Pages

Thursday, January 17, 2013

TIPS SEMASA PROSES MELAHIRKAN ANAK

Di sini saya ingin kongsikan pula beberapa TIPS yang mama semua boleh cuba sebagai usaha untuk melalui proses bersalin dengan betul dan tenang ketika di dalam bilik bersalin (labour room)

♥ Yang pertama sekali sebelum masuk ke bilik bersalin, minta redha suami, minta ampun dari suami, ibu ayah, ibu dan ayah mertua. Minta mereka doakan agar semuanya selamat.

♥ Sebaik sahaja masuk ke bilik bersalin, tenangkan minda kerana semuanya dikawal di situ...kesakitan juga sebenarnya dapat dikawal dengan minda.

♥ Jaga dan kawal pernafasan. Tarik nafas menggunakan hidung dan lepaskan dengan menggunakan mulut. Tarik dalam-dalam, kemudian lepaskan sedikit demi sedikit terutamanya ketika berlaku kontraksi (contraction). Relax dan tenangkan fikiran anda.

♥ Anda boleh mula meneran (push) ketika sudah mencapai bukaan 10 cm dan jangan cuba meneran sebelum itu untuk mengelakkan rahim dari membengkak (Edema).

♥ Jangan meneran ketika tiada contraction kerana hanya ketika contraction sahaja bayi dapat ditolak dengan baik dan anda perlukan tenaga yg cukup untuk proses meneran seterusnya.

♥ Cuba push tanpa mengeluarkan suara atau menjerit ya (itu adalah cara push yg betul).

♥ Sentiasa zikir dan jangan tinggal Doa Nabi Yunus (teringat pula ketika bersalin kedua2 cahaya mata saya, Encik Suami tak putus2 baca Doa Nabi Yunus...Alhamdulillah..Allah telah permudahkan semuanya)


Credit: http://drrazi.wordpress.com/ 

 

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: