Pages

Friday, March 29, 2013

MASA TERLUANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah... Ada masa terluang hari ni, lunch hour dari pukul 12.15 hingga 2.45pm.. Nak rehat-rehatkan diri sambil layan lagu Najwa Latif kat PC ni... Aku memang minat lagu-lagu Najwa Latif. Erm.. relax dan sempoi je. Aku tak suka sangat muzik-muzik yang penat telinga nak dengar, not not tinggi semua.. aku suka yang nada cool... dan relax je.. My En Hubby pun sama.. wa.. tetiba sehati sejiwa pulak kan..

Suasana kat opis tengahari ni sunyi... tenang je rasa.. ramai yang keluar.. ye la rhat kan panjang.. tp mood aku hari ni nak duk kat opis je.. 

Pukul 1 tadi ada jugak dengar bunyi pukulan bola ping pong, rutin harian budak-budak opis ni.. Now dah senyap.. semua dah selamat pergi Masjid.. Dalam mood layan lagu ni, tangan pulak laju je menaip..

Sambil-sambil tengok FB, ternampak PIC irma hasmie dengan baby baru... baby boy.. Comel sangat.. hu hu hu... korang nak tengok pic anak irma hasmie?? tgk sini  

Best kan tengok orang ada baby.. wah... teringat plak zaman aku dulu.. Now dah 4 tahun masa berlalu.. Alisha pun dah besar.. sayang comel mama tuh.. sangat manja.. aihhhhh... macam mana la kalau alisha ada adik ea.. erm.. tak dapat bayangkan...
 
O.. sebelum terlupa.. semalam korang tengok tak drama 'Destinasi Cinta Sara' lakonan Remy Ishak,Nadia Nissa, Alzana Nasir, Afiq Muiz.. Dah lama aku tunggu drama ni.. dah lama jugak asyik tengok Promo je kan.. ha ha ha.. 

pssstttttttt, terpegun tengok Afiq Muiz dalam drama ni... Handsomenya.... Ops.. ok.. stop stop.. itu cuma berangan saja ea..

Erm.. best jugak jalan cerita dia...  pada aku.. aku boleh layan la. kena dengan jiwa aku. wau... ayat.. ha ha ha..

Satu lagi sape yang dah tengok G.I. Joe: Retaliation.. My En Hubby dah lama cakap pasal filem ni.. hari-hari cakap, sebelum filem ni ditayangkan kat pawagam pun dia dah selalu cakap "nanti kita tengok filem ni ea". Biasala.. dapat wife yang suka jiwang-jiwang ni mana sangat nak layan filem-filem macam ni kan.. Lain la filem Cun ke, Nur Kasih ke, Adam dan Hawa ke.. of coz la kena layan kan..

Sepatutnya planning nak tengok petang semalam.. tapi last minit aku tak jadi nak apply cuti.. erm.. sian pulak My En Hubby... So aku plan rabu ni nak cuti.. teman kan My En Hubby tengok filem ni.. Aku tak suka sangat filem-filem yang ganaz, aksi dan jenis-jenis alien ni.. tapi layan kan je la... untuk happy kan My En Hubby jugak kan.. tapi ada jugak filem-filem aksi yang aku suka bila tertengok dengan My En Hubby.. So rabu ni.. kita layan G.I. Joe: Retaliation..

InsyaALLAH... harap-harap dapat la tengok.. 

Ok now nak layan novel "Selagi Ada Dia" by Aisya Sofea.. Dah lama aku pinjam buku ni kat library jabatan.. dah hampir 2 bulan kot.. limit pinjam 1 bulan je..  OK...

Sebelum nak continue baca novel yang dah hampir sebulan aku tak baca tu.. dah tak tahu kat page mana aku stop ritu..  aku nak sharing sikit.. aku banyak dapat PM dari customer aku yang nak join jadi distributor shaklee.. OK jom review kat sini " DAFTAR SEBAGAI DISTRIBUTOR SHAKLEE " atau korang boleh like page aku " KHAIZA BEAUTY SHOP " nanti aku akan terangkan macam mana.. Since aku pun sebagai distributor shaklee, so aku akan bantu korang ea.. Seriusly memang best.. My Sifu Monthly Income RM9k - RM11k..

Fuh... best kan... OK now nak sambung balik baca novel
 
Continue next entry... BYE... 

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: