Pages

Monday, March 4, 2013

DOA RAKYAT MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pagi ini hati rasa agak sayu bila mengenangkan nasib isteri dan anak-anak tentera kita yang terkorban semasa berjuang mempertahankan negara dari tangan penceroboh.. Aku agak terkilan bila isu nyawa ini dikaitkan dengan sandiwara dan mainan politik.

Apakah masing-masing tidak mempunyai akal fikiran, hati dan perasaaan? Isu Nyawa bukan lagi isu politik yang boleh dibuat mainan. Ini tanah kita.. Apa akan jadi sekiranya negara kita yang tercinta ini kembali dijajah? 

Pada aku sendiri, sepatutnya kita rakyat malaysia sama-sama doakan yang terbaik kepada tentera-tentera kita yang berjuang untuk membela negara.. Bukannya asyik menuding jari kesana-sini. Menyelongkar sejarah dan pelbagai cerita yang belum tentu kesahihannya. 

Kita boleh anjurkan solat hajat semasa serangan ke GAZA.. Ini negara kita sendiri, kenapa kita tak anjurkan.. 

Ini hanyalah pendapat aku dari insan yang kerdil.. namun aku ada hati dan perasaan.. Dan aku hanya mampu berdoa semoga segala sengketa ini akan berakhir tanpa ada pertumpahan darah lagi..

this pic taken from GOOGLE
Mari sama-sama kita doakan untuk pejuang kita di SABAH.. dan rakyat Malaysia di SABAH..

Dan mari bersama-sama kita mendoakan Sabah kembali mengecapi keamanan seperti sebelum ini. Tolak sifat pentingkan diri, pentingkan negeri, kerana kita semua berada dibawah 1 negara yang sama, Malaysia. Semoga Allah berkati usaha kita ini...

Doa yang diajar oleh Rasulullah saw apabila berlaku kesedihan dan dukacita sepertimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari seperti berikut:


لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

Atau berdoa dengan Doa yang diajar oleh Rasulullah sebagaimana Hadis riwayat Abu dawud dan Ahmad yang dinilai Hasan oleh Syeikh al-Albaani seperti berikut

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو، فَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِى طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
 


1 comment:

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: