Pages

Thursday, February 21, 2013

HARI-HARI KENA MARAH, SIAPA TAK SAKIT KAN...

Kalau korang la berada dalam situasi ini??? Apakah yang akan anda rasa??? Hari-hari kena marah, hari-hari kena bebel.. Walaupun bukan aku orangnya yang kena bebel dan kena marah ni.. tapi telinga aku ni pun dah bernanah beb.. hari-hari tadah telinga.. itu apa yang aku rasa.. Tapi macam mana pulak bagi orang yang hari-hari ngadap benda tu.. Mau sawan dibuatnya..

haih.. ngeluh aku hari-hari.. seriusly kesian beb.. nasib baik la orang yang kena bebel ni hati kering.. tapi hati kering pun, kena juga dijaga kan... Aku pelik la.. tak de cara lain ke diorang ni nak solve problem diorang.. Dah tahu budak tu lembab.. cari la kaedah lain yang lebih effektif.. Kalau dah hari-hari kena bebel pun tak jalan, cari la cara lain yang boleh buat budak tu faham.. Batu tu pun kalau diasah hari-hari tajam jugak akhirnya.. betul tak? (Ye ke, batu boleh diasah.. aku tak pernah cuba lagi. ha ha ha)

Why not diorg ni cuba guide 1 by 1 step yang perlu.. Bila ada kes tu cuba monitor macam mana dia buat, kalau salah tegur la. tegur dengan berhemah.. hei semuanya dah dewasa la.. dah jadi mak orang kot.. Memang la.. budak kalau slow memang susah sikit nak faham.. Kena banyak kali baru boleh..

Aku dulu pun macam tu jugak.. Bukan senang nak buat kerja ni.. Susah tau.. Nak-nak pulak bila main dengan duit, akaun dan macam-macam lagi..

Aku rasa dah hampir 3 tahun lebih kot budak tu keje sini... Yes.. kita bila nak marah orang memang dah tak pikir perasaan orang.. sedap mulut kita je nak cakap apa.. tapi pernah tak kita pikir apa pula perasaan kita bila kita pulak yang kena marah.. depan semua orang pulak.. Marah memang sedap la.. Yang kena marah, yang kena bebel tu maca mana?? Erm... apa-apa pun tepuk dada tanya diri sendiri.. 

Jangan lupa Like page saya Khaiza Beauty Shops ea

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: