Pages

Wednesday, February 27, 2013

PEMBANTU KECIL MAMA

Assalamualaikum... Alhamdulillah.. 
Akhirnya.. Pagi ni kesihatan aku kembali seperti sedia kala.. Syukur.. Sekurang-kurangnya boleh uruskan banyak urusan yang tertangguh.. 


Alisha.. My Little Princess.. Pembantu setia MAMA... kemana saja MAMA pergi dia mesti ada.. apa saja MAMA buat dia mesti follow.. Orang selalu cakap bapa borek anak rintik.. mcm tu la.. kiranya alisha dan MAMA..

Tak dapat bayangkan macam mana kalau Alisha dah besar.. Mesti MAMA sunyi..hu hu.. Sekarang ni ada jugak tempat untuk bergaduh.. Manja-manja.. Alisha dah masuk 4 tahun.. Tahun depan 5 tahun, dah nak hantar sekolah.. Pantasnya masa berlalu.. Sepantas cahaya kilat.. Sedar tak sedar dari hari ke hari usia makin bertambah.. Tanda-tanda penuaan pun dah timbul sikit-sikit.. Sakit situ sakit sini.. 

Tiba-tiba teringat zaman sekolah-sekolah dulu.. RINDUnya zaman main teng teng.. main pondok-pondok.. yang paling best main kawin-kawin.. hihihi.. bila semua sepupu, sedara semua dah besar mula la rasa malu-malu.. erm.. sweet..

Ramai yang tanya.. bila nak tambah Adik.. :-) hrm..... Aku happy dengan kehidupan aku sekarang.. Senang nak bergerak kemana sahaja.. Sebab Alisha dah besar. Tak perlu nak angkut susu dan pampers bagai dah.. Tapi itu tak bermaksud aku tak nak mengandung lagi.. Cuma masa belum mengizinkan.. Sesungguhnya ALLAH tahu apa  yang terbaik untuk hambanya.. Kami tidak pernah merancang.. So aku terus menanti dan menanti.. Moga rezeki itu ada juga untuk aku.. Aku dan My En Hubby ada berbincang tentang perkara ni.. Sekiranya ditakdirkan aku hanya ada Alisha.. kami akur... kami terima.. sesungguhnya itu adalah permata berharga untuk kami.. yang tiada tandingNya. Aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku ada Alisha

2 comments:

  1. salam kenal..blog awk menarik..done follow you..jemput baca artikel seribupilihan..:-)

    ReplyDelete

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: