akan menurun secara mendadak dan tidak dapat dikesan selepas seminggu dan sebilangan besar wanita yang mengamalkannya akan mencapai ovulasi dalam masa sebulan selepas menanggalkannya.

Pemasangan Implanon perlu dilakukan oleh doktor yang menjalankan latihan untuk memasangnya. Seramai 3,518 doktor keluarga di Malaysia dan Singapura mempelajari cara pemasangan dan menanggalkan Implanon.

Kebaikan Implanon:
Implanon ialah kaedah kontraseptif yang mudah pulih untuk jangka masa panjang. Ia berbentuk seperti sebatang lidi yang kecil yang boleh dipasang dibawah kulit di bahagian lengan dekat badan anda.

Kesan Implanon Apakah kebaikannya?
•Anda terlindung dari kehamilan selama 3 tahun.
•Pengguna tidak perlu melakukan apa-apa.
•Implanon tidak mengganggu kehidupan seks anda.
•Kesuburan anda kembali dengan cepat selepas Implanon dikeluarkan.
•Cepat dan mudah untuk dipasang dan dikeluarkan

Apakah keburukannya?
Kemungkinan kecil, wanita yang menggunakan Implanon akan mengalami:-
•Waktu pendarahan yang berpanjangan dan yang tidak menentu
•Amenorrhea (tidak datang haid) jika wanita itu memberi susu badan.

Siapa yang sesuai untuk menggunakannya? Wanita yang:
•Mahukan kaedah kontrasepsi mudah, iaitu sekali dipakai tidak lagi memerlukan penjagaan atau tindakan selanjutnya.
•Inginkan alternatif selain pemandulan
•Mahu menjarakkan kelahiran anak
•Ingin menangguhkan kelahiran anak-anak
•Tidak memuaskan atau sudah tidak berpuas hati lagi dengan kaedah kontrasepsi yang digunakan.
•Tidak mempunyai toleransi atau dilarang mengambil estrogen tiruan
•Mahukan kaedah kontrasepsi yang boleh ditoleransi, berkesan dan mengembali ke kehamilan dengan mudah

Siapa yang tidak wajar menggunakan Implanon? Wanita yang:
•Mengalami gangguan tromboembolik yang aktif
•Mempunyai tumor yang memerlukan rawatan progesteron (disahkan atau disyaki)
•Menghidapi atau pernah menghidapi penyakit radang hati yang teruk dan keadaan hati belum pulih seperti normal
•Mempunyai tumor hati yang merbahaya atau tidak merbahayakan
•Disahkan atau disyaki menghidapi barah buah dada
•Disahkan atau disyaki hamil
•Mengalami pendarahan vagina yang tidak dapat didiagnosis

INFO DARI PAGE Susukdara Puteri Aisya <-- JOM LIKE UTK DAPATKAN BYK INFO

2 comments:

  1. Salam khaiza.. ada menang GA kat blog Alycia..

    http://myalycia.blogspot.com/2013/03/pemenang-nak-fm-dari-alycia.html

    nnt bg details yer.. tq ;)

    ReplyDelete

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: