Pages

Friday, December 28, 2012

MAJLIS PERNIKAHAN KHAIRUL FAHMI CHE MAT DAN LEUNIEY

Sekitar majlis pernikahan Apex dan Leuniey 




Sumber dari FB THR Gegar

PERANCANGAN BARU 2013

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
 Hujung Tahun 2012
adalah hari-hari yang sangat Busy bagi Khaiza Beauty Shop

Alhamdulillah...
Setiap rezeki itu datang dari ALLAH
Aku hambanya hanya Berusaha.. Berdoa dan Tawakal

 Dan aku sangat beruntung kerana mempunyai suami 
yang sangat-sangat memahami 
dan sangat-sangat membantu dalam sama-sama mempromosikan Khaiza Beauty Shop
Alhamdulillah syukur kehadratmu Ya ALLAH

Menjelang tahun baru 2013
Banyak persedian baru dan perancangan baru yang bakal aku laksanakan di Khaiza Beauty Shop
dan Khaiza Collections

InsyaALLAH
Doakan yang terbaik untuk kami ea..

LIKE my page 
dan



Friday, December 14, 2012

PIALA SUZUKI AFF 2012

Assalamualaikum Dan Salam Satu Malaysia,

Finally.. Malaysia tewas dengan Thailand.. 
Sedih tu sedih jugak la..
sebab Malaysia tak dapat pergi Final
tapi Harimau Malaya dah buat yang terbaik

Pada pandangan aku sendiri perlawanan semalam memang agak sukar untuk Malaysia menang.. dengan hanya 10 pemain melawan 11 pemain Thailand yang pemain-pemain yang agak kasar dan ganazzz...

Selagi masa belum tamat, selagi tu kita berjuang untuk medapatkan gol.. tapiapa kan daya bukan rezeki Malaysia untuk ke Final.

Apa-apa pun tahniah kepada team Harimau Malaya
kerana telah berjaya membawa team Malaysia ke separuh akhir.


Petikan : Berita Harian

Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal tidak kecewa selepas Malaysia gagal layak ke final Piala Suzuki AFF 2012, sekali gus mempertahankan kejuaraan dimenangi dua tahun lalu kerana anak buahnya sudah melakukan yang terbaik.
"Selepas kalah 3-0 kepada Singapura pada aksi pertama peringkat kumpulan, kita berjaya bangkit semula sehingga ke separuh akhir ini. Jadi saya tak kecewa.
“Lagipun kita terganggu menghadapi Thailand dengan lima pemain yang cedera. Tapi pemain sudah tunjukkan yang kita bukan mudah untuk ditewaskan," kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan, malam tadi.


Namun pengendali berusia 56 tahun itu tetap menyalahkan pengadil yang melayangkan kad merah kepada Fadhli Shas pada penghujung separuh masa pertama sebagai punca kekalahan 2-0 kepada Thailand, malam tadi.

"Ya memang kita tahu apabila datang ke sini, Thailand akan beri tekanan untuk mendapatkan gol awal. Kita sudah main baik pada babak pertama terutama dengan permainan fizikal dan berintensiti tinggi.

"Tapi semuanya berubah apabila kita dapat kad merah. Jika tidak, permainan boleh terus seimbang. Walaupun kurang seorang pemain, kita dapat beri tentangan hebat sebelum gol pertama berpunca kesalahan individu, Amar Rohidan dan gol kedua, pertahanan lambat menyambar bola muntah sepakan percuma.

"Memang susah nak bangkit selepas ketinggalan dua gol dan perancangan saya untuk memasukkan Safee Sali lebih awal tidak dapat dilakukan kerana beraksi 10 pemain. Tapi pemain sudah berusaha sedaya upaya.," jelas Rajagobal.


Wednesday, December 12, 2012

SURVEY TASKA UNTUK ALISHA

Assalamualaikum dan salam satu malaysia. 
Alhamdulillah hari ini hati ni dah terubat
Thanks pada yang bagi sokongan dan kata-kata semangat

Hari ni dapat tahu 1 of my ofismate dah selamat melahirkan baby pertama
waaaaaaa... bestnya..
alahai... keinginan untuk ada baby lagi tu tetiba datang
tapi sekarang bukan masa yang sesuai untuk aku pregnant lagi
tapi sekiranya diberi aku terima seadaanya

ok sekarang ni misi mencari taska untuk Alisha
Tahun depan Alisha dah masuk 4 tahun
so memang saja nak hantar alisha pergi taska awal sikit
sebelum ni Alisha aku hantar ke rumah pengasuh
 tapi bermula tahun depan aku dah mula nak hantar Alisah ke taska yang include sekali dengan pelajaran
means taska tu jugak ada cikgu yang mengajar

setakat ni tengah survey dekat CIC, TASKA VONAD dan KRISTA
kebanyakkannya memang bagus
tapi kos dia sangat mahal
ada yang RM400++
ada yang RM500++

huh
pening kepala
dalam masa nak beri yang terbaik untuk alisha ni, kos tu agak mahal
buat masa sekarang memang aku mampu
tapi pada masa akan datang
belum pasti

sekarang tengah mencari lagi... the best place for my little princess

p/s: jom like my page Khaiza Beauty Shop
 

Tuesday, December 11, 2012

PERKARA YANG LEPAS USAH DIKENANG

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia 

Mood hari ni agak kurang baik
Tapi tetap gagah kan juga diri ni untuk cuba bangkit 
dan tak nak kenang dan dah tak nak ingat apa yang berlaku
Sehingga semalam hati masih keliru
dan buntu

Setiap kali solat aku mohon pada Allah s.w.t
sekiranya ianya adalah bebanan untukku
maka kau bantulah aku untuk cari jalan yang terbaik
dan
ku mohon dipermudahkan segala urusan
dan akhirnya keputusan itu dicapai
dan keputusan itu yang kupilih

Tapi hingga saat ini, tat kala entry ini ditulis
hati masih sedih..
Sudah beberapa kali nafas ku sedup dan lepaskan perlahan-lahan
tapi perasaan sedih ni masih lagi bertaut

 My En Hubby always support apa yang aku buat
dan ayat yang paling menyentuh perasaan bila dia cakap

"semua keputusan ditangan aku dan apa jua keputusan aku, dia terima dan sokong 100%
dan apa yang penting dia tak nak aku stress, dia nak aku rehat dan andai itu yang terbaik.. itu lah jalannya"

walaupun My En Hubby selalu sibuk tapi aku bersyukur kerana
masih ada masa utnuk dengar rintihan aku

Dan sekarang aku cuba bangkit kembali
kumpulkan segala semangat yang ada
dan berharap jalan yang ku pilih ini
adalah yang tepat dan terbaik untuk ku

Ya ALLAH...
PadaMU ku Berserah dan Bersujud 

p/s: jom LIKE my Page kat sini ea Khaiza Beauty Shop

Monday, December 10, 2012

FIRST TIME TENGOK BOLA DI KEDAI MAKAN

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia...
Semalam adalah hari yang paling memenatkan..
Hampir-hampir aku EL arini..
 Habis sakit-sakit satu badan.
Aku pun tak pasti apa yang aku buat..
Tapi badan memang lemah..
Kepala rasa sakit...

Erm minggu ni memang langsung aku tak buat apa dirumah..
Pagi Sabtu tu.. 
Bangun-bangun pagi My En Hubby dah siap basuh dan sidai baju
Sarapan pagi pun dah terhidang

Kul 10 pagi My En Hubby ajak pergi tesco
jalan-jalan sambil buat treatment rambut
Rambut aku gugur..
banyak giler..
sampai aku sendiri pun dah pening..

Then kitaorg balik PAJAM rumah aku sendiri
Seronoknya dapat balik ke rumah sendiri..

Then malam tu My En Hubby ajak makan kat luar
Erm... tak masak lagi la aku malam tu

Keesokkan harinya Abang dari kampung dan abang dari melaka
call dan katanya nak datang.. 
Erm.. seronok.. bila family datang umah..
tapi seperti sama kitaorg makan dekat luar jugak
tak masak..
hu hu hu
coz My En Hubby pun cakap tak perlu masak..

Then malam tu.. sambil-sambil makan malam.. 
sambil-sambil berborak
sambil-sambil tu jugak layan bola Malaysia vs Thailand
Abang aku la semangat giler..
dia yang ketua sorak..
tak terkecuali jugak My En Hubby..
Nampak keceriaan di muka My En Hubby
ye la sekali sekala dapat join my family
ramai-ramai

Setiap kali bersorak jer.. aku pun tak terkecuali sumbangkan suara sorakkan tu
huh... macam tak percaya beb..

Dan yang paling best Alisha pun bersorak sama..
siap berdiri atas kerusi lagi

Sangat meriah
Then lepas tu kitaorang balik ke putrajaya (kuarters).

Abang aku terus gerak balik ke Melaka.. bersama dengan abang aku dari kampung
nyaris-nyaris aku follow diorang ke melaka
sebab harini diorang ada aktiviti menjelajah melaka..

Tapi itu la.. berbekalkan cuti yang ciput ni
tak dapat la aku nak follow diorang
hu hu hu

Wednesday, December 5, 2012

KOLEKSI SHAWL TERBARU KELUARAN JELITA SARA

Assalamualaikum
Selamat pagi semua...

Mood arini > Happy 
Coz semalam My En Hubby dah balik.. So arini datang kerja sama-sama
erm... sweet.. suka suka suka

Arini nak kongsikan koleksi shawl terbaru jelita sara..
Cantik 
seriusly..
Hati memang berkenan tapi gajinya belum lagi

18hb Dis...
Lama lagi tuh.. 
Duit untung bisness???
Eh.. jangan la.. duit tu untuk bekal di hari tua..
hu hu hu

Memang boleh berbelanja guna duit untung tu... tapi tak nak lah selalu amalkan
Nanti kang... alih-alih elok ada dalam simpanan.. kang semua habis..
Ye la tengok apa semua berkenan..
nak beli je kan..

Pendek kata... berbelanja boleh tapi biar berpada-pada... Dan utama kan pada keperluan dan bukan pada kehendak semata-mata..

Jom kita tengok shawl ni, cuci mata je ea..


HOT!!! TERBARU! 'special edition'..
VERY LIMITED!
exclusive hanya di JELITASARA sahaja
SHAWL
(kombinasi dble layer-bunga penuh)
SANGAT CANTIIIIK!!!..
(KALI INI SANGAT SPECIAL..dihiasi dgn bunga2 timbul..
sangat cantik.. lbh xclusive dari biasa.. dan lebih BERGAYA..DESIGN DARI LAIN YG LAIN!!
jahitan yg sangat kemas.. sgt selesa bila dipakai..)
(dijahit bersama material kain dari HIGH GRED chiffon.. chiffon dijahit '2 layer' bersama body lycra..)
boleh dipakai dgn pelbagai jenis baju..blouse/ kurung..dll..
mmg cantik sgt22!! xrugi taw..^_^)
RM99 M/L saiz
MATERIAL- high gred lycra & chiffon
LABUH dari dagu ke dada-45cm
PANJANG BELAKANG - 68cm
(dapatkan koleksi ORIGINAL dari JELITASARA..)
 all the info and pic copy from Jelita Sara

Tuesday, December 4, 2012

CINTA DATANG LAGI

Salam semua... 
Mood hari ni happy...
plus teruja
coz today My En Hubby balik..
Setelah 3 hari outstation ke JB..

Now tengah layan novel
"Cinta Datang Lagi"
by Bikash Nur Idris
terbitan ALAF 21

Pinjam dekat Library semalam..
Hopefully best la..
Kalau best baru syiok layan..

Kali ni My En Hubby outstation 3 hari jer
tapi rasa macam lama sangat...
Tiap-tiap malam call
erm.. rasa macam kembali ke zaman bercinta dulu

Banyak benda yang dibualkan
erm.. 
Seriusly.. rindu pulak zaman bercinta dulu
banyak kenangan manis

 Tak sangka pulak My En Hubby ingat jugak moment masa kitaorg bercinta dan masa mula-mula kahwin dulu 

Ye la.. lelaki kan...
kadang-kadang lupa

Hope setiap kenangan yang ada ni akan sentiasa segar dan kekal dalam ingatan
aku dan My En Hubby..

InsyaALLAH... AMIN
 

Monday, December 3, 2012

TERUKIR DI BINTANG - YUNA

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang

Tak mungkin hilang cintaku padamu
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang

Tak mungkin hilang cintaku padamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang

Tak mungkin hilang cintaku padamu
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

***hati tengah berbunga-bunga, My En Hubby ajak dating bila dia balik outstation nanti*** 
---wink wink wink---

JUARA MASTERCHEF MALAYSIA MUSIM KEDUA

Akhirnya masterchef malaysia musim kedua dah sampai penghujungnya..
Juaranya adalah milik Izyan

 
seriusly tak sangka.. 
izyan yang menang.. 
aku mengharapkan Along yang memang.. 
apa-apapun tahniah kepada izyan