Pages

Friday, November 30, 2012

IKEA SALE 2012

Hi all,

IKEA ada sale 2012 -1 DISEMBER 2012

Ada yang mencari keperluan rumah.. 
Boleh la jengok IKEA..

Aku pun ada barang yang nak dibeli 
tapi belum gaji


hu hu hu

so simpan dulu la niat tu

 

ADAM DAN HAWA - EPISOD 56

Akhirnya.. Ain dah dapat terima Am seadanya... 
Ok la tu kan...
dah lapan tahun si ADAM MUKHRIZ tu tunggu AIN HAWANI



 Tengok Pic Adam Tido ni ramai betul yang komen kat FB Adam Dan Hawa...

Tapi ada satu komen yang betul-betul aku rasakan yang terbaik :

"ternyata tak semestinye ade adegan peluk cium, dakap atas katil.. raba2 xpenting n xperlu sgt utk menghangatkan cerita ini... ternaya kedua pelakon ini menjaga batas2 mereka sebagai suami dan isteri di luar mereka... alhamdulillah... tahniah pengarahnye "

Tahniah kepada pengarah ADAM DAN HAWA..
Drama ni memang best...
Gandingan Aaron Aziz dan Nadia Nissa dalam drama ni pun
memang yang terbaik..
Ternyata Nadia Nissa mampu membawa watak Ain Hawani dengan baik..

Tahniah jugak kepada semua pelakon-pelakon dalam ADAM DAN HAWA
Semua orang tengah giler tengok Drama ni..
 

Monday, November 26, 2012

KHAIZA COLLECTIONS - NEW COLLECTIONS

Salam Satu Malaysia... 
Arini saya nak launch Koleksi Pertama "Khaiza Collections" 

Chiffon glitters - RM60
4 meter
perlu lining 

NOW PROMOTION : Only RM50/1pasang
 
KZ0001
KZ0002

KZ0003
KZ0004
Untuk Order blh PM/sms : 0194296954
***sila nyatakan kod untuk order***

MALAYSIA TEWAS 0 - 3 DENGAN SINGAPURA

Aiyakkkkkk.... apa sudah jadi ni.. 
Kalau AFF tahun lepas, kepakaran dan ketangkasan Apex yangg menjadi bualan para penggemar bola 
dan 
pengulas-pengulas sukan negara... 
sehingga melonjak terus nama beliau... 

Tapi pada AFF tahun ni.. 
permainan dan persembahan Khairul Fahmi Che Mat sangat hambar. 
Apa dah jadi nih... 
Ataupun hati dah tak keruan... 
Ingat pelamin jer..

Macam mana nak kekal ke final, jika rentak permainan macam semalam... 
Jika masa bermain dengan Bangladesh dulu Raja Gopal memberi alasan kerana bau ketiak pemain bangladesh yang membuatkan pemain-pemain Harimau Malaya kurang fokus.. 
Kali ini alasan apa pula...

Apa-apa pun aku tetap sokong Harimau Malaya, 
cuma sebagai rakyat Malaysia yang sama-sama menyokong untuk negara, 
aku mengharapkan Harimau Malaya terus bangkit.. 
untuk berjuang mempertahankan kejuaraan AFF pada tahun ini.. 
All the best to Harimau Malaya..

Friday, November 23, 2012

MAJLIS PERKAHWINAN APEX DAN LEUNIEY

 
Khairul Fahmi Che Mat dan pasangannya Leuniey akan diijabkabulkan pada 28 Disember 2012 di kediaman pasangannya di Tumpat, Kelantan jam 9 pagi.

Majlis resepsi pertama akan diadakan di  Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 8 malam dengan membawakan konsep Melayu kotemporari dua hari selepas tarikh ijabkabul.

Majlis resepsi kedua diadakan di Hotel Royale Bintang, Damansara pada 13 Januari 2013 dengan konsep English.

Apex dan Leuniey Natasha mula berkenalan sewaktu menjayakan rakaman haruman Simply Siti.
 
Tahniah diucapkan!


 

LIRIK LAGU MUARA HATI - ADAM DAN HAWA

Muara Hati - Hafiz dan Siti Norhaliza

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Ke mana pun kan pasti kembali

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta

 

Wednesday, November 21, 2012

DEALER FELINNA INCHLOSS DI PUTRAJAYA

hi all, 
nak annouce >>>

 kini aku dah bergelar pengedar felinna inchloss di putrajaya..
Sesapa yang nak cuba boleh call/sms : 0194296954 ea..

baru arini sampai stok... hari ni jugak dah ada orang beli
belum sampai 30 minit
alhamdulillah..
syukur...

for more detail about felinna product at khaizabeautyshop
 

MAHA 2012

MAHA 2012


 Malaysia Agriculture, Horticulture, Agrotourism International Show akan berlangsung pada 23 November 2012 - 2 Disember 2012 di Malaysia Agro Exposition park Serdang (MAEPS), Serdang, Malaysia.
 

Monday, November 12, 2012

ANUGERAH SKRIN 2012 (ASK 2012)

Ada sesapa tengok anugerah skrin 2012 jumaat lepas di TV3. 
Apa pandang korang???

Aku paling suka part persembahan jer..
Part lakonan awal dan noelofa tu..
boring sikit la..
nampak macam tak betul-betul prepared..

Apa-apa pun itu hanya pendapat aku jer..
lain orang lain pendapatnya..
BETUL tak?


Tahniah... 
kepada Sherry Merlis kerana telah dinobatkan sebagai pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama. Anugerah pertama setelah 24 tahun bergelar anak seni. 

erm... isu rosyam nor pun agak serius kedengaran bila mana ramai yang mempersoalkan tentang lawak yang dibuat oleh Rosyam ketika Anugerah skrin 2012 baru-baru ini. 
 
 

UNTUK 3 HARI

1 minggu yang lepas.. 
hari jumaat sempat jugak aku layan filem untuk 3 hari. 
Gandingan Afdlin shauki, Vanida Imra, Rashidi Ishak dan Ayu Raudhah.


 Seriusly first impressions bila tengok promo filem ni
aku rasa macam tak berapa best..

Tapi bila dah tengok
Erm... not bad..
and ada jugak la perkara-perkara dalam filem ni
membuatkan aku ketawa terbahak-bahak..

Korang dah tengok ke filem ni..
Aku biasa la.. terlepas kapal..
Baru jer dapat tengok last week..

Jalan cerita nya agak menarik..
Ke empat-empat pasangan ini dikawinkan oleh pilihan keluarga
Dalam banyak-banyak watak dalam filem ni aku paling sedih pada watak Ayu Raudhah..
Ye la kena cerai talak 3 tu..
Apa boleh buat..
dah jalan ceritanya macam tu kan...
 
 

Thursday, November 8, 2012

FELINNA INCHLOSS

Felinna Inchloss adalah satu krim lotion yang membantu untuk mengurangkan inci badan anda.. 

 
erm... apa tu yer...
ok.. aku story sikit ea
Krim ni berfungsi untuk membantu membakar lemak pada badan anda..
banyak testimoni yang aku tengok dan mostly
inci yang berkurangan pun agak boleh tahan..
banyak jugak..

aku pun rasa macam nak cuba... nak kurangkan buncit kat perut ni.

Dan yang paling best kesannya boleh dirasai hanya dengan sekali sapuan.
And for make sure ianya berkesan of coz la u'all kena ukur dulu ea kawasan yg ingin dikecilkan tu..

Dan yang pasti baunya sangat wangi... dan tak panas sgt...dan tak pedihkan mata

selamat kalau kita ada baby kecil kan..
kalau dah sapu pun still boleh pegang baby kita...

bukan apa sometime ada krim yg rasa mcm agak pijar kan..
so nak kena tunggu malam or baby tido baru boleh sapukan..
tapi tu la.. kadang-kadang bila baby dah tido kita pun tido sekali..
bila masa nak pakai.. so bila masa nak kurang inci tu kan...
so bagi anda yang nak try boleh cuba produk ni..

MEMILIKI sensasi dingin (tidak terlalu hangat) dan mesra pengguna..
kat opis pun boleh pakai ...

MAMPU membakar lemak2 berlebihan serta 

MENGHAPUSKAN selulit di bahagian badan yang diingini seperti di perut, peha, pinggang dan lengan dengan sapuan mudah tanpa lekitan. 

Turun 5 KG sebulan tanpa berdiet dan senaman yang meletihkan!!

HARGA FELINNA INCHLOSS:
RM75 SEMENANJUNG
RM80 SABAH/SARAWAK
180ML/BOTOL



call/sms/whatsapp : 0194296954 untuk tempahan

ADAM DAN HAWA EPISOD 43

Makin teruja tengok drama bersiri adama dan hawa nih.. 
Ain dah mula lembut hati... Adam pulak makin macam biasa lah... nakal.. dan rajin memikat si Ain tuh.. Pada aku hero dan heroin adam dan hawa ni memang sepadan.. sweet..


Sweet couple - Dua-dua pakai purple 
 


Tuesday, November 6, 2012

DUTCH LADY ACTIVGOLD STEP 3

Cuba sesuatu yang baru untuk anak anda.. 
Jom dapatkan DUTCH LADY ACTIVGOLD STEP 3 NEW

With isomaltulose and DHA. Continuous energy for your child to keep learning. 
Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun. 
Terdapat dalam 2 perisa. Madu dan Asli.


SELENDANG MAWAR POLKADOT - FAREEDA

Promosi Jualan "Masyhur" Cuti Sekolah !!!
Sabtu ini di Butik FAREEDA Bangi !!!

Koleksi Terbaru "Sofiya Polkadot" RM140.00/each


 Ini pulak.. yang aku suka..
Selendang Mawar "Polkadot" mulai Sabtu ini !!! 
Hanya RM90/each


 Nampak macam pendek sikit.. tp rasanya mcm ok kot dgn saiz badan aku..

p/s : all this info and pic from FB fareeda nyata jelita

Monday, November 5, 2012

RESEPI DURIAN CREPE



sekarang ni rata-rata org dok bercerita pasal durian crepe kan... 
Pernah makan sekali.. rasa dia not bad.. sedap.. Niat dihati macam nak buat sendiri.. tapi entah la bila tahun akan menjadinya..

kat sini aku share resipi durian crepe, mana tahu ada dikalangan korang yang nak buat sendiri kan :

RESEPI KULIT

-50 GM TEPUNG GANDUM
-1 SDB TEPUNG UBI
-1 BIJI TELUR
-2 SUDU BESAR GULA HALUS
-3 SDT BUTTER DICAIRKAN
-160 ML AIR
-40 ML SUSU CAIR
-1 SDK SERBUK VANILA
-BOLEH LETAK pwrna@ PERISA BUAH2AN YG ANDA SUKA..TK NK PON TAK PE..

CARA2..
-SATUKAN TEPUNG DAN AYAK GULA HALUS
-MASUKKAN SUSU CAIR..
-MASUKKAN TELUR YG DIKACAU SEDIKIT..
-MASUKKAN SERBUK VANILA@PERISA
-MASUKKAN AIR..KACAU SEBATI GUNA WHISK..
-MASUKKAN BUTTER YG DICAIRKAN..
-TAPIS ADUNAN..SEDIA UNTUK DI MASAK..

CARA MEMASAK..
-GUNAKAN KUALI ANTI LEKAT(NON STICK)
-@KUALI LEPER YG DISAPU SEDIKIT MYK
-TUANG SESENDUK KECIL ADUNAN DLM KUALI
-JANGAN TEBAL @NIPIS SANGAT..
-BIARKAN MASAK SEKETIKA..BILA DH MASAK
TERUS ANGKAT ..TAK PERLU DITERBALIKKAN..
-MAKSUDNYA MASAK SEBELAH BAHAGIAN SAHAJA..

INTINYA..

-ISI DURIAN YG DI BUANG BIJINYA
-150ML FRESH CREAM (DIPUKUL KAKU)

CARA2 MEMBUATNYA..

-LETAK KEPINGAN KULIT TADI..YG LICIN BELAH BAWAH
-LETAK SESUDU FC..LETAK ISI DURIAN..LETAK FC LAGI
DI ATASNYA..
-KALAU BESAR KULITNYA BANYAK LAH LETAK INTINYA
-LIPAT KULIT SEPERTI LIPAT POPIA..
-SIMPAN DLM PETI SEJUK..BEBERAPA JAM SEBELUM
DIMAKAN..

-BOLEH JUGA JIKA SUKA DGN PASTRY CREAM..SEBAGAI
INTINYA..
-RESEPI PASTRY CREAM..

Pastry Cream
-2 cwn susu segar@cair
1/2 cwn gula-boleh kurgkan..
4 biji kuning telur saiz A
2 sdt serbuk vanila
secubit garam
6 sdb tepung jagung
2 sdb butter

Cara2..
-masukkan susu 1/4 dulu dan gula..
-msak dlm api yg kecil hingga sebati..
-masuk telur kacau lagi..
-masukkn vaninlla dan garam..kacau sebati..
-msukkn tpg jgung sesudu dulu..
-kacau masukkn bki susu dan tpg jgung semuanya..
dan masukkan butter..
-kacau sebati hingga mendidih..
-tukar ke dalm mangkuk..tutup mngkuk dgn plastik pembungkus..
-simpan dlm peti selama 3 jam @ semalman
-nk guna gaul seketika..

this recipe copy from : Afira Bloging Lifestyle


---tetiba ada terjumpa durian crepe warna hijau. jom view sini

FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE

Farid Kamil dan Diana Danielle selamat diijabkabulkan pada 3 November 2012.. 
Wedding farid kamil dan diana danielle adalah wedding salah satu selebriti yang aku nanti-nantikan..
selain dari wedding Yusry dan Lisa

image from google


Thursday, November 1, 2012

SELENDANG MAWAR ROPOL

PRE LOVE SELENDANG MAWAR ROPOL
RM 100 INCLUDING POSTAGE


  Berminat????? 
Klik sini ea BabyshopInYou